Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

View previous topic View next topic Go down

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

Post by Park Deen on Sun Feb 17, 2013 7:03 am





Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


GUIZA (kanan) menjaringkan gol kemenangan Johor DT pada aksi menentang T-Team malam tadi.




JOHOR DARUL TAKZIM (Johor DT) meneruskan rentak cemerlang apabila
menewaskan Terengganu T-Team 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong sendiri, skuad Harimau
Selatan tampil garang apabila melakukan asakan demi asakan sebaik sahaja
permainan bermula.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad hampir memperoleh gol pertama seawal
minit ketiga namun cubaan Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan
penjaga gol The Titans, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Penyerang import Johor DT, Daniel Guiza juga turut mempunyai peluang
untuk merobek gawang lawan pada minit ke-17 namun dia dijatuhkan di
hadapan pintu gol.

Guiza bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan apabila menguis masuk hantaran leret Nurul Azwan Roya pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, permainan ternyata lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pasukan T-Team hampir menyamakan kedudukan melalui penyerang dari
Ireland, Caleb Folan pada minit ke-56 dan sekali lagi pada minit ke-63
namun kedua-duanya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohd. Zamir
Selamat.

Keriangan kira-kira 100 penyokong T-Team yang hadir apabila Mohd.
Marzuki Yusof menyepak masuk gol pada minit ke-65 tidak berkekalan
setelah pengadil Wan Mohd. Tarmizi Ibrahim memutuskan Mohd. Marzuki
berada dalam kedudukan ofsaid.

Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Nor Fazly
Alias muncul wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas meledak gol
penyamaan ketika mengikat Negeri Sembilan 1-1 pada aksi keenam Liga
Super itu.

Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Mohd. Firdaus Azizul pada
minit ke-34 namun Fazly memastikan ATM berkongsi satu mata dengan
menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2L7qy2u34

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum