Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Shukor Adan

View previous topic View next topic Go down

Shukor Adan

Post by Park Deen on Tue Dec 20, 2011 5:47 am

Shukor ikrar pertahan reputasi Jang

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

SEKALIPUN mengakui tugas yang bakal digalas musim depan berbeza
berbanding musim lalu, kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan, sudah
bersedia mempertahankan reputasi serta menjulang nama pasukan pada
saingan Liga M 2012, 7 Januari ini.

Menurutnya, pihaknya yakin dapat melaksanakan tanggungjawab itu
dengan baik hasil sokongan dan kerjasama daripada rakan yang sentiasa
memberikan komitmen tinggi untuk sama-sama demi kejayaan pasukan.

“Sebenarnya bukan terletak pada saya seorang dalam menentukan kejayaan
pasukan tapi semua pemain yang dipilih ketua jurulatih Mohd Azraai Khor
Abdullah dan kerjasama serta sokongan padu itu amat penting dalam
menentukan kejayaan diharapkan.

“Saya berharap prestasi pasukan akan lebih menyerlah sepanjang
musim depan apatah lagi dengan kehadiran dua pemain import yang dijangka
mampu meletakkan kekuatan pasukan lebih mantap untuk mengharungi
cabaran yang dijangka lebih mencabar dan sengit,” katanya.

Shukor berkata, dia akan memanfaatkan sepenuhnya perlawanan persahabatan
di Australia untuk meningkatkan lagi prestasi, apatah lagi cabaran
bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih menentang juara Liga Super,
Kelantan di Kota Bharu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum