Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tiada pengecualian – FAM

View previous topic View next topic Go down

Tiada pengecualian – FAM

Post by Park Deen on Tue Feb 05, 2013 9:56 am







AZZUDDIN (kiri) bersalaman dengan
Azmi selepas pertemuan di Wisma FAM semalam bagi membincangkan isu
pendaftaran pemain baharu Selangor PKNS, Nazmi Faiz.




HASRAT Selangor PKNS menggunakan khidmat ‘arkitek’ muda negara,
Muhammad Nazmi Faiz Mansor ketika saingan Liga Super kembali bersambung
pada 16 Februari ini tidak kesampaian.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kekal dengan keputusan
hanya membenarkan Nazmi, 19, beraksi selepas pendaftaran pemain Liga
Malaysia (Liga M) dibuka semula pada 8 hingga 22 April depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan badan
induk itu bukannya ekoran terkilan dengan tindakan Nazmi membuat
keputusan menamatkan kontrak selama tiga tahun bersama kelab Portugal,
S.C. Beira-Mar baru-baru ini.

Sebaliknya tegas beliau, Nazmi tidak terkecuali dengan peraturan
sedia ada yang ditetapkan badan induk itu terhadap mana-mana pemain
sebelum ini.

“Peraturan tetap peraturan, ia bukannya berlandaskan emosi FAM selaku badan induk semata-mata ekoran tindakan Nazmi.

“Dia hanya boleh beraksi pada April depan selepas memperoleh sijil
perpindahan antarabangsa (ITC) daripada kelab yang diwakilinya sebelum
ini,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud dan pengurus pasukan Selangor PKNS, Azmi Adnan.

Begitupun, Nazmi yang hadir bersama bapanya, Mansor Mustapha dilihat
tergesa-gesa meninggalkan Wisma FAM tanpa sempat ditemu ramah media.

Sabtu lalu, Nazmi sah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan
PKNS selepas menamatkan kontraknya bersama S.C. Beira-Mar atas dasar
persetujuan bersama.

Begitupun, nilai perpindahan itu tidak didedahkan manakala Nazmi juga
enggan memberitahu sebab sebenar dia meninggalkan kelab Portugal itu.

Mengulas lanjut, Azzuddin memberitahu, status Nazmi sebagai pemain
Harimau Muda juga akan dirujuk ke mesyuarat Jawatankuasa Status FAM
dalam masa terdekat.

Jelas beliau, mana-mana pemain yang beraksi bersama kelab lain sama
ada di dalam atau di luar negara sepatutnya kembali ke pangkuan pasukan
asal masing-masing.

Begitupun, Azzuddin membayangkan keputusan Jawatankuasa Status bakal
berpihak kepada Nazmi sekiranya pemain itu mahu beraksi bersama Selangor
PKNS.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini (kes Affize Faisal Mamat) yang
mahu beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia, pemain berhak menentukan
pasukan mana yang mereka mahu wakili.

“Biarpun Nazmi sepatutnya kembali ke pangkuan Harimau Muda, kami
tiada kuasa menghalang hasratnya beraksi bersama Selangor PKNS,”
katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2K0MHPqRF

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum