Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Trauma mangsa rogol

View previous topic View next topic Go down

Trauma mangsa rogol

Post by Park Deen on Fri Jan 25, 2013 10:44 am







TRAUMA yang perlu dilalui mangsa
bukan hanya kejadian rogol itu sendiri, bahkan pandangan serong
masyarakat ke atas dirinya.-Gambar hiasan




SETIAP hari, apabila kita membaca laporan akhbar, kita akan menemui
ada saja berita mengenai kejadian rogol. Kita yang membacanya mungkin
tidak lagi menganggap ia sebagai berita yang menakutkan kerana ia
seolah-olah pengulangan cerita.

Bagaimanapun, satu berita rogol di India telah menggemparkan dunia.
Ia tidak menjadi berita biasa lagi. Jyoti Singh Pandey, seorang pelajar
fisioterapi bukan sahaja dirogol secara beramai-ramai, malah dipukul
dengan teruk sehingga cedera di bahagian otak dan jantung sewaktu
menaiki bas.

Lebih malang, dia kemudiannya dicampak keluar begitu sahaja dari bas, seolah-olahnya gadis itu bukan seorang manusia.

Mengapa ada lelaki yang begitu kejam, sehinggakan ada yang sanggup merogol wanita yang sepatutnya diberikan pembelaan?

Terdapat pelbagai perspektif mengapa ada orang yang menjadi perogol.
Antara yang popular ialah perogol merupakan individu yang mengalami
gangguan psikotik atau mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti.

Perspektif lain pula menyatakan bahawa lelaki secara biologikalnya mempunyai sifat untuk menguasai wanita.

Ada pula yang berpandangan bahawa ada individu yang terdorong oleh
deviant sexual fantasies yang menyebabkan mereka cenderung untuk
melakukan tingkah laku seks sesuai dengan imaginasinya yang janggal itu.


Walaupun fantasi seks tidak semestinya akan menyebabkan berlakunya
kejadian rogol, banyak kajian mendapati kebanyakan perogol mempunyai
kejanggalan pola pemikiran.

Walau apa pun penjelasan yang cuba dilakukan untuk menghuraikan siapakah perogol, ia bukanlah isu utama.

Isu utama yang sepatutnya difikirkan bersama adalah mengapa dalam
kebanyakan kejadian rogol, mangsa selalu dipersalahkan. Ia bukan hanya
melibatkan orang awam, malah dalam kalangan profesional dan ahli
politik.

Pelbagai alasan dicari untuk menjustifikasi sebab berlakunya rogol.
Berpakaian seksi atau berjalan seorang diri di tempat gelap misalnya
telah dikatakan sebagai penyebabnya.

Salahkan mangsa rogol

Dalam kebanyakan kes, orang melupakan kejahatan perogol, sebaliknya wanita yang menjadi mangsa dianggap sebagai punca kejadian.

Kajian-kajian psikologi yang dijalankan juga menunjukkan pola yang sama. Mangsa sering menjadi subjek yang dipersalahkan.

Dalam satu kajian eksperimen menggunakan kaedah mock jury paradigm
misalnya melaporkan bahawa terdapat kebarangkalian untuk juri tersilap
melakukan penghakiman terhadap kejadian rogol.

Manusia cenderung untuk meletakkan kesalahan di bahu mangsa dan bukan perogol itu sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Amnesty International United Kingdom pada
tahun 2005 pula menunjukkan bahawa masyarakat cenderung menyalahkan
mangsa sekiranya mereka mempunyai ramai pasangan lelaki atau dalam
keadaan mabuk.

Kajian-kajian yang dijalankan di beberapa negara lain termasuk
Australia, Turki dan Sepanyol misalnya, menunjukkan bahawa mangsa
biasanya jarang diberikan simpati. Mereka dianggap sebagai ‘pesalah’ dan
kejahatan perogol dilupakan begitu sahaja.

Persoalan mengenai siapa yang bersalah juga bergantung kepada siapa
yang ditanya. Golongan lelaki cenderung untuk menyalahkan mangsa
dibandingkan jika soalan yang sama ditanya kepada wanita.

Stereotaip bahawa ‘wanita mempunyai rahsia untuk dinodai’ (women have
a secret desire to be raped) sebenarnya bakal memunculkan banyak
masalah.

Ia menyebabkan mangsa yang dirogol berasa malu untuk melaporkan kejadian rogol kepada pihak berkuasa.

Persepsi negatif masyarakat juga menjadikan mangsa tidak berupaya
mendapatkan sokongan yang sepatutnya diperoleh. Mereka akan dianggap
sebagai pencetus kepada kejadian rogol dan bukannya pihak lelaki yang
memulakannya.

Sebab itulah, masyarakat perlu lebih adil dalam menghakimi kejadian rogol.

Simpati kita terhadap mangsa mungkin mampu membantu mereka. Tidak ada
salahnya wanita berpakaian cantik atau mempunyai teman lelaki.
Bagaimanapun, ia menjadi kesalahan apabila lelaki tidak mampu menghargai
maruah seorang wanita.







Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2IyGaCD4y

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum