Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tempahan ular secara talian

View previous topic View next topic Go down

Tempahan ular secara talian

Post by Park Deen on Sat Feb 09, 2013 11:08 am











BERBANDING kedai-kedai haiwan lain, Exoreptiles Malaysia
(Exoreptiles) yang terletak di Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
menjalankan perniagaan sedikit berbeza. Kedai tersebut menawarkan
perkhidmatan tempahan ular secara talian.

Umpama menempah tiket kapal terbang ke destinasi pilihan, peminat
haiwan eksotik itu boleh memilih ular yang disukai melalui laman web
www.exoreptiles.com, kemudian mereka pergi ke kedai itu bagi melihat
keadaan sebelum membuat pengesahan penerimaan.

“Kami mahu setiap pelanggan yang membeli ular mempunyai cukup
pengetahuan mengenai haiwan ini termasuk cara ia makan dan sifat serta
karakter.

“Dalam dunia maklumat di hujung jari, mereka boleh terus melayari
internet mengenai ular yang diminati selepas melihat-lihat di laman
web,” kata pemilik Exoreptiles, Steve Yong, 34, ketika ditemui di
Cheras.

Katanya, kaedah perniagaan tersebut terbukti berkesan apabila
terdapat pelanggannya yang datang membawa anak yang berusia sekitar
tujuh tahun tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat baik.

“Jangan terkejut, kanak-kanak itu mampu menamakan setiap ular yang ada di kedai ini dengan mudah,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Steve juga membela seekor ular sebagai haiwan peliharaan
sekitar tahun 2002 tetapi dia telah mendapatkan ‘bapa angkat’ baharu
kerana mahu berkahwin.

Isterinya takut dengan haiwan tidak berkaki itu. Pada tahun 2008, dia
membuka Exoreptiles dan diuruskan sepenuh masa oleh adik Steve, Martin
Yong, 25, dan seorang pekerja.

“Saya percaya, dengan pengetahuan dapat menghilangkan rasa fobia
manusia terhadap ular,” ungkapnya yang turut mengakui sudah beberapa
kali digigit reptilia itu.

Kesemua ular di kedai Steve bukan dari Malaysia. Kebanyakannya
diimport dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain di
Eropah.

Ular-ular yang dijual tidak tersenarai dalam Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa (CITES) dan tidak beracun.

Namun, ular yang ada dalam senarai itu yang memerlukan permit lebih
mendapat sambutan serta cepat dijual, selalunya ia didambakan oleh para
pengumpul, terangnya.

Menjaga ular sebagai haiwan peliharaan sangat mudah, menurut lelaki
dari Segambut, Kuala Lumpur itu. Ia hanya perlu diberi makan seminggu
sekali mengikut saiz.

Ular kecil diberi makan pinky, anak tikus yang masih belum tumbuh
bulu atau tikus dewasa untuk ular besar, manakala terarium tidak terlalu
besar atau kecil.

Jika terlalu besar akan menyebabkan tekanan pada ular selain sediakan
bekas air untuk berendam, tempat bersembunyi dan substrat sebagai alas.

“Disebabkan ular-ular ini berasal dari negara empat musim, jangan
simpan dalam bilik yang berhawa dingin. Itu menyebabkan ia berhibernasi
sepanjang tahun.

“Jika itu berlaku, ular tersebut tidak akan makan dalam tempoh yang
lama sehingga boleh menyebabkan kematian,” pesan Steve lagi.



ULAR dari negara-negara empat musim seharusnya tidak disimpan dalam bilik berhawa dingin.




Diberi makan

Setiap hujung minggu dan cuti umum, Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor
memberi peluang kepada para pengunjung bergambar dengan ular sawa Burma
serta batik.

Sebelum dibawa ke tempat umum, kedua-dua ular itu diberi makan dan
dimandikan kerana haiwan itu juga mempunyai masalah kulit seperti kutu
serta hama, kata penolong penyelia Rumah Reptilia, Mohd. Hamdan Abdul
Hamid, 32.

Ujarnya, ular sawa Burma kelihatan lebih jinak walaupun tidak
disentuh dalam masa tertentu kerana sifatnya yang agak pasif. Sifatnya
itu menyebabkan ia lebih digemari penggemar ular.

Ular sawa batik pula agak sukar didekati walaupun selepas sehari
tidak dipegang dengan menunjukkan aksi sedang mengalami tekanan dan
menjauhi diri seolah-olah mahu melindungi diri.

“Ia agak agresif berbanding sawa Burma dan sawa batik ialah haiwan
asli Malaysia,” kata Mohd. Hamdan ketika ditemui di Zoo Negara.

Ketika bertemu dengan Mohd. Hamdan pada akhir bulan lalu, Mohd.
Hamdan menunjukkan dua ekor ular sawa iaitu daripada jenis Burma, Python
molurus bivittatus dan sawa batik, Python reticulatus.

Perbezaan corak

Secara mata kasar, kedua-dua jenis ular itu nampak sama tetapi jika
diteliti terdapat perbezaan pada corak yang kelihatan mempunyai
perincian paten berkala dan halus.

Ular sawa Burma yang seberat 14 kilogram (kg) itu bernama Sonik dan
berumur sembilan tahun, manakala sawa batik, Kiki yang berumur setahun
mempunyai berat 4.5kg.

Ular sawa batik merupakan spesies dan reptilia yang terpanjang di dunia tetapi bukan badan paling besar.

Zoo Negara mempunyai 25 spesies ular Malaysia dan tiga spesies haiwan
daripada luar negara. Jadi, terarium di situ tiada suhu khas diperlukan
tetapi masih lagi dibekalkan sumber kawalan haba seperti lampu dan
takungan air.

Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, berkata, ular terbahagi pada berbisa dan tidak berbisa.



PERBEZAAN dapat dilihat pada corak fizikal ular sawa batik (kiri) dan ular sawa Burma.




Tahap kecerdikan

Jenis tidak berbisa seperti ular sawa dan anakonda, manakala ular
tedung senduk, selar serta ular kapak tergolong dalam kelompok berbisa.

Warna terang yang terdapat pada jenis berbisa selalunya menjadi
amaran kepada hidupan lain. Sesetengah ular mempunyai warna yang sama
dengan tanah untuk penyamaran.

“Tetapi ada juga ular tidak berbisa mempunyai warna terang untuk
menipu haiwan lain,” kata Muhamad Danial ketika ditemui di pejabatnya di
Zoo Negara.

Ular bergerak menggunakan otot dan sisik yang mempunyai perbezaan
pada bahagian perut dan atas. Sisik bahagian perut berbentuk empat segi
bujur dan besar.

“Reka bentuk sisik itu, otot dan geseran antara badan dengan
permukaan tanah membolehkan ia bergerak. Pergerakan juga banyak jenis
seperti bengkang-bengkok, bengkang-bengkok ketepi atau melurus,”
terangnya lagi.

Haiwan yang mempunyai tahap kecerdikan seperti ular hanya perlu
memastikan kelangsungan hidup dengan sentiasa mencari makanan dan
melakukan pembiakan.

Biarpun penglihatan ular tidak jelas, ia mempunyai inframerah yang
dapat mengesan haba badan mangsa, manakala rahangnya tidak bersambung
dan boleh dibuka seluas-luasnya. Bergantung pada spesies, rata-rata ular
mempunyai usia lebih kurang 20 tahun.

Ular tidak makan bangkai dan terdapat sesetengah spesies aktif pada
waktu malam mengesan mangsa kerana haba mudah dikesan pada cuaca yang
rendah.

Tambah Muhamad Danial, ular sentiasa mengeluarkan lidah bagi mengesan bahan kimia yang keluar daripada badan hidupan lain.

Bahan tersebut dihantar ke kelenjar Jacobson, seterusnya memberi maklumat mengenai spesies haiwan yang berada di hadapannya.

Ular juga dapat mengetahui kedatangan mangsa dengan merasai gegaran pada permukaan tanah.

Badan ular bersinar dan kalis air untuk menyimpan air. Hidupan itu
membuang bahan perkumuhan air kencing atau urin dalam bentuk terhablur.

Waktu yang dinasihatkan tidak mendekati ular walaupun spesies itu dijadikan haiwan peliharaan adalah pada waktu bersalin kulit.

“Mata ular akan mengalami keputihan seperti katarak dan reptilia itu
berasa nyilu pada seluruh badan,” tambah Muhamad Danial lagi.

Terdapat perbezaan pada ular air terutamanya pada bahagian ekor yang
kelihatan seperti pendayung bagi membantu meningkat kemahiran hidupan
tersebut berenang.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2KO4beAZV

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum