Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

HIV dalam kalangan nelayan

View previous topic View next topic Go down

HIV dalam kalangan nelayan

Post by Park Deen on Sat Feb 09, 2013 11:24 am









Perkongsian jarum suntikan antara punca jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah.


beliau yang melakukan kajian berkenaan di tapak kajian di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia ke atas 406 nelayan di Kuantan pada tahun
2011 turut mendapati, lebih daripada satu pertiga nelayan di Kuantan
terlibat dalam penggunaan dadah secara jarum suntikan manakala tiga
peratus daripada mereka menghidap siflis.

''Pada peringkat awal kajian yang dilakukan sejak tahun 2009 hingga
2010 di bawah Projek Waves itu, adalah menerusi kaedah perbualan dan
pandangan masyarakat dan seterusnya kajian menyeluruh di lakukan pada
tahun 2011 menerusi soal selidik dan pendapat orang rama.

''Dalam kaji selidik berkenaan yang dinamakan The social determinants of HIV among fishermen in Kuantan,Malaysia,
didapati nelayan yang paling ramai berisiko terdedah dengan jangkitan
berkenaan ialah nelayan laut dalam berbanding nelayan pantai kerana
risiko penggunaan jarum suntikan secara perkongsian.

''Kita mengetahui nelayan laut dalam perlu berada sekurang-kurangnya
lima hari di tengah laut untuk menangkap ikan, justeru dadah diperlukan
oleh sebahagian daripada mereka untuk menguatkan tenaga," kata Martin.

Malangnya, menurut Martin para nelayan berkenaan mengambil dadah
menggunakan jarum suntikan dan sikap berkongsi jarum menjadikan virus
itu merebak dengan cepat dalam kalangan mereka.

"Akibat perkongsian jarum suntikan menyebabkan ramai dalam kalangan
nelayan berkenaan terjebak dengan HIV," katanya ketika ditemui di
Fakulti Perubatan Universiti Malaya sempena Minggu Pembentangan Kaji
Selidik institusi berkenaan, baru-baru ini.

Apabila ditanya mengapa menggunakan Kuantan sebagai tempat kaji
selidik dan tidak kawasan pantai timur lain, Martin menambah responden
di kawasan itu mudah memberikan kerjasama.

''Sebenarnya faktor geografi penyebab nelayan terdedah kepada HIV,
tetapi sebenarnya pekerjaan itu sendiri dan purata umur nelayan terlibat
dengan penggunaan dadah secara suntikan adalah 38 tahun dan kebanyakan
daripada mereka masih bujang," kata Martin.

Katanya, kebanyakan nelayan yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah
adalah dari golongan miskin dengan kadar pendapatan RM800 sebulan.

Lebih 98 peratus daripada responden yang ditemui adalah orang Melayu.

Mengenai bagaimana responden boleh memiliki atau membeli dadah dengan
begitu mudah, beliau menjelaskan, bekalan memang mudah didapati.

Sementara itu Martin berkata, dalam kebanyakan responden yang
diselidiki, hanya 30 peratus pasangan menggunakan kaedah selamat ketika
melakukan seks dengan pasangan utama mereka, manakala selebihnya tidak
menggunakan kondom.

Malaysia adalah sebuah negara yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai mengalami epidemik tertumpu (concentrated epidemic),
di mana jangkitan HIV membabitkan lebih lima peratus dalam kalangan
populasi yang berisiko tinggi seperti pengguna dadah suntikan, pekerja
seks dan transgender.

Sejak kes pertama HIV/AIDS dilaporkan 25 tahun lalu, sehingga
Disember 2011, dilaporkan 94,841 HIV dan 17,686 kes AIDS dikesan.
Daripada jumlah itu 14, 986 telah meninggal dunia menjadikan mereka yang
hidup dengan HIV sekarang ialah 79,855.

Dalam pada itu kes-kes jangkitan HIV baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2011 sebanyak 3,479 setahun.

Secara puratanya, HIV di negara ini didominasi oleh golongan lelaki
yang menyumbang 90 peratus kepada kes-kes HIV terkumpul yang majoritinya
adalah pengguna dadah yang berkongsi jarum suntikan.

Bagaimanapun keadaan itu telah bertukar. Nisbah jangkitan baru HIV
wanita kepada lelaki semakin meningkat kebelakangan ini, daripada 1:10
pada tahun 2000 kepada 1:4 pada tahun 2011. Majoriti kes jangkitan HIV
dalam kalangan wanita adalah menerusi hubungan heteroseksual (87
peratus).

Dari segi peringkat umur, kira-kira 26 peratus kes HIV terkumpul
adalah dalam kalangan anak-anak muda berumur 13 hingga 29 tahun.

Bagaimanapun, trend jangkitan HIV baru dalam kalangan umur ini
semakin menurun berbanding peningkatan dalam kalangan mereka yang dewasa
berumur 30 hingga 39 tahun.

Memandang dari sudut faktor risiko pula, penularan HIV melalui
seksual semakin meningkat saban tahun berbanding jangkitan disebabkan
perkongsian jarum suntikan dadah.

Pada tahun 2011, lebih 55 peratus kes HIV baru adalah menerusi
jangkitan seksual (hetero, homo dan biseksual), hampir dua kali ganda
angka jangkitan baru disebabkan faktor yang sama lima tahun lalu (31
peratus). - rosmah dain


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130205/kn_01/HIV-dalam-kalangan-nelayan#ixzz2KO8jVr00

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum