Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Misteri' seminggu cuti sekolah

View previous topic View next topic Go down

'Misteri' seminggu cuti sekolah

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:29 am







KEHADIRAN Azli mampu membuatkan sesiapapun ternganga mulut tatkala melihat ketinggiannya.




DIA percaya tiada yang luar biasa tentang dirinya. Menjadi pelajar
ketiga tertinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, Gua Musang,
Kelantan, sosok ketinggiannya bukanlah suatu yang aneh pada hematnya.

Tapi itu dahulu, sebelum cuti sekolah Mac 2008 semasa Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar, 18, baru di tingkatan dua.

Usai cuti seminggu itu, seperti murid-murid yang lain, dia kembali ke
sekolah tanpa menjangkakan apa-apa sehinggalah dia disapa seorang
rakannya, Mohd. Izarani yang menyedari dia jauh lebih tinggi daripada
sebelumnya.

"Eh, tingginya kau!" kata Mohd. Izarani dengan nada terkejut sebelum
mengajaknya mengukur ketinggian dengan seorang pelajar tingkatan lima
yang merupakan pelajar paling tinggi di sekolah pada masa itu.

Mereka berdua menemui pelajar tingkatan lima tersebut dan mendapati
dia sudah sama tinggi dengan pelajar tingkatan lima itu. Ketinggiannya
naik mendadak sehingga kira-kira 20 sentimeter!

Tapi, keadaan itu tidak kekal lama, Azli sudah mula 'dimahkotakan'
pelajar tertinggi di sekolahnya sebaik melangkah ke tingkatan tiga. Dia
tidak begitu mengingati berapa ketinggiannya pada masa itu.

Kini, ketika dia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka,
Pahang, ketinggiannya terus melampai mencecah 2.05 meter (m) dan
mengundang perhatian siapa sahaja terutama yang baru melihatnya.



AZLI perlu berhati-hati melangkah keluar dan masuk dari rumah atau kepalanya terhantuk ke alang pintu.




Kru Jurnal pada Rabu lalu melaporkan mengenai ketinggian Azli yang
mampu mencabar rekod manusia tertinggi di negara ini setelah dijejaki
seorang wartawan di Pahang semasa membuat liputan dalam satu program
universiti berkenaan baru-baru ini.

Rekod manusia tertinggi di Malaysia yang disahkan Malaysia Book of
Records kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, yang mempunyai
ketinggian mencecah 2.04m.

Mengimbau kembali ketinggian mendadaknya ketika di tingkatan dua itu,
Azli yang mempunyai berat 90 kilogram itu juga kurang pasti apakah
puncanya dia tinggi mendadak sedangkan seminggu cuti sekolah itu diisi
dengan rutin biasa seperti kebanyakan murid sekolah yang lain.

"Tujuh hari cuti saya hanya banyak duduk di rumah, makan, tidur,
tolong ibu kemas rumah. Itu sahaja. Saya pun tak tahu apa puncanya tapi
selepas kawan saya tegur baru saya sedar tinggi saya naik mendadak,"
katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paloh 3, Gua Musang,
baru-baru ini.

Meskipun tiba hampir tengah malam, Ibu bapa Azli, Abdul Ghafar Omar,
67, dan Halimah Kunju Muhamad, 56, yang sedang mengusahakan kedai makan
turut mesra melayan kunjungan penulis dan jurugambar Rosni Masri seperti
saudara sendiri.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, sejak kecil, dia
paling suka makan makanan berasaskan gandum seperti roti canai.

Tambah Azli, dia tidak pernah merujuk ke hospital atau mendapatkan
pandangan pakar mengenai ketinggiannya yang melampau kerana mempunyai
kesihatan yang baik dan bersyukur tidak menghidap penyakit berbahaya.

"Saya tidak risau tentang ketinggian ini, orang lain yang risau. Bila
saya nak lalu dan ada halangan di atas, mereka akan cepat-cepat kata
'tunduk-tunduk!'" katanya tersenyum.

Sejak mempunyai ketinggian luar biasa juga, Azli turut mengalami kerumitan dalam hidupnya.

Bukan sahaja terpaksa membengkokkan lutut sampai lenguh dalam
perjalanan menggunakan kenderaan atau terpaksa melupakan katil di asrama
dengan meletakkan tilam di lantai bilik dengan disambung tambahan dua
bantal, tetapi juga untuk mendapatkan pakaian saiz XXXL dan selipar saiz
14.

"Kaki saya saiz 14, tapi selipar yang biasa saya jumpa saiz 11. Kasut
saiz 14 susah juga hendak cari tapi masih boleh ditemui atau ditempah,
tapi selipar?" kata pelajar Diploma Sains itu sambil menunjukkan kakinya
lebih besar daripada selipar yang sedang tersarung.

Cuba membiasakan dengan pemandangan mata-mata terbelalak yang
memandangnya dari atas ke bawah atau jari-jari telunjuk yang mengajak
orang melihatnya, Azli pada awalnya rasa geram dan malu, namun kini
memilih untuk ketawa.



KETINGGIAN Azli menjadikannya perhatian terutama di tempat awam.




"Memang sudah biasa melihat orang mendongak terkejut spontan melihat
saya, terutama apabila pergi tempat baharu atau bertemu dalam keadaan
terserempak.

"Misalnya dia keluar tandas, dan saya menunggu di depan pintu untuk
masuk. Kanak-kanak biasanya akan terlanggar sesuatu setelah mata mereka
berterusan melihat saya.

"Mat Saleh juga terkejut. Seorang lelaki Australia yang terserempak
dengan saya di stesen keretapi di Jerantut baru-baru ini terkejut dan
ketawa selepas melihat saya. Dan saya juga turut sama ketawa," katanya.

Namun, dia juga punya hati. Azli yang ingin menjadi seorang jurutera
sedar dia perlu menerima hakikat ketinggiannya itu dan sanggup berdepan
pelbagai kata sinis, jenaka atau ejekan orang di hadapannya namun tidak
di belakangnya.

Dia boleh menelan apa jua gelaran yang diberikan kepadanya. Katakan
apa sahaja, panjang, gergasi, galah, zirafah atau Great Khali (seorang
ahli gusti yang tinggi dari India), tetapi berasa hati jika terdengar
atau mendapat tahu orang mengumpatnya.

"Saya pun ada perasaan. Saya tidak kisah diberikan gelaran. Sekarang,
saya juga boleh menerima apa jua yang orang kata di hadapan saya,
tetapi saya akan berasa hati kalau orang mengata di belakang saya,"
ujarnya.

Meskipun Azli kini bagai selebriti segera, dia tetap seorang manusia
yang mempunyai kisah luar biasa yang mengingatkan kita bahawa hidup ini
kadang-kadang mengejutkan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2L7xkSbpz

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum