Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

View previous topic View next topic Go down

Kraf tangan kulit telur dari Vietnam

Post by Park Deen on Mon Feb 04, 2013 5:48 am










SEKALI pandang, bingkai yang memaparkan gambar beberapa pekerja sawah
tekun menanam padi kelihatan seperti sebuah lukisan menggunakan medium
cat air.

Terdapat lapan pekerja kesemuanya yang lengkap bertopi coklat. Empat
daripadanya memakai baju rona merah dan selebihnya baju hitam. Ia
dilengkapi dengan latar belakang rona kelabu, hitam dan putih.

Walaupun kelihatan ringkas tanpa sebarang pemandangan serta pilihan
warna yang pelbagai, ia tetap menarik perhatian mata yang memandang.

Malah, karya tersebut mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa
mereka yang memakai baju merah berkemungkinan pekerja wanita dan
individu yang memakai baju hitam pula adalah pekerja lelaki.

Selain itu, efek kocakan air yang dibuat ketika mereka menanam padi
juga kelihatan asli. Namun, apabila dilihat dengan teliti, karya itu
bukan menggunakan bahan cat air seperti yang disangka.

Sebaliknya, ia dihasilkan melalui kulit telur yang telah
dipecah-pecahkan dengan halus dan dilekatkan di atas lakaran lukisan
tersebut.

Jika boleh dihitung, jumlah kepingan telur yang digunakan dalam
pembuatan karya itu mencecah ratusan biji. Justeru, sukar untuk
dibayangkan bagaimana tingginya kesabaran pekerja dalam menyiapkan
lukisan berkenaan.

Ironinya, semua pekerja di pusat kraf tangan tersebut bukan individu
normal, sebaliknya terdiri daripada individu yang mewarisi kecacatan
genetik akibat simptom agen oren.

Agen oren merupakan senjata kimia yang digunakan pihak tentera
Amerika Syarikat (AS) ketika berlaku Perang Vietnam 1975. Ia menyebabkan
masalah kesihatan dan kecacatan terhadap bayi yang baru lahir di negara
tersebut.

Pengurus Pusat Kraf tangan Orang Cacat Vietnam, Nguyen Duan Teo, 30,
memberitahu, secara keseluruhan terdapat kira-kira 200 pekerja yang
mencari rezeki di pusat kraf tangan itu. Kebanyakan mereka datang dari
seluruh Vietnam dan menginap di rumah penginapan pekerja yang disediakan
pihak pengurusan pusat tersebut.

Ujar anak tunggal yang masih bujang itu, hampir semua pekerja
mengalami kecacatan genetik fizikal kesan daripada racun herba yang
disembur oleh pesawat AS satu ketika dahulu, tidak terkecuali dirinya.
Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu dalam
usaha menambah pendapatan keluarga.

"Melalui pusat ini, kami menghasilkan pelbagai kraf tangan untuk
dijual pada pelancong. Antaranya lukisan kulit telur, kraf kulit siput
dan kombinasi kedua-duanya.

"Pendapatan kami pula bergantung pada hasil jualan kraf tangan yang
dibeli secara terus oleh pelancong di pusat ini. Jika banyak, maka
banyaklah gaji kami kerana ia akan dibahagikan sama rata," jelas Duan
Teo yang sudah 11 tahun bekerja di sana sambil menunjukkan salah satu
lukisan bertemakan pekerja sawah yang telah siap.

Dalam perbualan kami, satu perkara yang membuatkan penulis rasa
terharu apabila Duan Teo mengatakan dia tidak menyimpan dendam terhadap
AS yang menjadi punca kecacatan ramai rakyat Vietnam.



SEKUMPULAN pekerja orang kurang
upaya wanita duduk berehat sebelum kembali bertugas menyiapkan kraf
tangan kulit telur yang menjadi punca pendapatan mereka.




Sambil tersenyum dia berkata: "Jika bertemu pelancong AS yang ramai
datang ke sini, saya pasti menyambut mereka dengan baik. Memang zaman
selepas perang merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat teruk,
tetapi kami harus melupakan perkara lepas. Ia sudah berlalu. Sekarang
kami menjalin persahabatan, bukan lagi bermusuhan."

Sementara itu, bagi pekerja wanita yang mahu dikenali sebagai Thuy,
42, dia mengakui seronok dengan kerja yang dilakukan di pusat kraf
tangan itu sejak enam tahun lalu.

"Tugas saya khusus memotong kulit cangkerang siput menggunakan mesin
pemotong khas. Sebelum itu, kami perlu menyediakan beberapa rekaan di
atasnya bagi memudahkan ia dipotong mengikut bentuk.

"Rutin harian kami bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30
petang. Apa yang pasti, kewujudan pusat ini memberi peluang kepada kami
selaku individu cacat untuk bekerja sekali gus meraih pendapatan
sendiri," tutur wanita yang berasal dari perkampungan di kawasan Delta
Mekong itu sambil tersenyum.

Penulis berpeluang menemui insan-insan istimewa itu atas undangan
jenama fesyen, Alfio Raldo yang membawa media berkunjung ke bumi Ho Chi
Minh, Disember lalu.

Meneroka kawasan penghasilan kraf tangan itu, jelas menunjukkan
kemudahan yang disediakan serba sederhana. Ini termasuklah deretan meja
dan kerusi kayu yang usang untuk mereka menjalankan kerja masing-masing.

Tempat itu tidak memiliki pendingin hawa untuk menyejukkan badan,
tetapi cuma menggunakan kipas biasa yang perlu dikongsi bagi setiap tiga
deretan meja. Keadaan itu membuatkan suasana agak berbahang serta
mengeluarkan bau yang kurang selesa. Namun, kesungguhan pekerja dalam
menyiapkan produk kraf tangan wajar dipuji.

Perkara itu diakui oleh pegawai bahagian promosi, An Dung Dao, 32,
yang mengakui rata-rata pekerja sentiasa komited dengan tugas yang
dilakukan dan amat teliti terutama ketika proses menatah kulit telur di
atas sesuatu permukaan sama ada gelas, pinggan, pasu atau kayu.

"Tambahan pula, kami turut memberi peluang kepada pekerja untuk
mencipta rekaan atau memberi idea bagi menghasilkan kraf tangan yang
disukai sekali gus menjadikan mereka lebih kreatif," ungkap Dung Dao
yang sudah bekerja selama sembilan tahun di pusat yang turut menjadi
anggota Vietnam Association of Business Enterprises of Persons with
Disabilities (VABED) itu.



SEORANG pekerja melakukan kemasan terakhir dengan memecahkan kepingan telur lebih halus menggunakan sejenis alat logam khas.



Tambahnya, penghasilan kraf berasaskan kulit telur sudah sinonim
dengan rakyat Vietnam sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1976.
Lama-kelamaan, pusat itu semakin dikenali ramai dan menjadi antara
destinasi pelancongan menarik di Vietnam.

"Setiap hari, banyak bas dan van milik agensi pelancongan akan
singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Terowong Chu Chi.

"Selain urusan jual beli secara terus di sini, kami juga ada menerima
tempahan untuk menghantar produk ke luar negara seperti AS, Australia,
Perancis dan juga Malaysia," terang Dung Dao sambil menunjukkan turutan
proses penghasilan kraf yang ditampal di dinding.

Setiap produk kraf kulit telur bersaiz besar biasanya mengambil masa
antara dua hingga tiga minggu untuk disiapkan. Jika saiznya lebih kecil,
masa yang diambil lebih singkat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2JtXScBpb

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum