Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kekalahan pertama Harimau Muda

View previous topic View next topic Go down

Kekalahan pertama Harimau Muda

Post by Park Deen on Sun Feb 03, 2013 3:41 pm







BARISAN skuad Harimau Malaya yang
mengalami kekalahan pertama pada siri jelajah Australia semalam. Mereka
tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic.




BRISBANE, Australia - Harimau Muda merakamkan kekalahan pertama
selepas tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic pada aksi siri persahabatan
Jelajah Australia di padang latihan Goodwin Park Brisbane semalam.

Pada babak pertama perlawanan, skuad muda negara hampir membuka
jaringan seawal minit ketiga menerusi penyerang, Iz- zaq Faris Ramlan,
namun tandukan pemain Terengganu itu tidak menepati sasaran.

Skuad kendalian Ong Kim Swee terus menggandakan asakan tetapi sekali
lagi tandukan lemah Izzaq masih gagal menewaskan penjaga gol Brisbane
Olympic.

Di sebalik keghairahan Harimau Muda memburu jaringan, Brisbane
Olympic akhirnya berjaya membolosi gawang skuad negara menerusi Mark
Fisk pada minit ke-19.

Pasukan Australia itu terus memberikan tekanan kepada skuad negara
dengan menjaringkan gol kedua menerusi Jake Mclean pada minit ke-36.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan penjaga gol, Mohd. Far- han
Abu Bakar yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan peluang
tersebut disempurnakan dengan baik oleh pemain lawan untuk menghasilkan
jaringan.

Bersambung pada babak kedua, Kim Swee melakukan rombakan apabila
menurunkan pemain-pemain utama, antaranya Irfan Fazail, Mohd. Rozaimi
Abdul Rahman, Mohd. Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zaharulnizam Wan
Zakaria, namun kehadiran mereka gagal mengubah kedudukan.

Malang menimpa pasukan Brisbane Olympic selepas menyaksikan pasukan
Australia itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nick Efstathis
dilayangkan kad merah kerana menyiku Muhammad Nurridzuan Abu Hassan pada
minit ke-62.

Selepas insiden tersebut, skuad negara kembali mengasak benteng
pertahanan Brisbane Olympic dengan melakukan percubaan berbahaya tetapi
terus gagal menemui sasaran.

Usaha Harimau Muda untuk merapatkan jurang akhirnya berhasil apabila
Ferris Danial Mat Nasir menjaringkan gol sagu hati buat skuad negara
pada minit ke-83.

Skuad negara gagal mencari gol penyamaan dan kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, ia merupakan kekalahan pertama Harimau Muda selepas
menang ke atas Gold Coast Sharks 5-1 dan Brisbane Lions 2-1 pada 26 dan
29 Januari lalu.

Selepas menentang Brisbane Olympic, Harimau Muda bakal bertemu juara
Liga Australia, Brisbane Roar, Selasa ini sebagai aksi terakhir Jelajah
Australia.

Jurulatih Harimau Muda, Kim Swee tetap gembira dengan persembahan barisan pemainnya.

"Kita boleh lihat persembahan mereka dari sudut berbeza.

"Kita memiliki banyak peluang, namun gagal menyempurnakannya.

"Apa yang saya harapkan, skuad ini akan sentiasa memanfaatkan peluang dan kurangkan kesilapan ketika beraksi di atas padang.

"Pemain harus belajar daripada kesilapan seperti itu dan secara
keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan gaya persembahan pemain
saya," kata Kim Swee

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Jq5UapVM

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum