Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Siti Saleha Tak Perlukan Lelaki

View previous topic View next topic Go down

Siti Saleha Tak Perlukan Lelaki

Post by Park Deen on Wed Feb 06, 2013 3:44 am

Siti Saleha tak perlukan lelaki




SALEHA muncul dengan pelbagai filem lakonannya pada tahun ini.




LELAKI mana yang tidak tertarik dengan kejelitaan yang dimiliki
aktres Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum?
Bagaimanapun, figura yang bakal muncul menerusi filem Kerat 14,
gandingannya bersama aktor tersohor, Aaron Aziz ini mengakui tidak
memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki dalam kehidupannya.

Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, dalam alam realiti, dirinya
tidak sebegitu lemah seperti kebanyakan watak yang pernah dimainkan
menerusi drama bersiri TV mahupun filem.

"Saya tidak memerlukan lelaki untuk menjaga ataupun melindungi diri
saya kerana saya tidak selemah seperti watak-watak yang pernah saya
bawakan dalam drama TV mahupun filem.

"Saya boleh menjaga diri saya sendiri, malah saya juga ada menyertai
kelas muay thai sejak tahun lepas lagi sebagai langkah menjaga
keselamatan diri," katanya.

Tambah Saleha, untuk menjadi seorang yang sangat lemah-lembut,
pemalu, sensitif dan cepat emosi dalam lakonan merupakan satu perubahan
karakter yang sangat mencabar bagi dirinya.

"Watak-watak yang diberikan kepada saya adalah sangat kontra daripada
karakter sebenar diri saya, kerana saya sebenarnya seorang yang
periang, berfikiran terbuka, tidak bergantung kepada lelaki, tegas dan
suka berjenaka.

"Jadi untuk menghayati watak-watak yang penuh sifat kewanitaan dan
gadis desa merupakan satu perkara yang sangat mencabar dan menguji mutu
lakonan saya," katanya.

Masih solo

Menuntut kisah cinta daripada gadis jelita yang pernah dilanda
kontroversi bercinta dengan seorang penjaga gol bola sepak, Syed Adney
iaitu adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Siti Saleha memberitahu, dia
masih solo dan sehingga kini tidak mempunyai hubungan dengan
siapa-siapa.

"Saya masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa
dengan mana-mana lelaki. Itu semua gosip. Bukan saya tidak mahu
(bercinta), tetapi tiada siapa yang mahukan saya (ketawa)," katanya
berjenaka.

Ujar Saleha lagi, dia kini sangat sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.

"Saya kini sibuk berlakon untuk drama dan juga filem, jadi isu untuk
mengadakan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki ini tidak menjadi
keutamaan saya buat masa ini," katanya.

Selepas berjaya menambat hati para pononton di rumah, kini gadis
sunti berusia 23 tahun itu beralih arah ke layar perak dengan
filem-filem terbaharu yang bakal menjengah pawagam termasuklah Mamak
Cupcake, Bravo, Pencinta, KL Zombie dan Kerat 14 yang bakal ditayangkan
pada 14 Februari ini.

Menurut Siti Saleha, dia bagaimanapun akan terus berlakon drama dan tidak tertumpu kepada lakonan untuk filem sahaja.

"Saya akan mengimbangi lakonan saya di televisyen dan juga di
pawagam. Bagi saya, itu yang terbaik. Jika saya memilih untuk berlakon
di layar perak sahaja, penonton dan peminat saya yang mempunyai kekangan
masa untuk ke pawagam mungkin tidak dapat melihat lagi hasil kerja
saya. Jadi, saya rasa ia lebih adil buat mereka jika saya teruskan
lakonan saya di dalam drama dan juga filem," katanya.

Adik kepada penyanyi kumpulan popular, Shamsul Anuar atau Sam
Bunkface itu turut mengakui selepas tiga tahun mencurahkan seratus
peratus komitmen dalam kerjayanya, dia kini mula menikmati pulangan
setiap keringat yang telah dicurahkan dalam dunia hiburan tanah air.

"Alhamdulillah, pada tahun ini, rezeki saya mencurah-curah, tidak
kiralah untuk drama bersiri mahupun filem. Saya sangat menghargai
peluang-peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh
penerbit-penerbit drama dan filem tersebut.

"Sebagai tanda berterima kasih kepada mereka, saya akan cuba beri
yang terbaik sehingga tiba masa saya boleh berbangga dengan pencapaian
dan hasil titik peluh saya sendiri," katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2K4jJnQRQ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum