Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

View previous topic View next topic Go down

Wan Zack, Zaharulnizam dilamar kelab Jepun

Post by Park Deen on Sun Feb 03, 2013 3:44 pm





GOLD COAST, Australia - Biarpun sukan bola sepak tempatan masih
hangat membicarakan mengenai keputusan bintang muda negara, Muhammad
Nazmi Faiz Mansor yang bertindak menamatkan kontrak dengan kelab
Portugal, S.C. Beira-Mar dan memilih Selangor PKNS sebagai destinasi
terbaharu, kem Harimau Muda sentiasa menjadi perhatian pemerhati bola
sepak dunia.

Ini kerana selepas kejayaan Nazmi Faiz menambat perhatian kelab
Portugal itu, kini tiba pula giliran dua pemain sayap Harimau Muda, Wan
Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria diberi- kan peluang
menjadi pemain muda contoh negara selepas ditawarkan kontrak oleh kelab
Jepun, FC Ryukyu.

Perkara itu disahkan jurulatih Hari- mau Muda, Ong Kim Swee, namun
pengendali kelahiran Melaka itu masih meneliti kontrak dua tahun
tersebut sebelum melepaskan dua tonggak utamanya ke negara yang dikenali
sebagai Samurai Biru itu.

Ternyata, persembahan dua anak muda negara itu berjaya menarik
perhatian Ryukyu selepas menjalani ujian pada Mac tahun lalu, dan
perkhabaran itu jelas memberikan impak positif terhadap program
pembangunan bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain
yang berkualiti.

Mengulas mengenai tawaran tersebut, Wan Zaharulnizam mengakui, dia
sudah bersedia untuk membuktikan keupayaan dalam saingan liga yang lebih
baik.

Jelasnya, dia bersama rakan sepasukan, Wan Zack telah mengenal pasti
budaya hidup, pemakanan serta bahasa Jepun sekiranya mereka berjaya
menyarung jersi Ryukyu pada tahun ini.

"Sejujurnya, saya amat gembira kerana saya sudah menunggu lama peluang keemasan seperti ini.

"Ia adalah impian seluruh pemain bola sepak untuk beraksi di liga
yang lebih baik. Apa yang pasti, saya juga mahu meningkatkan tahap
keupayaan saya di luar negara dalam usaha membantu skuad negara nanti.

"Ketika menjalani ujian di sana, saya mendapati tiada masalah dari
segi cara hidup dan pemakanan. Cuma, komunikasi agak menyukarkan tetapi
ia bukan masalah besar.

"Jika proses perpindahan ini berjalan lancar, saya akan mengambil
kursus bahasa Jepun bagi melancarkan urusan saya di sana kelak,"
katanya.






Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2Jq6iEUpJ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum