Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pinjam McLaren hanya untuk drama

View previous topic View next topic Go down

Pinjam McLaren hanya untuk drama

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:24 am





Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my


GAMBAR yang didedahkan sebuah blog hiburan menunjukkan Rosyam (berdiri kanan) bersama kereta McLaren MP4-12C.




KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit drama terkenal, Rosyam Nor
semalam menafikan dakwaan bahawa dia membeli sebuah kereta mewah jenama
McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta di negara ini.

Rosyam, 46, ketika dihubungi memberitahu, kereta yang dibina dengan
menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang
rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.

Menurut beliau, meskipun syarikat penerbitan miliknya, Suhan Movies
& Trading Sdn. Bhd. telah banyak menerbitkan drama dan filem
tempatan, namun dia menyifatkan kejayaan tersebut belum cukup untuk
membolehkan dirinya membeli super car seperti itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya
melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan
Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan
yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada
kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah
banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan
drama-drama tempatan," katanya.

Semalam, sebuah blog hiburan tempatan melaporkan bahawa Rosyam atau
nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin telah membeli sebuah kereta
McLaren MP4-12C yang dianggarkan berharga RM3.6 juta.

Turut dimuatkan dalam blog tersebut ialah sekeping gambar yang
menunjukkan dia sedang berada di pekarangan sebuah rumah sambil melihat
ke arah kereta McLaren yang berwarna hitam itu.

Dalam perkembangan yang lain, Rosyam memberitahu, bahawa dia akan
terbang ke Bangkok, Thailand pada minggu hadapan bagi menyiapkan proses
terakhir pembikinan filem terbaharu terbitan Suhan Movies iaitu Balistik yang diarahkan oleh Silver.

"Selepas kejayaan filem Castello pada 2006, kini saya kembali di layar perak untuk filem ala gangster yang kedua terbitan Suhan Movies.

"Selain itu, sebuah lagi filem terbitan Suhan Movies berjudul Isyarat Cinta sedang giat disiapkan dan ia diarah oleh pengarah KL Menjerit, Bade Azmi," ujarnya.

Filem pertama terbitan syarikatnya, Castello yang ditayangkan pada tahun 2006 berjaya mencatat kutipan mencecah RM1.56 juta.

Anak kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur itu juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia lakonan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2L7wQau00

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum