Manchester United FC
Page 4 of 4 • Share •
Page 3 of 4 •
1, 2, 3, 4 
Re: Manchester United FC
‘Kami sudah lupakan kekalahan lalu’
MANCHESTER: Penjaga gol Manchester City, Costel Pantilimon menyatakan
mereka sudah melupakan kekalahan kepada Manchester United dengan tahap
keyakinan tidak terjejas apabila menentang Liverpool pada separuh akhir
Piala Liga, awal pagi esok.
Usaha pendahulu Liga Perdana itu bersaing dalam empat kejuaraan
berakhir selepas tewas 2-3 kepada musuh setempat, Manchester United di
Stadium Etihad pada pusingan ketiga Piala FA, Ahad lalu.
City bagaimanapun bangkit memberikan saingan selepas ketinggalan 0-3
selain beraksi 10 pemain berikutan ketiadaan kapten pasukan, Vincent
Kompany yang dilayangkan kad merah pada minit ke-12.
Penjaga gol pelapis yang diturunkan dalam kesebelasan utama
menggantikan Joe Hart, menegaskan kepercayaan diri tidak pernah terjejas
selepas menyaksikan cara mereka bangkit.
“Ia tidak menjejaskan keyakinan kami,” katanya. “Ia adalah perlawanan yang menarik
namun kehilangan seorang pemain selepas 10 minit beraksi bukanlah
perkara yang biasa. Ia adalah satu kekasaran tapi biasa saja dan tidak
seharusnya dilayangkan terus kad merah.
“Kami terkejut apabila pengadil memberikan kad merah selepas 10 minit.

“Pada tahap ini adalah tidak normal dan apabila anda menentang
pasukan seperti United adalah penting anda mempunyai 11 pemain.
“Namun ini adalah bola sepak dan apa saja boleh berlaku. Pada
separuh masa kedua kami beraksi dengan lebih baik, menjaringkan dua gol
dan mempunyai satu peluang untuk mendapatkan keputusan seri.” - AFP

Park Deen- Admin

- Posts: 715
Join date: 18/09/2011

Re: Manchester United FC
‘Tak salahkan diri sendiri’
MANCHESTER: Javier Hernandez tidak akan menyalahkan dirinya mengenai ‘sindrom musim kedua’ yang dialaminya di Manchester United.
Penyerang Mexico itu mencatat kejayaan musim lalu walaupun hadir
dengan harga serendah �7 juta (RM34 juta) namun menyumbang 20 gol untuk
United bagi meraih gelaran liga ke-19 dan mara ke final Liga
Juara-Juara.
Namun, Hernandez mendapati ia lebih sukar
musim ini dan gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan sejak gol
menentang Newcastle di Old Trafford November lalu iaitu tempoh paling
lama kemarau gol dalam jangka masa 18 bulan dia bersama Red Devils.
Pemain berusia 23 tahun itu adalah pemain gantian yang tidak
digunakan ketika kelab itu menewaskan Manchester City pada pertemuan
Piala FA, Ahad lalu dan kini berada di belakang Danny Welbeck dalam
senarai penyerang Alex Ferguson.
“Ia situasi yang berbeza
kerana saya mengalami lebih banyak kecederaan musim ini, namun masih
boleh beraksi,” kata Hernandez kepada MUTV. “Saya masih belajar dan
bekerja keras bagi mempamerkan peningkatan setiap hari.
“Setiap tahun akan menjadi lebih sukar. Pada musim pertama bukan saja pemain pertahanan malah jurulatih tidak kenal saya.
“Kini dan seterusnya pada musim ketiga serta keempat, mereka akan
lebih mengenali saya. Namun pemain yang bagus seperti Wayne Rooney,
Robin van Persie dan Didier Drogba sudah berada dalam liga ini
sekurang-kurangnya enam tahun atau lebih dan masih beraksi pada tahap
tinggi yang sama. Saya perlu bekerja ke arah yang sama.” - Agensi

United dulu, baru England
MICHAEL Carrick kini memberi tumpuan untuk meneruskan prestasi
cemerlangnya di United daripada bersusah payah memikirkan mengenai
peluangnya menyertai skuad England di Euro 2012.
Pemain tengah itu adalah antara yang paling menyerlah dalam pasukan
itu musim ini dan meraih pujian daripada Sir Alex Ferguson yang
mahukannya menjadi tonggak utama pasukan itu.
Biarpun bergelar pemain senior di Old Trafford, pemain berusia 30
tahun itu tidak pernah mewakili negaranya sejak perlawanan per�sahabatan
menentang Mexcio sebelum Piala Dunia 2010, biarpun dia berada di bangku
simpanan sebelum kelayakan Euro menentang Switzerland dan Bulgaria
tahun lalu.
“Secara jujurnya, ia bukan sesuatu yang saya fikirkan ketika ini,”
kata Carrick ketika ditanya mengenai prospek untuk tampil dalam satu
lagi kejohanan utama.
“Saya hanya memberi tumpuan terhadap permainan di sini dan bermain
dengan baik. Apa yang berlaku, sudah pun berlalu. Saya tidak terbabit
dalam skuad itu sejak kebelakangan ini jadi saya hanya mahu beraksi
cemerlang di sini.
Bekas bintang West Ham dan Spurs itu berkata gaya permainannya
masih tidak berubah biarpun dia akhirnya mendapat pujian kerana
mempamerkan aksi meyakinkan di posisi itu.
Dia dipuji banyak pihak meskipun dia menganggap tidak melakukan sebarang perubahan.
“Sebagai pemain, saya masih tidak berubah,” katanya. “Tetapi
ketika anda semakin berusia dan meraih banyak pengalaman, ia memberikan
anda lebih tanggungjawab. Anda mula melihat sesuatu dengan pandangan
berbeza, tidak mengapa. Saya sudah selesa dengannya.
“Ya, itulah cara saya bermain dalam pasukan. Saya tidak akan
mengubahnya hanya kerana situasi sudah berubah. Anda perlu memperbaiki
apa yang anda kuasai selama ini.
“Saya sukakan tanggung�jawab ini dan ketika anda menjadi semakin
berusia, mungkin pemain muda melihat anda dengan cara berbeza. Saya
selesa dengannya,” katanya.

Evra kapten United
MANCHESTER: Patrice Evra percaya perlu menunjukkan sifat kepimpinan
sama ada dalam mahupun di luar padang selepas diberi tanggungjawab
memikul tugas sebagai kapten Manchester United.
Selepas Nemanja Vidic diketepikan sepanjang musim ini dan tempat Ryan
Giggs serta Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama skuad kendalian Alex
Ferguson belum terjamin, Evra menerima tanggungjawab besar itu.
Ujian
pertama melihat karakter kepimpinan pertahanan Perancis itu adalah di
Anfield pada bulan ini apabila United berkunjung ke Merseyside untuk
pertembungan pusingan keempat Piala FA.
Ferguson sudah menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah untuk
menurunkan Evra bagi perlawanan pertama menentang Liverpool sejak Luiz
Suarez mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pemain itu yang
menyaksikannya digantung lapan perlawanan.
Evra bagaimanapun
enggan membincangkan perkara itu dan hanya menyentuh perlantikan tugas
kapten sebagai satu lagi tanggungjawab tambahan kepadanya.
“Sudah
tentu saya bangga. Amat istimewa diberi peluang menjadi kapten pasukan
ini. Anda perlu menunjukkan contoh yang baik di padang mahupun di luar.”
Evra pernah memikul tugas sebagai kapten United pada final Piala Liga
2010 yang menyaksikan Red Devils bangkit untuk menewaskan Aston Villa.
Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu sedar tanggungjawab
mengetuai pasukan untuk meraih kejuaraan ke-20 adalah satu pencapaian
yang amat berbeza.
Kemenangan 3-0 ke atas Bolton di Old
Trafford, Sabtu lalu mengembalikan United ke landasan tepat untuk
merealisasi misi merangkul kejuaraan selepas tewas kepada Blackburn dan
Newcastle. - Agensi

Ferguson letak sasaran raih enam kemenangan
LONDON - Alex Ferguson mendesak pemain-pemain Manchester United
memberi aksi terbaik mereka dalam enam perlawanan selepas ini bagi
mencerahkan laluan mereka merangkul kejayaan treble.
Pengurus The Red Devils itu beranggapan jadual perlawanan
bulan depan adalah penentu terhadap nasib mereka dalam saingan Liga
Perdana England musim ini.
Ia bermula dengan perlawanan menentang Arsenal malam ini, termasuk
berdepan Liverpool dalam kempen Piala FA dan aksi Liga Perdana England
dengan Stoke serta Chelsea dan juga Ajax dalam Liga Europa.
Ferguson berkata: "Ini adalah permulaan kepada jadual perlawanan yang
padat bagi kami. Ia satu jadual perlawanan yang menakjubkan yang akan
menjadi penentu kepada nasib kami.
"Semua perlawanan itu bukannya mudah tetapi mereka semua (pencabar utama) mungkin tidak sabar untuk berdepan dengan kami."
Ferguson juga memuji pemainnya kerana terus memberi saingan dalam
perebutan gelaran liga selain turut mara ke pusingan keempat Piala FA
dengan menewaskan Manchester City meskipun dilanda kri- sis kecederaan.
Beliau berharap kehadiran semula Ashley Young dan Tom Cleverley sejak
dua minggu lepas akan memperkuatkan lagi pasukan kendaliannya itu.
United bangkit daripada kekalahan mengejutkan kepada Blackburn dan Newcastle dengan menumpaskan City dan Bolton dua minggu lalu.
Ferguson berkata: "Apabila tiba bulan Mac, pemain yang masih cergas akan mula memberi impak." - Agensi

Evra yakin pintas City

EVRA (kiri) memuji taktikal yang digunakan Alex Ferguson ketika menewaskan Arsenal 2-1 Ahad lalu.
LONDON - Patrice Evra yakin Manchester United akan memintas kedudukan
kelab sejiran, Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana
England musim ini.
City sebelum itu memiliki kelebihan enam mata di persada liga hasil kemenangan dramatik 3-2 ke atas Tottenham Hotspur Ahad lalu.
Bagaimanapun, United berjaya mengurangkan defisit tersebut kepada tiga mata selepas menewaskan Arsenal 2-1.
Pemain pertahanan kiri Perancis, Evra berkata: "Bagi kami, apa yang
penting sekali ialah kemenangan. Tiga mata sangat penting kalau kami
mahu memenangi gelaran liga.
"Saya selalu tegaskan persaingan liga bukan seperti acara pecut, ia adalah acara marathon.
"Kami masih di belakang City tetapi kami perlu meneruskannya dan memenangi setiap perlawanan.
"Saya yakin dengan pasukan ini kerana semua orang bekerja keras dan
apabila kami turun dengan semangat United, kelab lain akan sukar
menewaskan kami."
Evra juga memuji taktikal yang digunakan pengurus United, Alex Ferguson ke atas Arsenal selepas The Red Devils banyak melakukan asakan dari bahagian sayap untuk menembusi pertahanan skuad The Gunners.
"Saya rasa taktik permainan kami ialah menyerang dan cuba menembusi
pertahanan lawan. Jadi, ia memerlukan asakan yang keras di bahagian kiri
atau kanan pasukan lawan.
"Dan itulah apa yang kami lakukan. Kami telah melakukannya banyak
kali apabila bermain dengan Arsenal. Itulah strategi kami," jelas Evra. -
Agensi

Patrice Evra tak gentar
LONDON Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra tidak takut
untuk kembali ke Anfield bagi berdepan Liverpool pada aksi pusingan
keempat Piala FA malam esok
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu akan kembali ke Anfield buat kali
pertama sejak isu perkauman yang membabitkan Evra dan penyerang
Liverpool, Luis Suarez.
Begitupun, pemain berusia 30 tahun itu memberi jaminan kepada
Ferguson bahawa dia memiliki kekuatan mental selaku ketua pasukan pada
pertemuan itu.
Sebelum ini, Ferguson tidak menyenaraikan penyerang sensasi United,
Wayne Rooney pada pertemuan menentang Liverpool kerana bimbing reaksi
negatif para penyokong.
Namun Ferguson berkata, perkauman bukan isu penting tetapi sikap kedua-dua pemain itu membimbangkannya.
"Suatu usaha yang baik apabila menyaksikan Liverpool berusaha untuk menangani isu perkauman ini melalui media.
"Kamu harus ajar mereka ketika bertandang ke Manchester United.
"Sejujurnya, saya masih tidak dapat melihat keperluan untuk itu," kata Ferguson.
Suarez yang masih menjalani hukuman penggantungan lapan perlawanan
dijangka akan berada di Anfield sebagai penyokong dan dia tidak akan
bertemu Evra bagi mengelak senario yang tidak diingini berlaku.
Sehingga kini, Suarez masih enggan memohon maaf secara peribadi kepada Evra.
Dia mendakwa, tuduhan pemain pertahanan United itu tidak boleh
dipercayai, sekali gus mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak (FA)
England.
Ferguson yang tidak ragu-ragu mengenai keupayaan Evra untuk beraksi
di Anfield mendakwa, personaliti dan prestasi konsisten telah menjadikan
pemain itu sebagai calon bagi mengisi slot ketua pasukan United.
Sementara itu, Nemanja Vidic terpaksa direhatkan sehingga akhir musim
ini kerana kecederaan ligamen ketika aksi Liga Juara-Juara. - Agensi
![]() |
| EVRA (kanan) memiliki kekuatan mental untuk menghadapi aksi pusingan keempat Piala FA menentang Liverpool malam esok. |

Last edited by Park Deen on Sun Jan 29, 2012 3:58 pm; edited 1 time in total
Park Deen- Admin

- Posts: 715
Join date: 18/09/2011

Re: Manchester United FC
United tersingkir
2012/01/29
LONDON: Jaringan pada lewat permainan oleh pemain gantian, Dirk Kuyt
menyaksikan Liverpool meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United
malam tadi untuk membolehkan kelab Merseyside itu menempah tiket ke
kelompok 16 pasukan terakhir saingan Piala FA.
Kuyt menghukum
pertahanan lemah United pada minit ke-88 dengan melakukan rembatan
leret kencang menewaskan David de Gea selepas United gagal menangani
sepakan gol oleh Pepe Reina.
Gol kemenangan oleh penyerang Belanda itu adalah kemuncak aksi
dramatik bagi perlawanan pertama yang bebas daripada sebarang insiden
tidak diingini oleh kedua-dua pasukan sejak insiden perkauman Luis
Suarez terhadap pertahanan United, Patrice Evra musim ini.
Perlawanan mulanya tampak bakal dilangsungkan semula di Old Trafford
selepas pemain tengah Korea, Park Ji-Sung memadam gol pembukaan Daniel
Agger untuk Liverpool.
Sementara itu, kunjungan kedua
Chelsea ke Loftus Road dicemari kontroversi dengan Juan Mata
menyempurnakan sepakan penalti yang dipertikaikan untuk membolehkan
skuad kendalian Andre Villas-Boas mara ke pusingan kelima Piala FA
selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 1-0.
Pertembungan pertama kedua-dua pasukan Oktober lalu berakhir dengan
Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang dan kapten mereka, John Terry
didakwa bersikap perkauman terhadap pertahanan QPR, Anton Ferdinand.
Namun kali ini pertikaian tertumpu kepada penyerang Chelsea, Daniel Sturridge
yang didakwa sengaja menjatuhkan badan akibat terjahan Clint Hill
hingga meyakinkan pengadil, Mike Dean untuk memberikan sepakan penalti
yang menjadi penentu keputusan perlawanan itu. – Agensi

Ferguson tak puas hati
LIVERPOOL - Alex Ferguson melabel kekalahan 2-1 Manchester United
kepada Liverpool pada aksi pusingan keempat Piala FA kelmarin sebagai
sesuatu yang 'menyakitkan.'
Pada aksi di Anfield itu, juara Liga Perdana England itu, United
lebih banyak menguasai permainan sebelum dikejutkan dengan gol
kemenangan Liverpool yang diperoleh menerusi Dirk Kuyt pada minit ke-88.
Jaringan dramatik Kuyt itu telah meleburkan impian juara 11 kali
Piala FA itu, sekali gus mencerahkan peluang Liverpool untuk mengulangi
kejayaan merangkul gelaran berganda, Piala Liga dan Piala FA pada tahun
2001.
Pertemuan ini adalah yang pertama buat kedua-dua pasukan selepas penyerang skuad The Reds,
Luis Suarez digantung lapan perlawanan selepas didapati bersalah
menghemburkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan
United, Patrice Evra pada 15 Oktober lalu.
Bagaimanapun, aksi tersebut berakhir tanpa mencetuskan insiden yang
tidak diingini selepas Dalglish dan Ferguson kelihatan tenang sepanjang
perlawanan itu.
Meskipun para peminat Liverpool mengejek Evra, pertemuan itu bebas daripada kontroversi dan hanya satu kad kuning dilayangkan.
"Para pemain saling menghormati antara satu sama lain," kata Ferguson.
"Tidak ada terjahan keras yang dilakukan dalam perlawanan itu. Mereka
bermain dengan semangat yang baik. Kami gembira dengan situasi itu.
"Kekalahan ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Kami lebih banyak
menguasai permainan. Kami bermain dengan baik tetapi tewas pada
perlawanan ini sukar untuk dipercayai.
"Kami lebih banyak mengawal permainan. Pergerakan bola kami juga baik. Saya fikir, kami akan memenangi perlawanan ini."
Pada perlawanan tersebut, Daniel Agger meletakkan Liverpool di depan
pada minit ke-21 sebelum United mengikat kedudukan menerusi Park Ji-Sung
(ke-38). - AFP
![]() |
| JI-SUNG (kanan) menjaringkan gol tunggal United ketika tewas 1-2 kepada Liverpool kelmarin. |

United mula himpit City

HERNANDEZ (kanan) menerima ucapan
tahniah daripada Rio Ferdinand selepas menjaringkan gol pertama United
ketika menentang Stoke di Old Trafford awal pagi semalam.
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjangkakan
pertemuan menentang Manchester City April depan bakal menjadi detik
penentu siapa lebih layak bergelar juara Liga Perdana England musim ini.
Kenyataan Ferguson itu hadir selepas anak-anak buahnya melakar
kemenangan 2-0 ke atas Stoke City di Old Trafford awal pagi semalam.
Kemenangan itu ternyata bermakna buat skuad The Red Devils apabila mereka berjaya menyamakan pungutan 54 mata dengan City yang masih mengungguli carta liga.
Malah kejayaan United berkongsi 54 mata dengan City turut dibantu
dengan kekalahan mengejut 0-1 yang dialami City di tangan Everton dalam
satu lagi aksi awal pagi semalam.
Dengan tiga tonggak utama United, Wayne Rooney, Nani dan Ashley Young
dijangka kembali diturunkan selepas pulih daripada masalah kecederaan
menjelang pertemuan dengan Chelsea Ahad ini, Ferguson ternyata berpuas
hati dengan prestasi semasa barisan pemainnya.
"Kemenangan ke atas Stoke cukup signifikan bagi kami. Namun, ia tetap hari terakhir pada Januari.
"Saya sentiasa melihat Mac sebagai bulan yang penting buat kami. Pada April pula kami akan berdepan dengan City.
"Kami harap Rooney, Nani dan Young boleh diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea Ahad ini.
"Malam ini (awal pagi semalam) ternyata hari yang cukup indah buat
kami. Namun, saya lebih berpuas hati dengan persembahan kami sendiri,"
kata Ferguson.
Pada aksi awal pagi semalam, kedua-dua gol kemenangan skuad The Red Devils diperoleh menerusi sepakan penalti.
Bintang muda United, Javier Hernandez menyempurnakan sepakan penalti
pertama pada minit ke-38 sebelum penyerang antarabangsa Bulgaria,
Dimitar Berbatoz meledak penalti kedua minit ke-53.
"Ia merupakan sepakan penalti yang sangat baik dan tidak mendatangkan masalah buat Hernandez untuk menyempurnakannya.
"Pada awalnya, Berbatov mahu mengambil sepakan penalti pertama, namun
dia mengalah kepada Hernandez. Selepas itu dia ambil sepakan yang kedua
dan berjaya menyempurnakannya," jelas Ferguson.

- Negeri:

Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

Re: Manchester United FC
Lindegaard buat Ferguson pening

ANDERS Lindergaard ditimpa
kecederaan buku lali ketika latihan sekaligus menimbulkan kebimbangan di
kem United sebelum menghadapi Chelsea di Stamford Bridge hujung
minggu ini.
LONDON - Anders Lindegaard terpaksa direhatkan sehingga empat minggu
kerana mengalami kecederaan buku lali, sekali gus memberi dilema baru
kepada Alex Ferguson menjelang pertemuan Liga Perdana England antara
Manchester United dengan Chelsea di Stamford Bridge, Isnin ini.
Ferguson kini perlu memutuskan sama ada untuk menurunkan Ben Amos
pada aksi penting dalam karier pemain muda itu atau terus meletakkan
kepercayaan ke atas David De Gea yang masih belum cergas sepenuhnya.
Amos berjaya menghalang pintu gol United daripada dibolosi ketika
membuat penampilan pertamanya dalam liga musim ini untuk menewaskan
Stoke 2-0 pada pagi Rabu lalu.
Pemain berusia 21 tahun itu diturunkan selepas Lindegaard cedera di
buku lali ketika latihan manakala De Gea pula disahkan masih belum
cergas.
De Gea, pemain yang dibeli dengan harga £17.8 juta (RM85 juta) dari
Atletico Madrid awal musim ini, mula dikritik hebat selepas kekalahan
kepada Liverpool dalam kempen Piala FA minggu lepas.
Ia juga penampilan pertamanya sejak diketepikan berikutan kekalahan mengejut United kepada Blackburn awal bulan lalu.
Satu lagi pilihan, Tomasz Kuszczak, dilihat turut menjalani latihan semalam.
Amos berkata: "Saya telah menunggu begitu lama bagi satu peluang seperti ini dan syukurlah peluang itu tiba jua akhirnya.
"Saya rasa sudah bersedia untuk bermain di peringkat seperti ini.
Kamu perlu bersedia apabila sesuatu seperti ini berlaku dan mereka
menurunkan kamu secara tiba-tiba.
"Saya lebih suka mengatakan bahawa saya telah berjaya melakukannya," tambahnya.
Wayne Rooney, Phil Jones dan Nani diramal akan diturunkan dalam skuad
The Red Devils pada perlawanan menentang Chelsea nanti. - Agensi

Suarez memalukan - Ferguson

DETIK memalukan ini menyaksikan
Suarez (kiri) tertunduk hampa ketika keluar dari padang manakala pemain
yang enggan disalamnya, Evra ceria sahaja meraikan kejayaan menang 2-1.
MANCHESTER - Luis Suarez memalukan kelabnya, Liverpool. Sudahlah
tidak mahu bersalaman dengan Patrice Evra, dia juga tidak layak bergelar
seorang pemain profesional dan beraksi bersama kelab itu selepas ini.
Demikian tegas pengurus Manchester United, Alex Ferguson selepas
pemain Uruguay itu menunjukkan sikap yang langsung tidak profesional dan
kebudak-budakan.
Malah kekalahan 1-2 Liverpool kepada United di Old Trafford kelmarin ternyata menambah malu yang terpaksa ditanggung Suarez.
Tanpanya, Liverpool masih mampu mencatat kemenangan 2-1 pada saingan
Piala FA lalu sekaligus membuktikan dia tidaklah sebagus mana seperti
yang digembar-gemburkan.
Kelmarin merupakan pertembungan pertama kedua-dua pasukan selepas
Suarez dikenakan hukuman penggantungan lapan perlawanan kerana didapati
bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Evra di
Anfield Oktober tahun lepas.
Dalam perlawanan kelmarin, Suarez dilihat hanya memandang ke
permukaan padang sebelum tidak mengendahkan salam yang beberapa kali
dihulur Evra.
"Suarez memalukan Liverpool. Dia sepatutnya tidak layak beraksi bersama The Reds selepas ini.
"Apa yang dilakukan Suarez memang tidak masuk akal," kata Ferguson.
Menurut Ferguson Evra memberitahunya sebelum perlawanan, dia tidak
kisah bersalaman dengan Suarez dan melupakan apa yang telah berlaku.
"Tetapi sebaliknya pula berlaku. Suarez patut malu dengan dirinya sendiri."
Pengurus The Reds, Kenny Dalglish begitupun mempunyai jawapan yang berbeza mengenai insiden itu.
"Kamu patut tanya Suarez, bukannya saya.
"Saya tidak nampak apa sebenarnya yang berlaku, cuma tidak adil mahu
menyalahkan Suarez semata-mata kerana isu remeh seperti ini," katanya.
Suarez yang berjaya meledak satu gol dalam perlawanan itu begitupun
masih tidak cukup untuk membantu pasukannya yang tewas menerusi dua
jaringan cantik Wayne Rooney. - REUTERS

United resah sentuhan Saha

SAHA (kiri) cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan Spurs.
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson bimbang bekas penyerangnya, Louis Saha mampu menjadi pemusnah buat The Red Devils.
Isnin depan, United akan menanti kunjungan Tottenham Hotspur di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana England.
Saha sebelum ini pernah menyarung jersi United pada Januari 2004
apabila dibeli dari Fulham dengan yuran perpindahan sebanyak £12.8 juta
(RM61.2 juta).
Walaupun sering dibelenggu masalah kecederaan, penyerang Perancis
berusia 33 tahun itu masih mampu meledak 42 gol dalam 124 penampilannya
bersama The Red Devils.
"Saha memang pemain yang hebat. Dia memiliki kemampuan meledak gol
dengan menggunakan kedua-dua kaki, kepantasan dan kawalan bolanya di
udara juga menakjubkan.
"Jika Saha tidak dikawal ketat, sudah tentu kami berdepan masalah," kata Ferguson.
Saha sebelum ini dijual ke Everton sebelum secara mengejut dia
berhijrah ke Spurs menerusi pinjaman ketika jendela perpindahan dibuka
Januari lepas.
Penghijrahan itu ternyata berbaloi apabila Saha meledak dua gol ketika Spurs membelasah Newcastle United 5-0.
Dia juga membuka tirai jaringan ketika Spurs tewas 2-5 kepada Arsenal baru-baru ini.
"Saya benar-benar mengenalinya, Saha memang pemain yang berbakat cuma
jarang diberikan peluang beraksi kerana sering dilanda kecederaan.
"Kehadiran Saha pastinya lebih memberikan impak buat Spurs yang
telahpun memiliki rangkaian penyerang yang hebat seperti Gareth Bale,
Rafael van der Vaart, Jermain Defoe dan juga Adebayor.
"Jika kami berjaya menewaskan pasukan seperti Spurs, peluang kami
menjulang trofi liga sememangnya cukup cerah," katanya. - Agensi

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin juara Liga Perdana England musim ini akan ditentukan pada perlawanan menentang Manchester City di Eastland pada 30 April depan.
Ferguson menyuarakan keyakinan tersebut selepas United mencatat kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane awal pagi semalam.
Berdasarkan prestasi yang dipamerkan barisan pemain pada perlawanan tersebut, Ferguson yakin skuad The Red Devils berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Ketika ini, United berada di tangga kedua carta liga selepas mengumpul 64 mata, dua mata di belakang City yang terus unggul se- laku pendahulu.
"Kami (United) telah berdepan beberapa pasukan hebat sejak Januari lalu, termasuk City dan Liverpool dalam saingan Piala FA.
"Kami berjaya menghadapi semua perla- wanan tersebut dengan baik dan kredit wajar diberikan kepada barisan pemain. Mereka telah beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan," kata Ferguson.
Mengulas mengenai pertemuan dengan City yang merupakan aksi ketiga terakhir United musim ini, Ferguson berkata: "Saya rasa ia bakal menjadi penentu siapa yang bakal bergelar juara liga.
"Namun, apa jua kemungkinan boleh ber- laku. Kamu mungkin akan keciciran mata secara mengejut dan ia boleh berlaku kepada kedua-dua pasukan (United dan City).
"Apa yang paling penting ialah kamu tidak keciciran banyak mata berbanding lawan kamu.
"Kami memiliki pengalaman yang luas bagi menghadapi situasi seperti ini.
"Segala-galanya telah terbukti pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam) yang mana pemain menunjukkan semangat juang tinggi biarpun Spurs adalah sebuah pasukan yang kuat," ujar Ferguson. - AFP

Young mahu hukum City

YOUNG yakin United mampu memintas City dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England musim ini.
LONDON - Pemain sayap Manchester United, Ashley Young melaungkan amaran kepada Manchester City.
Penyerang England itu berkata, skuad The Red Devils akan bangkit untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana England musim ini.
Selepas menewaskan Tottenham Hotspur 3-1, skuad kendalian Alex
Ferguson itu semakin menghampiri kedudukan pendahulu liga tersebut
setelah hanya dipisahkan dengan dua mata.
Young yang menjaringkan dua gol di White Hart Lane mengakui, United
kini berada dalam situasi yang sangat baik menjelang pertemuan menentang
City pada 30 April depan.
"Apabila mereka (City) tergelincir (dari kedudukan liga), kami akan
mengambil kesempatan itu. Kami pasti melakukannya," kata Young.
"Kami sentiasa memberikan tentangan yang sengit kepada mereka.
Seperti mana yang dikatakan Paul Scholes, kami harus memenangi setiap
perlawanan.
"Jika kami berjaya berbuat demikian, sudah tentu ia tidak menimbulkan
masalah buat kami. Kami hanya perlu fokus kepada diri sendiri dalam
setiap perlawanan akan datang.
"Kami baru sahaja mengharungi dua perlawanan yang sukar iaitu
menentang Spurs dan Norwich City. Perlawanan akan datang pasti sengit
dan dijangka sukar."
Selain Young, Scholes turut menuntut United memenangi baki 11 perlawanan liga.
Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini yakin United akan mengutip 33 mata maksimum pada perlawanan akan datang.
Namun, pada masa yang sama Mancini menuntut agar barisan pemain City
fokus dalam usaha meraih kemenangan sekiranya berhasrat untuk menjulang
gela- ran liga buat pertama kalinya pada musim ini. - Agensi

United, City tumbang

XANDAO (kiri) menjaringkan gol kemenangan 1-0 Sporting ke atas City awal pagi semalam.
LONDON – Dua kelab gergasi England, Manchester United dan City bakal
berdepan tugas sukar untuk menempah slot ke suku akhir pada kempen Liga
Europa musim ini.
Kedua-dua kelab Liga Perdana England ini tewas mengejut kepada lawan
masing- masing pada aksi kalah mati pertama kelompok 16 terakhir
pertandingan kedua berprestij di benua Eropah itu.
United mempersia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila
tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao, manakala City dikalahkan Sporting
Lisbon, 1-0.
Pemain pertahanan Brazil, Xandao menjaringkan gol tunggal perlawanan itu pada minit ke-51 untuk membantu kemenangan Sporting.
Bagaimanapun pengurus City, Roberto Mancini berkata, beliau tetap yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk mara ke suku akhir.
“Ia bukan suatu kejutan kerana segala-galanya boleh berlaku dalam
bola sepak tetapi saya tidak fikir kami patut tewas,” kata Mancini.
“Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami hampir menjaringkan gol.
Selepas itu, gawang kami pula dibolosi. Kami masih ada 90 minit untuk
bermain dan saya yakin ia akan menjadi suatu aksi yang berbeza.
“Kami masih mempunyai peluang yang besar. Saya harap kami akan
memperoleh peluang untuk menjaringkan gol dan kami tidak akan
mempersia-siakannya.”
Dalam satu lagi perlawanan, penyerang England, Wayne Rooney
meletakkan United di depan pada minit ke-21 tetapi Fernando Llorente
berjaya mengikat kedudukan dua minit sebelum rehat.
Oscar de Marcos dan Iker Muniain beraksi cemerlang untuk memberikan
kelebi- han kepada kelab Sepanyol itu apabila masing-masing menjaringkan
satu gol pada minit ke-72 serta 90.
Rooney sekali lagi membuktikan keheba- tannya apabila mudah menyumbat
masuk sepakan penalti pada masa kecederaan tetapi jaringan itu tidak
cukup untuk membantu kemenangan United.
“Kami telah dikalahkan. Mereka (Athle- tic) adalah sebuah pasukan yang hebat,” kata pengurus United, Alex Ferguson. – Agens

Ferguson cabar Rooney
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan
telah mencabar penyerang pasukan itu, Wayne Rooney untuk mencatat rekod
peribadi de- ngan menjaringkan 40 gol musim ini.
Penyerang sensasi United itu berjaya membantu skuadnya kembali
menerajui Liga Perdana England selepas mengganda- kan jaringannya ketika
menewaskan West Brom 2-0 awal pagi semalam.
Gol pertama diperoleh pada minit ke-35 dan jaringan seterusnya
menerusi sepakan penalti selepas pemain tengah West Brom, Keith Andrews
menolak Ashley Young di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-75.
Rooney yang telah menjaringkan 122 gol sejak bersama United pada
tahun 2004, berjaya mengumpul 20 gol dalam saingan liga domestik pada
musim ini, ketinggalan lima jaringan di belakang penyerang Arse- nal,
Robin van Persie.
Bagaimanapun, Ferguson berharap Rooney mampu mencapai sasaran
tersebut (40 gol) sebagaimana usaha United untuk mengungguli liga dan
kekal dalam aksi Liga Europa pada musim ini.
Pada saingan liga tempatan, United berjaya mengatasi musuh terdekatnya, Manchester City dengan kelebihan satu mata.
Bagi Liga Europa pula, skuad kendalian Ferguson itu perlu menang
besar ke atas Athletic Bilbao sekiranya mahu mara sele- pas ditumpaskan
2-3 ketika pusingan pertama di Old Trafford baru-baru ini.
"Asalkan dia (Rooney) dapat menjaringkan 40 gol, saya sudah berasa
sangat gembira kerana saya pernah mencabarnya. Dia sangat cergas dan
pasti mampu melakukannya.
"Jaringan pertamanya sangat hebat (ketika menentang West Brom). Masa
larian yang dilakukan amat pantas dan dia (Rooney) menjaringkan gol
dengan sangat baik," kata Ferguson.
Selepas menyaksikan kebangkitan yang dilakukan oleh United untuk
memintas City yang sebelum ini mendominasi liga domes- tik, Ferguson
menberitahu bahawa beliau hanya risau tentang kedudukan United pada
akhir musim nanti.
"Saya tidak kisah berada pada kedudu- kan terbaik sekarang kerana saya tidak mementingkan posisi pasukan untuk masa ini.
"Namun, saya tetap gembira kerana mampu mendahului (City) dengan satu
mata. Beberapa minggu lalu kami ketingga- lan tujuh mata di belakang.
"Saya juga berterima kasih kepada semua pemain dan skuad yang mampu
bertahan kerana sebelum ini semua orang tahu bahawa kami dihimpit
pelbagai masa- lah, terutamanya kecederaan ramai pemain utama," jelas
Ferguson. - AFP

City dalam ketakutan
LONDON - Pemain Manchester United, Ashley Young yakin pencabar
terdekat, Manchester City berada dalam situasi ketakutan menjelang
pertemuan di Stadium Etihad pada 1 Mei ini.
Young berkata, pertemuan itu memberi peluang kepada United untuk
membalas dendam, sekali gus mengesahkan status selaku juara Liga Perdana
England musim ini.
Skuad kendalian Alex Ferguson itu tewas 1-6 kepada City pada pertemuan di Old Trafford, Oktober tahun lalu.
Young yang menjaring gol kedua ketika membantu United menewaskan
Blackburn Rovers 2-0, Isnin lalu menegaskan, skuad bimbingan Roberto
Mancini itu sudah berada dalam situasi tertekan.
"Saya rasa, City berasa takut dengan tindak balas kami. Banyak pihak
memperkecilkan kemampuan kami pada awal musim lalu terutamanya selepas
mereka mendahului dengan kelebihan tujuh mata.
"Namun, kami meneruskan tugas kami seperti biasa dan tidak mendabik
dada. Sekarang kami berjaya mengembalikan rentak pasukan, sekali gus
mendahului City," kata Young.
Pertembungan pasukan sejiran itu boleh diibaratkan sebagai penentu
gelaran juara di antara kedua-dua kelab yang ketika ini menduduki dua
kelompok teratas.
Bagaimanapun, juara bertahan dan pendahulu liga, United sudah mendahului City dengan kelebihan lima mata.
Young dan rakan-rakan sepasukan yakin skrip yang sama tidak akan
berulang sekali lagi dan anak-anak buah Ferguson itu juga percaya United
sudah menunjukkan perwatakan sebenar.
"Kami tidak bermain dalam ketakutan dan kami juga tidak gementar ketika menghadapi setiap perlawanan.
"Pasukan kami sudah berada dalam momentum yang sebenar dan kami akan cuba kekalkan sehingga akhir musim," kata Young.
United akan berdepan dengan Queens Park Rangers di Old Trafford, manakala City akan berkunjung ke Arsenal pada Ahad ini.
"Kami akan menghadapi satu lagi perlawanan yang hebat pada Ahad ini
dan ia mungkin tidak akan menjadi mudah tetapi kami akan beraksi lebih
baik," kata Young.
- Agensi

Similar topics» Manchester United Pre-Season Transfer News
» MANCHESTER UNITED HISTORY AND FAQ
» manchester united 09/10 home jersey
» Manchester United Football Club @ Red devils
» United muncul juara liga

Page 4 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum

» Medan menebus kekecewaan
» Ronaldinho tekad robek Kelantan
» Chelsea, Bayern kongsi skrip
» Nasri buat pilihan tepat sarung jersi Manchester City
» Perhitungan terakhir
» PBSNT buka pintu rundingan
» Info FAM
» Man. City juara baharu?