Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fakri tidak ikut jejak Nazmi Faiz

View previous topic View next topic Go down

Fakri tidak ikut jejak Nazmi Faiz

Post by Park Deen on Mon Feb 04, 2013 5:01 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


FAKRI (kiri) kini menyertai kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C. selama enam bulan.




PENYERANG muda negara, Ahmad Fakri Saarani menafikan khabar angin
bahawa dia bakal mengikuti jejak langkah rakan sepasukannya, Muhammad
Nazmi Faiz Mansor pulang semula ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Fakri, 23, yang menyertai kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico S.C.
selama enam bulan sejak bulan lalu memberitahu, spekulasi yang ketika
ini tersebar meluas di laman sosial ternyata tidak berasas.

Ia rentetan daripada tindakan Nazmi Faiz , 19, yang juga 'rakan
seperguruannya' di Portugal yang sah meninggalkan S.C. Beira Mar setelah
menandatangani kontrak bersama Selangor PKNS kelmarin.

Disebabkan itu, nama Fakri juga disebut-sebut bakal kembali ke tanah
air apabila dia dikatakan menyertai skuad Terengganu ketika pendaftaran
pemain Liga Malaysia dibuka semula pada April depan.

"Ingin saya tegaskan di sini, khabar angin yang mengatakan saya bakal kembali beraksi di Malaysia tidak benar sama sekali.

"Saya teruja menimba ilmu di Portugal dan akan kekal di sini," katanya menerusi Twitter peribadinya semalam.

Untuk rekod, Fakri sebelum ini pernah ditawarkan kontrak yang sama
oleh Atletico S.C. melalui ejennya, Marco Guimares pada Ogos lalu tetapi
terpaksa ditolak kerana terlibat dengan komitmen Piala Malaysia dan
kempen Piala Suzuki AFF.

Difahamkan, Fakri juga pernah mendapat tawaran daripada sebuah kelab
Divisyen Satu di Portugal, namun dia lebih cenderung menyertai Atletico
S.C. kerana dikatakan memiliki peluang lebih cerah untuk diturunkan
pengendali kelab itu, Paolo Simao.

Pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah dilapor berkata, pemain
kelahiran Kelantan itu hanya akan kembali ke tanah air ketika saingan
liga domestik Portugal berakhir Mei depan.

"Fakri boleh pulang ke Malaysia sementara menunggu musim baharu
bermula dan apabila bermulanya musim baharu nanti, Fakri akan kembali ke
sana," kata Faisal.

Mengulas lanjut, Fakri memberitahu, ketika ini dia sedang giat
menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya di Atletico S.C. dan
berazam memburu tempat dalam kesebelasan utama.

"Alhamdulillah, saya berjaya membuat hantaran buat rakan-rakan
sepasukan, cuma belum ada rezeki buat saya untuk menjaringkan gol," kata
Fakri.

Kelmarin, Nazmi Faiz mengejutkan ramai pihak apabila menyertai
Selangor PKNS biarpun kontraknya bersama Beira Mar sepatutnya berakhir
tiga tahun lagi.

Begitupun, ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar kelmarin,
Nazmi Faiz tetap bersikap 'kunci mulut' dan enggan mengulas lanjut punca
utama dia meninggalkan kelab Portugal yang disertainya pada Mei 2011
itu.

















Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2JtLSUXXw

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum