Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor terus pamer aksi mantap

View previous topic View next topic Go down

Selangor terus pamer aksi mantap

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:12 am





Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


FORKEY Doe (dua dari kanan)
menjaringkan gol pembukaan Selangor pada aksi menentang Kelantan di
Stadium Shah Alam malam kelmarin.




JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan keberkesanan
bahagian tengah skuad kendaliannya merupakan antara faktor kejayaan
mereka menundukkan juara bertahan Liga Super, Kelantan 2-0 di Stadium
Shah Alam malam kelmarin.

Kemenangan Selangor itu hadir menerusi jaringan penyerang import,
Francis Forkey Doe dan tonggak pertahanan, Ramez Jamal Dayoub pada minit
ke-12 dan 26.

Irfan memberitahu, beliau kagum dengan barisan pemainnya yang telah
mempamerkan komitmen yang tinggi serta mengikuti arahannya pada
perlawanan menentang The Red Warriors itu.

Menurut Irfan, persembahan juara 32 kali Piala Malaysia itu semakin
menonjol jika dibandingkan dengan kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada aksi
pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu Selasa lalu.

“Pada perlawanan malam ini (kelmarin), barisan pemain Selangor telah tampil dengan gaya permainan yang sangat mengagumkan.

“Saya mahu memuji pemain-pemain saya terutama bahagian tengah (iaitu)
Abdul Shukur Jusoh, S. Veenod, Solihin Kanasian dan Mohd. Raimi Md Nor
yang telah memainkan peranan masing-masing untuk menutup pergerakan
pemain lawan.

“Prestasi permainan nampak lebih baik kalau saya bandingkan ketika
menentang Sabah walaupun kami memenangi perlawanan di Kota Kinabalu itu
3-0, tetapi permainan ketika itu kurang menarik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, jurulatih kelahiran Perak itu turut
meluahkan kegembiraan selepas menyaksikan peningkatan prestasi
pemain-pemain lain.

Meskipun ketiadaan tiga tonggak utama, Mohd. Amri Yahyah, Mohd.
Bunyamin Umar dan S. Kunanlan, skuad Gergasi Merah masih mampu
mengekalkan persembahan cemerlang dengan mengutip tiga mata berharga ke
atas skuad kendalian Bojan Hodak.

“Saya rasa, ini satu persembahan yang baik daripada pemain-pemain
saya dan kami juga banyak menguasai perlawanan serta mengurangkan
kesilapan terutama pada separuh masa pertama.

“Saya berharap, mereka dapat mengekalkan rentak sebegini pada perlawanan-perlawanan lain selepas ini,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2L7tTNrKR

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum