Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kontroversi tidak gugat kebahagiaan

View previous topic View next topic Go down

Kontroversi tidak gugat kebahagiaan

Post by Park Deen on Mon Feb 04, 2013 5:56 am











LAKSANA sebuah istana kayangan yang dilakar indah untuk menyambut
seisi alam bertandang, begitulah gilang-gemilangnya majlis pernikahan
dan persandingan pasangan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan yang
berlangsung pada hari Sabtu lalu.

Hotel Seri Pacific dan Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur menjadi saksi terpatri cinta dua jiwa antara
pelakon dan penyanyi lincah Liyana, 25, bersama ahli perniagaan,
Fathudin, 29.

Majlis akad nikah berlangsung seawal pukul 9 pagi di dewan utama
Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bersaksikan 200 orang tetamu undangan
terdiri daripada keluarga, teman rapat dan media.

Sebanyak dua kali lafaz, pada tepat pukul 10.27 pagi Fathudin selamat
dinikahkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas
kahwin berupa seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500.

Setinggi-tinggi ucapan syukur dipanjatkan oleh kedua-dua mempelai
yang turut melangsungkan persandingan pada sebelah malamnya di Dewan
Merdeka, PWTC.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala hal.
Rasa seperti bermimpi pun ada dan saya bersyukur semuanya selamat
dilangsungkan.

"Saya bukan seorang yang terperinci tapi asalkan semua tetamu yang
hadir gembira dan biar majlis ini menjadi sebuah majlis yang diingati
selamanya," kata Liyana usai majlis pernikahan awal pagi Sabtu lalu.

Menyarung sepasang busana rona putih rekaan pereka fesyen terkenal
Jovian Mandagie, Liyana disolek penuh seri oleh jurusolek kegemarannya,
Tiar Zainal.

Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa
tepak sirih, seutas rantai emas, sebuah tas tangan, wang hantaran
bernilai RM28,388, dan set barang kemas (seutas rantai, sebentuk cincin
dan sepasang anting-anting).

Sementara pihak Fathudin pula dibalas dengan tujuh dulang hantaran
iaitu kek, semangkuk buah anggur, dompet jenama Louis Vuitton, sepasang
kasut kulit Prada, seutas jam tangan Tag Heuer, sebentuk cincin Bvlgari
dan sirih junjung.

Hi jiran!

Perkenalan yang bermula dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada
Fathudin kepada Liyana yang berbunyi "Hi jiran!" akhirnya berakhir di
jenjang pelamin pada tarikh keramat 2 Februari 2013.



MAJLIS resepsi Liyana berlangsung dalam suasana ala kayangan.




Kata Liyana, sepanjang melayari alam perkenalan mereka hanya bertemu
sebanyak lima kali sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga
bersama.

"Susah nak dijelaskan sebab saya suka dia (Fathudin) kerana itu
terlalu peribadi, tapi apa yang boleh saya katakan dia seorang yang
sangat memahami dan kami mudah serasi. Pertama kali berjumpa seperti
sudah 10 tahun kenal!

"Dia sangat tenang dan penyabar, mungkin itu daya penarik dia.
Walaupun kami berjiran, tidak pernah pula bertegur sapa selama ini,"
ungkap Liyana mengenai detik awal pertemuan mereka.

Janji Liyana dia bagaimanapun akan cuba menjaga hubungan rumah
tangganya bersama Fathudin namun dalam masa yang sama tetap meneruskan
kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan bakal pengarah.

"Sepanjang kita membesar, personaliti dan kematangan juga berubah.
Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menjaga dia.

"Dari segi lakonan pula saya akan memilih watak yang bersesuaian
dengan imej saya sebagai seorang isteri orang, bagaimanapun saya tidak
meletakkan syarat. Berlakon adalah kerjaya dan jiwa saya, cuma mungkin
tidak sekerap seperti sebelum ini," jelas anak bongsu daripada tiga
beradik itu.

Layar seninya bakal dicorakkan dengan warna yang berbeza apabila syarikat produksinya, Mermaid Studio bakal ligat beroperasi.

Kontroversi

Ketika majlis pertunangan pasangan itu pada 29 Mac tahun lalu, Liyana
membuat pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka yang sepatutnya
dilangsungkan pada 24 Januari lalu.

Atas alasan tertentu yang tidak dapat dielakkan, majlis itu terpaksa ditunda ke tarikh 2 Februari.

Selain itu, seminggu sebelum majlis pernikahan pasangan itu turut
terpalit dengan kontroversi gambar praperkahwinan yang telah mengundang
banyak komen negatif selain percakaran dengan jurufoto profesional,
Saiful Nang.

Menjawab akan kisah kontroversi yang melingkari perjalanan bahagia
Liyana dan Fathudin, kata mereka isu itu tidak menjejaskan kedua-dua
majlis pernikahan mahupun persandingan mereka.






"Saya tidak marah langsung. Kenapa perlu tertekan dengan perkara
sebegini. Kami nak berkahwin dan majlis ini perlu diraikan dengan
kegembiraan.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercakap mengenai kontroversi itu kerana saya sudah lali dengan dunia seni.

"Perkara biasa jika ada orang bercakap mengenai kita dan sampai satu
ketika orang akan melupakannya apabila timbul isu lain. Perkara ini
langsung tidak menjejaskan kami," kata Liyana.

Sementara itu, Fathudin yang enggan meletakkan dirinya seiring dengan
populariti Liyana menjelaskan dia tidak mengambil kisah akan perkara
buruk yang terjadi sebelum majlis perkahwinannya.

"Isu itu merepek dan saya tidak mahu ambil tahu langsung. Fokus saya
ketika itu adalah persiapan perkahwinan dan mahukan satu majlis yang
indah untuk kami berdua," katanya.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2JtYwWJLY

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum