Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

PKNS akur keputusan FAM

View previous topic View next topic Go down

PKNS akur keputusan FAM

Post by Park Deen on Tue Feb 05, 2013 9:57 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
"BERJAYA mendapatkan pemain bintang seperti Muhammad Nazmi Faiz
Mansor juga sudah cukup menggembirakan kami, seolah-olah 'bulan jatuh ke
riba'.

"Jadi, kami menghormati keputusan FAM dan akan menunggu sehingga April depan."

Demikian kata pengurus pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan selepas
rayuan mereka kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
membenarkan Nazmi beraksi pada 16 Februari ini, ditolak badan induk bola
sepak negara itu semalam.

Azmi memberitahu, Nazmi akan kekal menjalani latihan bersama pemain Selangor PKNS yang lain bagi mengekalkan prestasinya.

Buat masa ini katanya, pihaknya akan merujuk kepada FAM bagi
menyelesaikan isu sijil perpindahan antarabangsa (ITC) Nazmi bersama
S.C. Beira-Mar.

"Segala urusan termasuk ujian perubatan juga akan dilakukan oleh
pihak kami sebelum pendaftaran pemain dibuka semula April depan.

"Kami tidak rugi apa-apa biarpun Nazmi hanya boleh beraksi dua bulan
lagi, yang paling penting kariernya tidak terjejas," katanya.

Azmi memberitahu, Nazmi mungkin memperkuatkan Selangor PKNS dalam
aksi persahabatan menentang Johor di gelanggang lawan pada Jumaat ini
tetapi ia terpulang kepada percaturan jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim.

"Saya harap peminat dan penyokong Nazmi dapat hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada Selangor PKNS selepas ini.

"Dia pemain muda yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah.
Saya percaya kehadirannya dapat membantu kami merealisasikan sasaran
menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan terbaik dalam saingan Liga
Super musim ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2K0OXk5cg

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum