Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor tidak gentar

View previous topic View next topic Go down

Johor tidak gentar

Post by Park Deen on Fri Jan 25, 2013 10:02 am





Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


AZMI yakin anak-anak buahnya mampu mengatasi Pahang malam ini.




KEMAMPUAN Pahang selaku pendahulu Liga Super sama sekali tidak
menghadirkan rasa gentar buat pasukan Johor apabila kedua-dua pasukan
membuat perhitungan pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini.

Meskipun skuad Tok Gajah berjaya menumpaskan nama-nama besar dan
hanya tewas sekali sahaja kepada Selangor dalam saingan liga setakat
ini, namun pengendali Johor, Azmi Mohamed tetap optimis anak-anak
buahnya mampu mencipta kejutan.

Menurut Azmi, Pahang bukanlah pasukan asing buat Johor selepas
kejayaan mereka menundukkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu pada
pertemuan pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor
hujung tahun lepas.

"Namun, kami tetap tidak boleh mengambil ringan perlawanan esok
(malam ini) memandangkan Pahang kini bukan seperti pasukan Pahang yang
kami tewaskan sebelum ini.

"Saya sendiri ada membuat analisis perlawanan Pahang sepanjang
saingan Liga Super dan jelas pasukan itu sudah memperbaiki rentak
permainan mereka," katanya.

Menurut Azmi, meskipun Johor hanya beraksi dalam saingan Liga Premier
berbanding Pahang yang beraksi dalam Liga Super, namun itu semua tidak
boleh diambil kira apabila beraksi dalam saingan Piala FA.

Katanya, apa yang penting, semua pemain harus fokus kerana bagi
saingan kalah mati, mana-mana pasukan juga mampu untuk membuat kejutan.

"Saya yakin, kesemua pemain akan menunjukkan semangat juang yang
tinggi bagi menewaskan Pahang sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

"Saya harap, bermain di tempat sendiri akan turut memberi kelebihan buat pasukan Johor," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Iy5wOXZv

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum