Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

'Sentuhan Australia' ramuan Harimau Muda

View previous topic View next topic Go down

'Sentuhan Australia' ramuan Harimau Muda

Post by Park Deen on Mon Feb 11, 2013 8:04 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda dalam persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Myanmar pada penghujung tahun ini.




PENGENDALI skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee dijangka mempertaruhkan
'sentuhan Australia' pada pertemuan menentang Myanmar dalam aksi
persahabatan di Yangon, 22 Februari ini.

Kim Swee membayangkan bahawa beliau bakal menggunakan barisan pemain
yang sama ketika Harimau Muda 'berguru' di Australia baru-baru ini dalam
pertemuan dengan Myanmar nanti.

Ini kerana, Kim Swee berkata, beliau tidak bercadang memanggil
beberapa pemain muda dari skuad negeri masing-masing memandangkan
saingan Liga Malaysia (Liga M) masih berlangsung ketika itu .

"Saingan liga kembali berlangsung ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu persiapan mana-mana pasukan.

"Jadi, berkemungkinan besar saya akan membawa skuad yang sama ke Australia ketika berdepan Myanmar nanti," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Harimau Muda dianggap berjaya mencapai objektif sepanjang 10 hari
berkelana ke bumi Australia baru-baru ini apabila mereka berjaya
mempamerkan peningkatan yang sungguh luar biasa selain memperlihatkan
kematangan ketika beraksi.

Antara yang cemerlang membantu Harimau Muda mengharungi Jelajah
Australia itu termasuklah Rozaimi Abdul Rahman, Irfan Fazail, Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria serta Izzaq Faris Ramlan yang kembali pulih
daripada kecederaan jangka panjang.

Sepanjang berada di sana, anak-anak buah Kim Swee berjaya melakar
tiga kemenangan dan satu tewas apabila menewaskan Palm Beach Shark
(5-1), Brisbane Sharks (2-1) dan Australia Queensland Academy (7-0),
namun tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic pada perlawanan ketiga.

Mengulas lanjut, Kim Swee menuntut komitmen anak-anak buahnya supaya
memberikan yang terbaik ketika berdepan Myanmar nanti biarpun ia sekadar
satu perlawanan persahabatan.

"Aksi berdepan Myanmar cukup penting kerana ia merupakan sebahagian
daripada perancangan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA.

"Biarpun hanya satu perlawanan persahabatan, ia mampu membantu saya
melakukan penilaian terbaik bagi membentuk pasukan yang mantap," kata
Kim Swee.

Selepas berdepan Myanmar, Harimau Muda dijangka berkelana ke Slovakia
selama lima bulan bermula 15 Mac depan dan dijadualkan mengadakan
sekurang-kurangnya 15 perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana.

Mereka hanya dijangka kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Harimau Muda juga dijangka menyertai dua kejohanan jemputan iaitu
Pestabola Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam sebelum memulakan misi
sebenar mempertahankan emas Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2KZ1FNJ2U

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum