Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda uji kekuatan di Australia

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda uji kekuatan di Australia

Post by Park Deen on Sat Jan 26, 2013 10:21 am





Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
PERSIAPAN Harimau Muda dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan
SEA 2013 Myanmar bermula apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu
bakal menguji kekuatan dengan kelab Gold Coast Sharks, Australia hari
ini.

Menurut jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, dia akan menguji
beberapa pemain baharu pada perlawanan itu kelak bagi menilai tahap
kemampuan mereka.

“Ini adalah ujian pertama buat pemain-pemain baharu yang beraksi di pentas antarabangsa.

"Mereka harus menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi
membuktikan bahawa mereka boleh beraksi di peringkat yang lebih tinggi,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas bertemu dengan Gold Coast Sharks, skuad negara yang kini
berada di Australia untuk latihan pendedahan, bakal menentang Sunshine
Coast Fire (29 Januari) dan Brisbane Olympic (2 Februari) sebelum
bertemu kelab juara Liga Australia, Brisbane Roar (5 Februari).

Tambah pengendali kelahiran Melaka itu, beliau sempat turun padang
bagi meninjau latihan pasukan Gold Coast Sharks kelmarin dan meramalkan
bahawa mereka akan berdepan satu perlawanan yang sengit.

“Pasukan Gold Coast Sharks sedang melakukan persiapan bagi menghadapi
musim baharu Liga Australia dan mereka juga memiliki pemain yang
berkualiti.

“Apa yang pasti, mereka adalah lawan yang cukup sukar namun keputusan
perlawanan tidak mustahak memandangkan saya mahu menguji barisan pemain
saya," katanya.

Sepanjang jelajah ke Australia itu, Harimau Muda bakal kehilangan
khidmat pemain utama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Fadhli Shas,
Gary Steven Robbat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Zubir Azmi dan K.
Reuben yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kendalian Datuk K.
Rajagobal bagi persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia
menentang Qatar di Doha pada 6 Februari ini.

Selepas siri Jelajah Australia, skuad Harimau Muda dijangka
mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga
Ogos dan dijadualkan mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Selepas Slovakia, skuad muda negara turut menyertai Pesta bola
Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam sebelum memulakan misi sebenar
mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2J40iabWH

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum