Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Mahkamah tinggi tolak

View previous topic View next topic Go down

Mahkamah tinggi tolak

Post by Park Deen on Sat Jan 26, 2013 9:59 am







Tan Sri Annuar Musa




MAHKAMAH Tinggi di Shah Alam semalam, menolak dengan kos permohonan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membatalkan saman pemula yang
difailkan Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungan beliau sebagai
Timbalan Presiden FAM.

Hakim, Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan tersebut di dalam kamarnya.

Peguam, Yusfarizal Yussoff yang mewakili Annuar ketika ditemui
pemberita di luar mahkamah berkata, hakim menolak permohonan itu selepas
mendapati permohonan yang dibuat oleh anak guamnya mempunyai asas.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk pendengaran kes tersebut.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di
pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam dengan menamakan FAM
sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad
sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan
terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan
terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara malafide
(berniat jahat).

Beliau berkata, Azzudin dalam surat bertarikh 2 April 2012 juga
melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21
Jawatankuasa Tatatertib FAM dengan alasan defendan kedua sendiri yang
akan mewakili beliau.

Sedangkan katanya, Azzudin tidak sepatutnya menjadi wakil beliau kerana defendan kedua adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Annuar menuntut 10 perisytiharan berhubung tindakan
FAM yang membawa kepada penggantungan beliau, antaranya, pertuduhan FAM
terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac 2012 adalah cacat,
tidak sah dan terbatal.

Annuar juga mendakwa perbicaraan tatatertib pada 4 April 2012 dan
hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya (5 April 2012) tidak
mematuhi prinsip keadilan asasi.

Selain itu, beliau memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa kesemua
tindakan yang membawa kepada penggantungan beliau itu tidak mematuhi
status dan kod tatatertib FAM sekali gus menjadikan ia terbatal dan
tidak sah.

Annuar turut memohon perintah injunksi menghalang pihak defendan
daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan
Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang
acara bola sepak.

Pada 4 April 2012, Annuar dikenakan hukuman gantung 30 bulan oleh
Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas jawatankuasa itu mendapati beliau
bersalah membuat kenyataan akhbar negatif mengenai skuad bola sepak
negara pada 12 Februari 2012.

Akibat hukuman itu, Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang
aktiviti badan induk bola sepak negara, serta aktiviti Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2J3upLwEK

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum