Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tanah di Liberia semakin kurang

View previous topic View next topic Go down

Tanah di Liberia semakin kurang

Post by Park Deen on Mon Feb 04, 2013 5:51 am







RAKYAT Liberia kini berdepan dengan dilema apabila semakin banyak tanah mereka dijual kepada syarikat asing.




SETELAH konflik umum yang tercetus sejak sembilan tahun lalu mulai reda, kini Liberia dikatakan berdepan dengan masalah tanah.

Ia berikutan tindakan kerajaan Liberia yang menjual tanah negara itu
sedikit demi sedikit kepada pihak luar yang mahu membelinya secara
bidaan harga.

Hal itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan orang ramai yang merasakan situasi tersebut semakin kronik.

Pengerusi Pesuruhjaya Tanah Liberia, Othello Brandy, bagaimanapun
berkata sebanyak 57.5 peratus wilayah negara telah diperuntukkan
menerusi konsesi.

Keseluruhan luas tanah itu ialah 5.6 juta hektar iaitu lebih sedikit
daripada jumlah sejuta hektar kawasan yang mewakili tanah pertanian.

Seorang peguam, Alfred Brownell yang mengasaskan sebuah organisasi
bukan kerajaan, Green Advocates, menganggarkan sekurang-kurangnya 120
syarikat asing telah menandatangani kontrak konsesi di Liberia.

"Sepanjang tempoh enam tahun ini, ia telah jatuh merudum dengan cepat. Tidak ada kapasiti penyerapan di Liberia.

"Tiada kemahiran dan tiada orang terlatih untuk membangunkan negara
ini," jelas Brownell sambil memberitahu negara itu sudah cukup menderita
akibat peperangan selama 15 tahun dari tahun 1989 sehingga 2003.

Peguam itu mempertahankan komuniti Liberia yang terjejas dengan
perladangan kelapa sawit dan memberi amaran: "Sekiranya kita kembali
semula kepada peperangan, ia hanya berkaitan dengan isu tanah."

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih lagi bertindak sebagai
badan pengaman di Liberia dan seorang panel telah memberi amaran pada
awal Disember tahun lalu mengenai potensi tercetusnya konflik tanah di
negara berkenaan.

Dalam laporannya, beliau menekankan terdapat banyak konflik dalam hak
milik tuan tanah selain memberitahu ia berpotensi untuk melemahkan
keamanan dan keselamatan dalam kalangan masyarakat di pedalaman.

Namun, menurut Brandy, Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf yang
memenangi Anugerah Nobel Keamanan 2011 dikatakan berada dalam keadaan
tertekan untuk membangunkan semula ekonomi di negara itu.

Dalam kebanyakan kes, konsesi tanah boleh dirunding di kawasan bandar besar Monrovia yang jauh daripada zon terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Blamoh Nelson menerangkan, pihak kerajaan hanya
menandatangani persetujuan bagi sebuah wilayah umum yang memiliki
bidang kepentingan.

Kaya sumber semula jadi

Sebelum ini, berlian, emas dan kayu memberi tuah kepada Liberia
sehinggalah bekas Presiden, Charles Taylor tersingkir pada 2003 dan PBB
menyekat perdagangan antarabangsa material berkenaan.

Sirleaf menidakkan banyak kontroversi tetapi masih lagi
menandatangani konsesi baharu yang meliputi pertanian, perhutanan,
mineral dan sumber minyak di dasar laut.

"Andaian palsu yang dibuat ialah kerajaan memiliki tanah tersebut," ujar Brownell.

Situasi itu selalu dilihat dibanyak negara Afrika, benua yang
dimonopoli pelabur asing ekoran kekayaan sumber bahan mentah aslinya.

Pakar hak tanah bagi Organisasi Agrikultur dan Makanan PBB, Paul
Mathieu menganggarkan sebanyak 80 peratus hak tanah pedalaman sama ada
tidak direkodkan langsung dalam dokumen atau berada dalam status kabur
kerana kerajaan menganggap ia sebagai milik kerajaan.

Di Liberia, bidang pertanian menyumbang sebanyak 61 peratus daripada pengeluaran keseluruhan ekonomi negara.

Di selatan Liberia, 220,000 hektar telah diwarta selama 93 tahun
kepada kumpulan Indonesia, Golden Veroleum Liberia (GVL) untuk
menghasilkan minyak sawit, yang mana sekitar 200 buah keluarga kini
bergantung kepadanya.

Bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Sirleaf telah menggunakan sebuah
polisi lama, tetapi telah menimbulkan persoalan kerana ia menggalakkan
pengeksportan produk dan ternakan.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, beliau menubuhkan suruhanjaya yang
diketuai oleh Brandy bagi memperjuangkan mengenai hak milik harta yang
mana jika digunakan, mampu memberi jaminan kepada komuniti setempat di
seluruh negara.

Brandy yang telah dilatih sebagai ahli agronomi berharap ia akan
membantu dalam memberi jaminan kepada keselamatan makanan negara itu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2JtYF2FyW

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum