Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda kembali 'bertugas'

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda kembali 'bertugas'

Post by Park Deen on Tue Feb 12, 2013 4:06 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda akan kembali menjalani latihan di padang Wisma FAM hari ini.




CUTI pemain Harimau Muda sudah habis.

Tidak memiliki tempoh rehat yang panjang selepas tamat 'berguru' di
Australia baru-baru ini, anak-anak buah Ong Kim Swee sebaliknya dijangka
kembali menjalani latihan di Wisma FAM petang ini.

Ia bagi membentuk skuad yang benar-benar mantap menjelang pertemuan
menentang Myanmar dalam satu aksi persahabatan di Yangon pada 22
Februari ini.

Begitupun, mereka dilihat terpaksa 'berdikari' terlebih dahulu ekoran
Kim Swee hanya akan menyertai mereka selewat-lewatnya Sabtu ini kerana
masih bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Pemain Harimau Muda dijangka kembali menjalani latihan di Wisma FAM
pada Selasa (hari ini) bagi memastikan prestasi mereka kekal cergas.

"Biarpun saya hanya kembali mengendalikan latihan selewat-lewatnya
Sabtu ini, saya percaya pemain saya kini semakin matang seperti mana
yang dipamerkan mereka ketika jelajah Australia baru-baru ini," kata Kim
Swee kepada Kosmo! kelmarin.

Aksi persahabatan itu merupakan sebahagian daripada perancangan awal
Kim Swee membantu Harimau Muda mempertahankan emas temasya Sukan SEA di
bumi Myanmar pada penghujung tahun ini.

Begitupun, rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan tidak berpihak
kepada Harimau Muda yang tewas 1-2 dalam aksi kelayakan Piala AFC Bawah
22 Tahun pada Julai tahun lalu.

Ia juga diselubungi kontroversi ekoran Myanmar didakwa menyenaraikan pemain melebihi usia pada kempen kelayakan itu.

Enggan berterusan meratap kedukaan silam, Kim Swee mahu anak-anak
buahnya memberikan yang terbaik ketika berdepan Myanmar nanti meskipun
ia sekadar perlawanan persahabatan.

"Aksi berdepan Myanmar cukup penting kerana ia merupakan sebahagian
daripada perancangan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA.

"Biarpun hanya satu perlawanan persahabatan, ia mampu membantu saya
melakukan penilaian terbaik bagi membentuk pasukan yang mantap," kata
Kim Swee.

Pada masa sama, Kim Swee juga membayangkan mengekalkan skuad yang
sama ketika berkelana ke Australia tempoh hari bagi berdepan Myanmar
nanti.

"Saingan Liga M (Liga Malaysia) kembali berlangsung ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu persiapan mana-mana pasukan.

"Jadi, berkemungkinan besar saya akan membawa skuad yang sama ke Australia ketika berdepan Myanmar nanti," katanya.

Selepas berdepan Myanmar, Harimau Muda dijangka berkelana ke Slovakia
selama lima bulan bermula 15 Mac depan dan dijadualkan mengadakan
sekurang-kurangnya 15 perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana
sebelum kembali ke tanah air pada Hari Raya Aidilfitri.

Mereka juga dijangka menyertai dua kejohanan jemputan iaitu Pestabola
Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam pada Ogos dan Oktober depan
sebelum memulakan misi sebenar mempertahankan emas Sukan SEA di Myanmar
penghujung tahun ini.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2Kdu4YbwO

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum