Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Syurga banduan Norway

View previous topic View next topic Go down

Syurga banduan Norway

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:31 am





Banduan di Penjara Bastoy bukan sahaja boleh berehat di tepi pantai malah boleh melayari internet sepanjang masa.



RUMAH yang selesa untuk setiap banduan. - Gambar hiasan




SEBUT sahaja penjara, pasti terlintas dalam fikiran sesiapapun
tentang lokasi yang menakutkan, terasing dan terbelenggu di sebalik
tirai besi.

Namun, pernahkah anda bayangkan penjara menjadi 'syurga' dunia bagi golongan banduan.

Mereka bukan sahaja bebas berenang, memancing, bermain tenis, bola
sepak, berehat tepi pantai, sauna, menonton wayang malah melayari
internet!

Penjara Bastoy yang terletak di Kepulauan Bastoy, Norway pasti menjadi idaman banduan di seluruh dunia.



BILIK yang mempunyai kemudahan televisyen kabel.




Perjalanan menuju ke sana menggunakan pengangkutan feri yang
mengambil masa selama 15 minit. Menempatkan sebanyak 120 orang banduan,
lokasi itu satu-satunya penjara yang terletak di sebuah pulau di Norway.

Bukan berbicara bohong, setiap penjenayah menetap di banglo mempunyai
kemudahan mewah seperti kabel televisyen, kantin, gimnasium, panggung
wayang mini serta kantin.

Salah seorang banduan, Nil, 36, yang dipenjarakan selama 16 tahun
kerana membunuh seorang penagih dadah mendakwa, dia kini bekerja sebagai
seorang kakitangan perkhidmatan feri di penjara tersebut.

"Saya dipenjarakan selama lapan setengah tahun di penjara lain sebelum dipindahkan ke Penjara Bastoy.

"Saya gembira menjalani tugas sebagai pekerja feri dan bercadang
mengambil kursus bidang maritim di universiti sebaik sahaja dibebaskan
kerana ingin menjadi seorang kapten kapal.

"Ironi, sebaik sahaja keluar penjara anda wajib membawa dua beg berisi pakaian tetapi tidak di sini," cerita Nil.

Norway merupakan sebuah negara terkaya di Eropah dengan kapasiti lima
juta orang penduduk. Hanya 3,500 banduan sahaja yang menjalani hukuman
di negara ini.

Bagi Lars Ulmann, 48, yang pernah dipenjarakan selama lima tahun
kerana mengedar dadah dia bertukar status menjadi kontraktor hartanah
dengan gaji yang tinggi, kereta dan pejabat.

Tetapi akhirnya dia memilih menjadi pegawai penjara di Bastoy.



KEMUDAHAN telefon awam untuk banduan menghubungi keluarga disediakan pihak pengurusan Penjara Bastoy.




"Bekerja di sini lebih berharga berbanding menjadi kontraktor
hartanah. Sebagai warden penjara tanggungjawabnya lebih mudah," katanya.

Ketua Penjara, Arne Kvernvik Nilsen berkata, Penjara Bastoy sama seperti penjara lain cuma pendekatannya sahaja yang berbeza.

"Bastoy mempraktikkan kaedah berbeza yang membuat banduan berasa
bertanggungjawab dengan persekitaran yang tenang membantu menenangkan
fikiran serta menghormati antara satu sama lain," tuturnya.

Selain tidak mempunyai sel, bar dan restoran mewah, tiada sesiapapun termasuk pegawai mempunyai senjata api.

"Tiada kes keganasan di sini hanya seorang banduan yang cuba
melarikan diri dengan mencuri sebuah bot nelayan dan hukumannya
dipindahkan semula ke penjara tertutup," tutur Nilsen. - Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2L7yE3XFG

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum