Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hantu Kak Limah mengamuk lagi

View previous topic View next topic Go down

Hantu Kak Limah mengamuk lagi

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:26 am







FILEM ini menjadi filem terakhir lakonan pelawak terkenal, Allahyarham Zami Ismail.






GAYATRI SU-LIN PILLAI (empat dari kiri) bersama karyawan filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit sewaktu pratonton baru-baru ini.




DALAM masa tujuh hari tayangan, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR
2): Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit mengatasi kutipan kolektif filem
tempatan lain yang ditayangkan sepanjang tahun ini. Filem-filem lain
yang dimaksudkan itu termasuklah Minyak Dagu, Juvana, Wawa Semput serta
dua buah filem bukan Melayu iaitu Paper Moon (Mandarin) dan Ops Kossa
Dappa 3 (Tamil).

Sejak ditayangkan 7 Februari lalu, filem karya dan arahan Mamat
Khalid itu mencatat kutipan tiket berjumlah RM4.28 juta. Sebagai
perbandingan, Minyak Dagu mencatat kutipan sebanyak RM2.36 juta
sepanjang 28 hari tayangan manakala Juvana pula sebanyak RM2.69 dalam
tempoh 11 hari tayangan.

Melihat kepada pencapaian awal yang diterima filem Kampung Pisang
itu, ramai yang menjangkakan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit akan
mengulangi semula kejayaan yang diraih dalam filem Hantu Kak Limah Balik
Rumah (2010).

Ketika mula ditayangkan di 48 buah pawagam pada hujung tahun 2010
hingga ke Januari 2011, filem itu memperoleh RM2.7 juta selepas seminggu
ditayangkan. Setelah tamat tayangan panggung selama enam minggu kutipan
keseluruhan HKLBR berjumlah RM7.90 juta. Angka itu menjadikan filem
pengarah prolifik itu menjadi filem ketiga kutipan paling tinggi
sepanjang tayangan pada tahun 2010 di belakang Ngangkung (RM8.18 juta)
dan Khurafat: Perjanjian Syaitan (RM8.03 juta).

Ekoran kejayaan yang disifatkan luar biasa kali ini, Tayangan Unggul
Sdn. Bhd. (TU) selaku penerbit filem berkenaan merancang untuk
menghasilkan Hantu Kak Limah 3. Gayatri Su-Lin Pillai mewakili TU
menjelaskan, pihaknya sudah pun mengadakan perbincangan Mamat Khalid
mengenai perkara berkenaan.

"Selama seminggu tayangan, jumlah kutipan Husin, Mon dan Jin Pakai
Toncit ialah dua kali ganda lebih banyak berbanding HKLBR 2010. Buat
masa ini pihak kami tidak tahu berapa lama tempoh tayangan di pawagam.
Cuti umum perayaan Tahun Baru Cina mungkin antara faktor yang menyumbang
kepada jumlah kutipan.

"Pengaruh kuat jenama 'Kampung Pisang' seperti Zombie Kampung Pisang
dan HKLBR sebelum ini juga sangat membantu promosi filem ini," jelas
Gayatri yang akan akur dengan permintaan pawagam berhubung tempoh
tayangan filem berkenaan.

Bagi Mamat sendiri, selain kutipan box-office, kepuasan sebenar buat
seorang pengkarya ialah apabila panggung bukan sahaja dipenuhi golongan
muda.

"Saya rasa seronok apabila filem ini mampu membawa masuk penonton
yang terdiri daripada semua golongan. Penonton yang datang bukan setakat
kepit teman sahaja bahkan bawa seisi keluarga masuk panggung," katanya
yang menyasarkan kutipan sebanyak sekurang-kurang RM6 juta untuk filem
itu.

Senario penerimaan penonton filem pada fasa pertama pertama 2013 ini
memberi petunjuk bahawa filem Melayu tempatan sedang bangkit setelah
rata-rata filem yang ditayangkan pada tahun 2012 tidak menggembirakan
industri. Pengurangan jumlah tayangan daripada dua filem Melayu seminggu
pada 2012 berbanding satu filem satu minggu pada 2013 juga memberi
lebih ruang kepada filem Melayu untuk bertahan lebih daripada dua minggu
untuk ditonton ramai.

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit mengisahkan kepulangan Husin ke
Kampung Pisang setelah diisytihar muflis di Singapura. Kedatangan Husin
menjadi sebab kepada kemunculan bekas kekasihnya Mon. Dalam waktu yang
sama, Kampung Pisang kembali kecoh akibat gangguan makhluk halus dan
Husin sendiri telah hilang diculik oleh lembaga misteri di kampung itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2L7x05uOl

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum