Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Aksi Nwakaeme pikat penyokong Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Aksi Nwakaeme pikat penyokong Kelantan

Post by Park Deen on Sat Feb 09, 2013 10:45 am





Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NWAKAEME (kanan) tampil dengan aksi yang bertenaga ketika membantu Kelantan menewaskan Felda United 2-0 di Kota Bharu kelmarin.




PEMAIN import jemputan Kelantan dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, 27, mula meniti di bibir penyokong fanatik skuad tersebut.

Ia ekoran aksi bertenaga yang dipamerkan oleh pemain berkenaan serta
kerap kali menguji kekuatan benteng pertahanan lawan ketika turun
beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Felda United di Stadium
Sultan Muhammad IV Kota Bharu kelmarin.

Gaya permainannya terus menenggelamkan rentak seorang lagi tonggak
import Kelantan, Keita Mandjou yang sedang bergelut untuk mengembalikan
prestasinya.

Tanpa berselindung, pengendali Kelantan, Bojan Hodak mengakui Dickson mempunyai kelebihan tersendiri selepas membantu The Red Warriors mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Felda United pada aksi persahabatan itu.

Menurutnya, pemain tersebut mempunyai kelebihan dari segi kawalan
bola serta bijak membuka ruang kepada rakan pasukan untuk menjaringkan
gol.

"Dia (Dickson) seorang pemain yang hebat serta memiliki gaya kawalan
bola yang baik selain mampu melakukan percubaan daripada sudut yang
sukar.

"Bagaimanapun, setakat ini, mungkin tidak akan berlaku sebarang
perubahan dalam pasukan dan saya serahkan semuanya kepada pihak
pengurusan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di hadapan 7,000
peminat setia mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-33 untuk
memperoleh jaringan menerusi rembatan seorang lagi pemain import
jemputan, Salim Arrache.

Pada minit ke-72, Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan
Kelantan selepas rembatan kencangnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol
Felda United, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kelantan memperoleh tonik berguna
menjelang perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 15 Februari ini
di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, Hodak berkata, dua aksi persahabatan yang diharungi
oleh pasukannya setakat ini memberikan impak positif buatnya dalam
menilai kekuatan dan kelemahan pasukan.

"Ia cukup penting buat kita untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum saingan Liga Super kembali bersambung.

"Banyak perubahan yang saya dapat lihat terutama persembahan daripada
Mohd. Izuan Solahuddin, begitu juga dengan aksi Mohd. Faiz Subri.
Kedua-dua pemain ini semakin menunjukkan peningkatan," ujarnya.

Bagi pengendali Felda United, K. Devan, beliau mengakui pasukannya
masih mencari pemain terbaik untuk digandingkan dengan penyerang dari
Lebanon, Mohd. Ghaddar.

Selain itu, Devan turut merancang untuk mengadakan satu lagi
perlawanan persahabatan berdepan sama ada Pahang atau naib juara Piala
FA musim lalu, Sime Darby FC.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2KNyuTMZf

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum