Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Irfan sedia hadapi amukan ATM

View previous topic View next topic Go down

Irfan sedia hadapi amukan ATM

Post by Park Deen on Fri Jan 25, 2013 10:10 am





Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN (kiri) tidak akan membiarkan ATM meraih kemenangan pada aksi pembuka tirai Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.




PERASAAN kecewa selepas kegagalan membawa pulang tiga mata berharga
ketika berdepan Perak dalam aksi Liga Super, Selasa lalu telah pun
dibuang jauh-jauh oleh barisan pemain Selangor.

Sebaliknya, pengendali skuad Gergasi Merah itu, Irfan Bakti Abu Salim
mahu anak-anak buahnya kembali fokus ketika berdepan ujian getir
menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi pusingan pertama
Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

“Kami akan berusaha membaiki segala kelemahan yang ada ketika menentang Perak menjelang aksi dengan ATM nanti.

“Saranan saya kepada pemain-pemain Selangor ialah untuk melupakan
seketika saingan Liga Super dan beri tumpuan kepada Piala FA,” kata
Irfan.

Untuk rekod, perjalanan Selangor dalam saingan Piala FA musim lalu
sekadar tersekat di pusingan kedua apabila tewas kepada Johor FC 4-5
menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat
2-2.

Mereka merupakan pemenang terbanyak Piala FA setakat ini apabila lima
kali muncul juara, selain kali terakhir mendakap trofi itu pada edisi
2009 selepas menewaskan Kelantan di pentas final.

Jika berjaya menjinakkan ATM, pemenang antara Sabah dan Felda United
bakal menanti Selangor pada pusingan kedua Piala FA yang dijadual
berlangsung 26 Februari depan.

Pada masa sama, Irfan turut mengingatkan barisan pemainnya terutama
tonggak pertahanan agar tidak lagi ‘menghadiahkan’ sepakan penalti
kepada pasukan lawan pada perlawanan akan datang.

“Jika kita lihat balik, kami telah memberikan penalti kepada pihak
lawan sepanjang dua perlawanan terakhir (menentang Pahang dan Perak).

“Saya berharap kami lebih berhati-hati ketika cuba merampas bola
daripada pihak lawan memandangkan ia boleh mengubah keputusan
perlawanan,” kata Irfan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2Iy7TpaYY

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum