Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

PKNS ketepikan cabaran Felda

View previous topic View next topic Go down

PKNS ketepikan cabaran Felda

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:15 am







PENYERANG PKNS, Patrick Ronaldiho
(tengah) bertindak cemerlang untuk membantu pasukannya menewaskan Felda
United pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.




JURULATIH Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim mendedahkan, tuah lebih
memihak kepada skuad kendaliannya selepas kejayaan menewaskan Felda
United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling
Jaya petang semalam.

Pengendali kelahiran Terengganu itu berkata demikian selepas
menyaksikan skuad kendaliannya, PKNS menentang Felda United yang
terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd. Nizam Abu Bakar
dilayangkan kad merah pada minit ke-32.

Nizam diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua dan PKNS mengambil kelebihan itu untuk memusnahkan kubu lawan.

Hasilnya, skuad kendaliannya Abdul Rahman berjaya merobek gawang
Felda United menerusi jaringan Helmi Remeli pada minit ke-28, Patrick
Wleh Ronaldinho (44) dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahri (55).

Gol sagu hati Felda United dijaringkan oleh penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-33.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman mengakui gembira dengan pasukannya
selepas berjaya mengutip tiga mata berharga pada aksi yang berlangsung
di gelanggang lawan itu.

"Kami bertuah kerana memiliki kelebihan selepas pemain Felda dilayangkan kad merah.

"Selepas situasi itu, ia jelas memberikan kelebihan kepada kami
mengatur serangan dan saya puji barisan pemain kerana semakin berani
untuk terus melancarkan asakan," katanya kepada pemberita selepas tamat
perlawanan semalam.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Felda, K. Devan mengakui bahawa
kehilangan Nizam telah merencatkan strateginya dalam usaha untuk meraih
sekurang-kurang satu mata pada perlawanan tersebut.

"Jika kami memiliki pemain yang cukup, saya yakin Felda mampu
memberikan saingan tetapi insiden kad merah itu (yang menyebabkan
kehilangan Nizam) amat dirasai.

"Namun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi pemain saya. Walaupun
ketinggalan, mereka tetap memberi saingan serta mempamerkan semangat
juang yang tinggi," ujar Devan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2L7u1FsNB

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum