Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelibat Rozaimi, Irfan menjadi tumpuan

View previous topic View next topic Go down

Kelibat Rozaimi, Irfan menjadi tumpuan

Post by Park Deen on Tue Feb 05, 2013 10:04 am







IRFAN (tengah) dan Rozaimi (empat dari kiri) menjadi perhatian pegawai pencari bakat kelab Brisbane Roar.




GOLD COAST, Australia - Aksi menentang Brisbane Roar hari ini bakal
menjadi medan terbaik buat kapten Harimau Muda, Irfan Fazail dan
Rozaiman Abdul Rahman untuk membuktikan keupayaan masing- masing.

Ini kerana Irfan dan Rozaimi yang meledak 10 gol pada kempen
kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) sebelum ini dikatakan mendapat
perhatian pegawai pencari bakat kelab terbabit, Brad Maloney.

Perlawanan menentang Brisbane Roar merupakan aksi terakhir Harimau
Muda pada siri Jelajah Australia yang bermula penghujung Januari lalu.

Bekas penyerang import Sabah, Scott Ollerenshaw yang mengaturkan
jelajah tersebut adalah antara individu yang bertanggungjawab mengenal
pasti bakat kedua-dua pemain muda itu sebelum menjemput Malo- ney
menyaksikan persembahan mereka dengan lebih dekat pada aksi menentang
juara Liga Australia (Liga A), Brisbane Roar hari ini.

"Saya telah dibawa oleh Ollerenshaw yang telah mengaturkan perlawanan
persahabatan Harimau Muda di Australia dan sudah tentu saya mahu
mencari bakat-bakat baharu, dan beliau telah memberikan cadangan untuk
menilai prestasi dua pemain terbabit.

"Sejujurnya saya sangat kagum dengan persembahan pemain-pemain
Harimau Muda khususnya dari segi teknik, kepantasan, skil serta
persefahaman, selain memiliki barisan jurulatih yang sangat profesional
biarpun usia mereka masih muda," kata Maloney ketika menyaksikan sesi
latihan Harimau Muda di Kompleks Sukan Carrara di sini semalam.

"Irfan dan Rozaimi ternyata menarik perhatian saya. Mereka memiliki
teknik yang bagus, pantas dan sangat cepat menyesuaikan diri dengan
corak permainan.

"Saya fikir, gaya permainan mereka cukup matang. Mereka juga dilihat mampu menyerlah jika diberikan lebih banyak pendedahan.

"Kini, saya semakin teruja untuk menyaksikan persembahan mereka pada aksi esok (hari ini)," jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyifatkan peluang kedua-dua pemain itu nampak cerah untuk beraksi dalam Liga A.

"Saya ingin menasihati Irfan dan Rozaimi agar bermain seperti biasa dan buat seperti apa yang mereka lakukan pada sesi latihan."



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2K0QS5BNA

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum