Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

FAM tetap 'sayang' Rajagobal

View previous topic View next topic Go down

FAM tetap 'sayang' Rajagobal

Post by Park Deen on Tue Feb 05, 2013 9:59 am




Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pemain skuad Harimau Malaya
sudah bersedia untuk berdepan Qatar pada aksi pembuka tirai kempen
kelayakan Piala Asia 2015 di Doha esok.




SUKA atau tidak, Datuk K. Rajagobal tetap menjadi 'anak emas' Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Apa tidaknya, kedudukan beliau sebagai jurulatih masih tidak terjejas
sekalipun Harimau Malaya tewas kepada Qatar dalam aksi pembuka tirai
kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Jassim Hamad, Doha esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin
Ahmad berkata, badan induk itu sentiasa mempercayai kredibiliti
Rajagobal yang menggalas tanggungjawab itu sejak Julai 2009.

Menurut beliau, aksi berdepan Qatar bukannya penentu masa depan
Rajagobal, sebaliknya FAM akan menunggu sehingga kempen kelayakan tamat
sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kalau kalah (berdepan Qatar), kena terimalah. Kami tetap akan
menunggu sehingga hujung tahun. Sebagai majikan, kami sentiasa percaya
dengan kemampuan Rajagobal.

"Biarpun perlawanan itu merupakan sebahagian daripada KPI (indeks
prestasi utama) Rajagobal, kami perlu menilai secara keseluruhan,"
katanya.

Ketika ini, masa depan Rajagobal selaku jurulatih dilihat berada di
ambang bahaya ekoran krisis kecederaan beberapa pemain utama Harimau
Malaya seperti Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dan tugas
penggempur kini digalas Amri Yahyah dan Khyril Muhymeen Zamri.

Bagaikan 'meludah ke langit', kata-kata Rajagobal sebelum ini yang
akan meletak jawatan sekiranya gagal membantu Harimau Malaya juga
seolah-olah 'menanti masa' sebelum menjerat diri sendiri.

Beliau dilaporkan berkata sedemikian selepas dikecam hebat pemerhati
bola sepak tempatan gara-gara gagal mempertahankan trofi Piala Suzuki
AFF tahun lalu.

Begitupun kata Azzuddin, pihaknya tetap menuntut penjelasan Rajagobal sekiranya gagal mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Beliau masih perlu memberikan penjelasan (jika gagal) tetapi ada
baiknya membenarkan Rajagobal melaksanakan tugasnya terlebih dahulu.

"Tidak perlu membuat sebarang andaian selagi tugas beliau belum
tamat. Sebagai manusia biasa, sudah tentu (Rajagobal) terkilan jika
berterusan dihentam," katanya.

Selepas bertemu Qatar nanti, Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi
pasukan Asia Timur iaitu Yemen dan Bahrain pada 22 Mac dan 15 Oktober
depan.

Dalam pada itu, Azzuddin mengesahkan masih belum menerima sebarang
usul daripada mana-mana pihak berhubung panel pemilihan pemain yang
bakal mewakili skuad kebangsaan selepas ini.

Begitupun jelas beliau, kewujudan panel itu dikhuatiri menimbulkan
pelbagai masalah lain termasuk mengehadkan kuasa mana-mana jurulatih
kebangsaan selepas ini.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai pemain sebelum ini, saya khuatir timbul masalah lain jika panel pemilihan dilaksanakan."






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2K0PIZvZF

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum