Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

View previous topic View next topic Go down

Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

Post by Park Deen on Fri Jan 25, 2013 10:42 am











SIAPA boleh melupakan kecekalan Lance Armstrong, 42, bertarung dengan
penyakit kanser testis apabila beliau disahkan menghidap penyakit
berbahaya itu pada bulan Oktober 1996.

Tambah mengharukan apabila lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS)
itu membangunkan Yayasan Lance Armstrong (Livestrong) bagi membantu
pesakit-pesakit kanser yang senasib dengannya.

Armstrong terus dijulang masyarakat di seluruh dunia selepas
menjuarai Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de France pada
tahun 1999. Namanya tambah gemilang apabila beliau berjaya mengekalkan
gelaran yang sama setiap tahun sehingga tahun 2005.

Dalam arena berbasikal, Armstrong ialah jaguh yang dipandang tinggi
atlet lain. Beliau adalah perlambangan inspirasi bagi anak-anak muda
yang mahu memburu kejayaan dalam kehidupan. Selain itu, Armstrong turut
menjadi idola utama kepada lima cahaya matanya.

Walaupun demikian, sehebat manapun seseorang individu, pasti
tersimpan secebis rahsia yang mampu memusnahkan seluruh kehidupan dalam
sekelip mata.

Itulah realiti yang dihadapi Armstrong. Legenda sanjungan ramai itu
kini sedang meniti hari-hari sepi dan pedih ekoran tindakan lampau yang
akhirnya memakan diri.

Selepas digantung seumur hidup dalam sukan berbasikal dan dilucutkan
gelaran atas kemenangannya dalam kesemua tujuh Le Tour de France pada
bulan Oktober tahun lalu, Armstrong akhirnya membenamkan egonya dan
membuat pengakuan penuh dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan
mogul dunia penyiaran, Oprah Winfrey, pada minggu lepas.

Tuduhan menggunakan bahan terlarang dalam setiap pertandingan bermula
dari tahun 1999 sehingga 2005 yang difailkan Agensi Anti-Doping Amerika
Syarikat (USADA) yang dinafikan pada awalnya, diakui sendiri Armstrong
dalam rancangan yang berjaya menarik 28 juta penonton di seluruh dunia
itu.

Siaran eksklusif yang dipecahkan kepada dua siri itu menyaksikan
Armstrong mengakui, buat kali pertama, dia pernah menggunakan bahan
terlarang jenis eritropoietin (EPO), testosteron, melakukan pemindahan
darah dan menipu dalam ketujuh-tujuh kejohanan Le Tour de France yang
dimenanginya.

"Saya malu dengan tindakan dan penipuan yang saya lakukan. Pada
awalnya saya berfikir, sekiranya hal ini didedahkan, saya pasti
kehilangan profesion sebagai pelumba basikal untuk selama-lamanya,
ditangkap pihak berkuasa dan hal-hal lain yang tidak sanggup saya
bayangkan.

"Hakikatnya, jenayah utama yang saya lakukan adalah mengkhianati
mereka yang selama ini yakin dan menyokong penuh kerjaya saya. Mereka
telah tertipu," riak wajah Armstrong yang pada mulanya dilihat tenang
berubah penuh kesal.



OPRAH WINFREY (kanan) ketika
menemubual Armstrong dalam rancangan terbitan stesen TV OWN yang berjaya
menarik 28 juta penonton di seluruh dunia.




Reaksi keluarga

Winfrey kemudiannya menyentuh isu yang lebih sensitif apabila
bertanyakan mengenai reaksi keluarga Armstrong terhadap situasi
tersebut. Ternyata, pengakuan tentang anak-anaknya menjentik emosi
Armstrong.

Dengan mata yang berkaca, Armstrong berkata: "Apabila anak sulung
saya, Luke yang berumur 13 tahun berkata kepada saya bahawa ramai orang
bercakap tentang ayahnya, saya tahu sudah tiba masanya untuk saya
memberitahunya perkara sebenar.

"Saya pesan kepadanya, jika orang bercakap buruk tentang saya, jangan
cuba membela saya. Beritahu mereka bahawa ayah (saya) minta maaf."

Seperti bekas isteri Armstrong, Kristin Richard yang penuh
kelembutan, Luke dengan mudah memaafkan bapanya tanpa sebarang prejudis
dan menyatakan hal tersebut tidak akan menghapuskan sekelumit sayang
terhadap bapanya itu.

Winfrey turut bertanya kepada Armstrong sama ada bekas isterinya,
Kristin tahu tentang penglibatannya dengan bahan terlarang dan penipuan
yang diwujudkan.

Armstrong mendedahkan, Kristin pernah meminta dirinya berjanji untuk
kembali beraksi dalam sukan berbasikal pada tahun 2009 sebagai atlet
bebas dadah.

"Kristin memberitahu saya: 'Awak boleh lakukannya dengan satu syarat,
awak tidak melanggar peraturan.' Saya bersetuju dan tidak pernah sekali
saya melanggar perjanjian tersebut," kongsi Armstrong yang mengakui
beliau bebas menggunakan dadah dalam pertandingan yang disertai bermula
pada tahun 2009.

Armstrong seharusnya bersyukur kerana dalam keadaan tertekan sebegitu
dan ditambah lagi dengan peminat dan masyarakat dunia yang mencemuh
tindakan silamnya, beliau masih disokong penuh keluarganya termasuk
kekasih, Anna Hansen, yang melahirkan dua cahaya mata Armstrong.



SHERYL CROW bersama tiga anak Armstrong ketika perlumbaan Le Tour de France pada tahun 2005.




Akibat penipuan

Sebagai balasan, hampir kesemua penaja Armstrong telah menarik diri
dan dianggarkan beliau mengalami kerugian berjumlah AS$75 juta (RM228
juta). Kerugian itu tidak termasuk jumlah tuntutan yang dikemukakan
beberapa penganjur pertandingan yang disertai Armstrong sepanjang tempoh
dia didakwa menggunakan bahan terlarang tersebut.

Bagaimanapun, detik paling menyayat hatinya adalah apabila beliau terpaksa melepaskan posisinya dalam Livestrong.

Ujarnya: "Yayasan tersebut ibarat anak keenam saya dan keputusan untuk meninggalkannya memberi kesan yang mendalam.

"Saya tidak dipaksa atau disuruh menarik diri tetapi saya sedar
tekanan yang sedang mereka alami. Ia merupakan tindakan yang terbaik
bagi yayasan tersebut walaupun pahit untuk saya terima."

Dalam rancangan yang disiarkan menerusi stesen TV milik Winfrey, OWN
itu, Armstrong turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pembuli kepada
ahli pasukannya yang lain.

Beliau pernah mengugut mereka yang bercadang untuk mendedahkan
kegiatan haramnya tetapi mendakwa, tidak pernah mengajak atau memaksa
rakan sepasukannya mengikut tindakannya.

Sepanjang hidup dalam penipuan, Armstrong menyifatkan ia sebagai
pembohongan terbesar yang diulangi saban hari tanpa rasa bersalah.

Beliau menggambarkan kejayaan lampaunya sebagai hero yang berjaya
melawan kanser, menjuarai acara berbasikal, berkahwin dan dikelilingi
anak-anak sebagai kisah sempurna sedangkan secara peribadi, beliau tahu
bahawa ia sekadar penipuan individualistik.

Peluang kedua

Peluang bersiaran di kaca TV digunakan sepenuhnya Armstrong memancing
simpati penonton terhadapnya. Dalam penuh harapan, Armstrong berharap
agar beliau diberi kebenaran untuk kembali beraksi dalam sukan
berbasikal. Beliau rela menerima hukuman atas kesalahannya tetapi tidak
merasakan larangan berbasikal seumur hidup sebagai hukuman wajar ke
atasnya.

"Pada zaman saya, doping bukanlah isu besar dan dilakukan kebanyakan
atlet lumba basikal. Ramai dalam kalangan mereka yang kini telah dikenal
pasti tidak perlu menjalani hukuman seperti yang saya hadapi," sinis
kenyataan yang dibutirkan Armstrong seakan-akan berbaur tidak puas hati.

Benar, tekanan yang dihadapi Armstrong amat berat tetapi ia setimpal
dengan tindakan masa lampaunya. Kesalahannya menggunakan bahan terlarang
mungkin boleh dimaafkan tetapi penipuan yang dicipta beliau sepanjang
kariernya tidak mungkin terpadam dalam lembaran sejarah arena sukan
antarabangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2IyG2L7SL

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum