Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gergasi Merah perlu bijak

View previous topic View next topic Go down

Gergasi Merah perlu bijak

Post by Park Deen on Tue Feb 12, 2013 4:15 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMRI (kiri) terlepas aksi menentang Sabah hari ini kerana masih menjalani penggantungan satu perlawanan.




KEMAMPUAN Sabah melakar kejutan ke atas pasukan pilihan, Felda United
pada aksi pusingan pertama Piala FA sebelum ini, mengundang perasaan
waspada pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi pusingan kedua Piala
FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu petang ini, Irfan tidak mahu
anak-anak buahnya memandang mudah cabaran Sang Badak biarpun lawan
mereka beraksi dalam saingan Liga Premier.

Duka ditunjukkan jalan keluar oleh Johor FC pada peringkat sama pada
edisi tahun lalu, Irfan menjelaskan bahawa situasi itu boleh berulang
sekiranya Gergasi Merah tidak fokus sepenuhnya pada perlawanan petang
ini.

“Biarpun berjaya menewaskan Sabah 3-0 dalam aksi pra musim sebelum
ini, ia bukan alasan buat kami mendabik dada memandangkan kekuatan Sabah
dilihat sukar dijangka.

“Pada masa sama, situasi terpaksa beraksi di bawah cuaca panas terik
juga bukan kelebihan buat kami. Jadi, pemain perlu bijak mengawal
keadaan sekali gus mara ke pusingan seterusnya,” kata Irfan kepada
Kosmo! semalam.

Untuk rekod, juara lima kali itu mara ke pusingan kedua selepas
mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan
penalti pada aksi pusingan pertama di Stadium Shah Alam bulan lalu.

Mereka terpaksa berdepan Sabah lebih awal petang ini ekoran memiliki
misi yang lebih besar berdepan kelab India, East Bengal FC dalam aksi
Piala AFC di Kolkata pada 27 Februari depan.

Begitupun, baki tujuh aksi pusingan kedua yang membabitkan 14 lagi pusingan kekal berlangsung 26 Februari depan.

Mengulas lanjut, Irfan memberitahu pasukan kendaliannya kini bersedia
membendung asakan Sang Badak di tempat lawan terutamanya dengan
kehadiran semula K. Gurusamy yang sudah pulih daripada kecederaan.

Begitupun katanya, beliau terpaksa melupakan khidmat Amri Yahyah yang kini menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

“Saya harap, kami dapat melakar kemenangan ke atas Sabah sebagai
penyuntik moral sebelum berdepan Kelantan dalam aksi Liga Super di
Stadium Shah Alam, Jumaat ini,” katanya optimis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2KdvK6bB5

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum