Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Selangor mendapat semangat baru

View previous topic View next topic Go down

Selangor mendapat semangat baru

Post by Park Deen on Wed Feb 13, 2013 10:48 pm





KEJAYAAN muncul pasukan pertama menempah slot suku akhir Piala FA
2013 sebaik menjinakkan Sabah 3-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu
kelmarin, jelas menyuntik moral barisan pemain Selangor ketika melayan
kunjungan musuh tradisi, Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Shah
Alam malam esok.

Pengendali Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim berkata, kemenangan
itu pastinya membakar semangat juang anak-anak buahnya bagi memastikan The Red Warriors pulang hampa.

"Sudah tentu kemenangan ke atas Sabah menyuntik moral kami untuk berdepan Kelantan nanti.

"Sejujurnya, kami hanya mahu menang ke atas Kelantan di Shah Alam selepas ini," kata Irfan.

Dalam perlawanan kelmarin, penyerang import Merah Kuning, Francis
Forkey Doe muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-45 dan 87
sementara satu lagi gol dicetak oleh Raimi Mohd. Nor (52).

Dengan kemenangan itu, Selangor yang juga juara lima kali Piala FA
bakal berdepan pemenang antara pasukan elit, Johor Darul Takzim dan
Kedah yang hanya akan bertarung pada 26 Februari depan.

Begitupun kata Irfan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki skuad kendaliannya jika tidak mahu dimalukan Sang Kijang
malam esok.

"Masih ada beberapa pemain yang memandang mudah perlawanan (menentang Sabah).

"Cuaca yang panas juga sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan
kami, namun saya gembira dapat menyambar slot suku akhir biarpun tidak
menjangkakan kemenangan besar," katanya.

Untuk rekod, pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan liga juga
dilihat seimbang musim lalu apabila Selangor menang 2-1 di Stadium
Nasional, Bukit Jalil sebelum Kelantan kembali bangkit menebus
kekecewaan menang 1-0 hasil jaringan tunggal Mohammad Ghaddar di Kota
Bharu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2KoIQpsNV

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum