Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda hadapi ujian getir

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda hadapi ujian getir

Post by Park Deen on Mon Feb 04, 2013 5:06 am







KIM SWEE (tengah) dalam persiapan
awal membentuk skuad terbaik bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2013 di
Myanmar penghujung tahun ini.




GOLD COAST, Australia - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee
membayangkan skuad kendaliannya bakal mengharungi satu ujian getir
ketika berdepan juara Liga Australia, Brisbane Roar pada aksi
persahabatan esok.

Kim Swee memberitahu, aksi menentang kelab gergasi Australia itu amat
penting bagi menentukan sejauh mana kemampuan anak-anak buahnya.

"Sudah tentu saya menjangkakan ia adalah satu perlawanan sengit dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Australia kami.

"Saya percaya tidak kira pemain simpanan atau utama (Brisbane Roar),
mereka memiliki kualiti yang cukup tinggi dan apa yang saya akan lakukan
selepas tiga perlawanan awal, saya akan menilai (prestasi) kesemua
pemain-pemain.

"Jadi pemain yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tiga
perlawanan lalu akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi
terakhir persahabatan kami di Australia kali ini.

"Saya juga berharap pemain-pemain yang diturunkan nanti dapat belajar
sesuatu terutama daripada kesilapan yang dilakukan ketika menentang
Brisbane Olympic semalam (kelmarin)," kata Kim Swee kepada pemberita
semalam.

Skuad kendalian Kim Swee membuka langkah kanan dalam siri perlawanan
persahabatan di Australia apabila membelasah kelab Palm Beach Sharks
5-1.

Harimau Muda terus garang apabila membenam cabaran kelab Divisyen Dua
Liga Australia, Brisbane Lions 2-1 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan
dan Rozaimi Abdul Rahman.

Bagaimanapun, rentak cemerlang Harimau Muda tersekat apabila tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic kelmarin.

Kim Swee turut memaklumkan bahawa anak-anak buahnya dijangka
menentang skuad muda Slovakia dan Myanmar selepas pulang dari Australia
kelak.

"Saya mahu pemain-pemain mengambil perlawanan (menentang Brisbane
Roar) sebagai satu pertemuan yang penting sebelum kita akan menentang
Myanmar di Yangon pada 22 Februari depan.

"Saya juga difahamkan, skuad Bawah 21 Tahun (B-21) Slovakia telah
memberikan maklum balas untuk bertemu dengan Harimau Muda. Mereka
dikatakan telah bersetuju untuk menentang kita pada 22 Mac depan.

"Apabila saya kembali ke Kuala Lumpur, saya akan cuba mendapatkan keputusan rasmi mengenai perkara itu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2JtMMyUzL

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum