Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan sokong teguran Ahmad Shabery

View previous topic View next topic Go down

Kelantan sokong teguran Ahmad Shabery

Post by Park Deen on Fri Jan 25, 2013 10:26 am





PENYOKONG Kelantan menyokong teguran Menteri Belia dan Sukan, Datuk
Seri Ahmad Shabery Cheek berhubungan isu membawa askar ke stadium ketika
perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di
Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul
Naim (kelate.net), Mohd. Khairi Yazid berkata, teguran Ahmad Shabery itu
perlu dipandang serius Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi
memastikan perkara tersebut tidak berulang pada masa hadapan.

"Tindakan tersebut jelas bercanggah dengan perwatakan masyarakat di
negara ini. Secara tidak langsung ia boleh menimbulkan persoalan negatif
dan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong.

"Situasi pasukan tentera berada di dalam stadium pernah berlaku dalam
saingan Piala Negara-Negara Afrika sebelum ini. Ia berlaku disebabkan
oleh masalah pemberontakan yang boleh mengancam nyawa pemain.

"Ia berbeza dengan suasana di negara ini. Jika masalah ini terus
berlanjutan, ia dikhuatiri mencemarkan imej negara di mata dunia. Jadi
FAM tidak boleh memandang mudah perkara ini," tegasnya semalam.

Akhbar semalam melaporkan bahawa tindakan membawa askar ke stadium
bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya
berlaku.

Ahmad Shabery menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila
sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal
perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul
Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu
menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pemimpin dan penyokong
Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan
Muhammad IV tidak selamat.

Kosmo! pada 20 Januari lalu turut melaporkan Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya tidak membawa perkara-perkara
'pelik' dalam Liga Malaysia kerana sistem yang ada sepatutnya sudah
cukup baik sekiranya dipatuhi.

Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir bola sepak negara
terutama berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang
terbaru, apabila pasukan Johor Darul Takzim membawa Anggota Rejimen
Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2IyCAJpCZ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum