Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bance dalam radar Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Bance dalam radar Kelantan

Post by Park Deen on Tue Feb 12, 2013 4:19 am





Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BANCE antara pemain import yang menjadi perhatian Kelantan.



SELEPAS dibelenggu masalah penyerang import, Keita Mandjou yang gagal
menyerlah dalam aksi Liga Super setakat ini, Kelantan kini sedang
memburu seorang lagi pemain import untuk menguatkan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa
membayangkan kesediaan KAFA untuk berbelanja besar dengan memburu
seorang lagi penyerang import berprofil tinggi dari benua Afrika apabila
jendela pendaftaran pemain dibuka pada awal April nanti.

"Pemain ini masih terikat dengan sebuah kelab. Saya baru mendapat laporan daripada pasukan scouting
dua hari lalu dan rundingan awal juga sudah pun dilakukan. Jika ini
menjadi kenyataan, kita akan susun semula pemain import yang akan
bermain untuk Liga M dan kempen Piala AFC," katanya ketika ditemui
semalam.

Dalam pada itu, sumber KAFA memberitahu, nama penyerang antarabangsa
Burkina Faso, Aristide Bance adalah antara yang disebut-sebut bakal
dilamar oleh Kelantan dalam usaha mengekalkan status juara trebel musim
lalu.

Berusia 28 tahun, Bance dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast sebelum
berpindah ke Burkina Faso ketika kecil bersama abang iparnya yang juga
merupakan pemain bola sepak profesional, Aruna Dindane.

Beliau baru sahaja membantu negaranya muncul naib juara Piala
Negara-Negara Afrika selepas tewas kepada Nigeria 0-1 pada perlawanan
akhir awal pagi semalam, dan ketika ini, dia masih mempunyai kontrak
tiga tahun bersama kelab FC Augsburg yang beraksi di Bundesliga, Jerman
sehingga 30 Jun 2015.

Sumber juga memberitahu, pemain berkenaan juga sebelum ini pernah
beraksi untuk kelab Al Ahli dari Dubai dan FC Mainz 05 dari Jerman
antara tahun 2008 hingga 2010 serta berjaya menjaringkan 28 gol daripada
72 penampilan.

"Nama beliau sudah disebut dalam mesyuarat sebelum ini namun, kita
masih lagi dalam proses pemantauan sebelum membuat keputusan kerana ia
melibatkan kos yang agak besar," ujarnya.

Bance kini dikatakan menerima gaji sekitar RM110,000 sebulan bersama FC Augsbugs.

Annuar sebelum ini melalui laman sosial Facebook pernah menyatakan
minat terhadap seorang lagi pemain import dari Togo, Moustapha Salifou,
29, yang kini sedang beraksi bersama FC Saarbrucken dalam liga Divisyen
Tiga Jerman.

Ketika ditanya mengenai limpahan awang import ketika ini, Annuar
membayangkan besar kemungkinan KAFA bakal melepaskan dua pemain,
memandangkan Kelantan sudah melengkapkan kuota pemain import pada ketika
ini.

"Jika kita bawa masuk dua pemain baharu, bererti dua daripada empat
pemain yang ada sekarang kena keluar. Itu kita akan buat secara
rundingan. Sama ada empat bermain untuk Piala AFC dan dua untuk Liga M
atau hanya kekalkan empat pemain (dua untuk Piala AFC dan dua untuk Liga
M) dan dua dilepaskan (tamatkan kontrak) itu kita akan putuskan nanti,"
katanya.

Kelantan ketika ini mempunyai empat pemain import, Obinna Nwaneri,
Keita Mandjou, Dimi Pertratos, Lek Kcira dan kini sedang menguji dua
lagi pemain, Salim Arrachi dan Dickson Nwakeami.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2KdxB6FP7

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum