Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lions XII rebah di kaki T-Team

View previous topic View next topic Go down

Lions XII rebah di kaki T-Team

Post by Park Deen on Wed Jan 23, 2013 5:01 am





Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


CALEB (dua dari kanan) kurang menyerlah pada aksi menentang Lions XII di Kuala Terengganu semalam.




PENGENDALI T-Team, Peter James Butler mengotakan janjinya untuk mengejutkan Lions XII dalam saingan liga Super.

Semalam, T-Team meraih kemenangan 1-0 ke atas wakil Singapura itu
pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu.

Gol kemenangan The Titans hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mohd. Badrul Hi- syam Morris pada minit ke-73.

Skuad kendalian Butler memperoleh sepakan penalti apabila salah
seorang pertahanan Lions XII tertampan bola dalam petak penalti.

Butler memberitahu, anak-anak buahnya berhak memperoleh tiga mata
penuh pada perlawanan tersebut kerana mereka dilihat lebih banyak
menguasai permainan.

"Sudah pasti saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua
pemain pada perlawanan hari ini (semalam). Kita berhak memperoleh tiga
mata penuh kerana para pemain telah menunjukkan persembahan yang lebih
baik," ujarnya.

Mengulas mengenai penyerang import, Caleb Folan yang dikeluarkan pada
babak kedua, Butler memberitahu, pemain itu mengalami kecederaan
hamstring dalam perlawanan tersebut.

"Kalau saya mengetahui dia mengalami kecederaan, saya tidak akan
menyenaraikan dalam kesebelasan utama tetapi Caleb tetap bersemangat
untuk turun bagi membantu pasukan memusnahkan impian Lions XII.

"Kita pasti akan kembali lebih garang selepas ini dengan kehadiran
semula George Boateng yang dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada
kecederaan," ujarnya.

Begitupun, Butler mengakui kecewa dengan persembahan Caleb sepanjang
lima perlawanan dalam saingan Liga Super setakat ini meskipun dia mudah
untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan yang diterapkan.

"Dia (Caleb) masih belum mempamerkan aksinya yang sebenar tetapi kami
akan memberi dia masa untuk mengembalikan prestasi serta keyakinannya,"
katanya.

Sementara itu, pengendali Lions XII, V. Sundram Moorthy berkata,
beliau akan menilai semula tayangan video sama ada bola terkena tangan
anak buahnya pada perlawanan menentang T-Team.

"Saya merasakan keputusan seri adalah adil pada perlawanan petang ini
(semalam). Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain walaupun
beberapa tonggak utama tidak dapat beraksi pada perlawanan ini akibat
kecederaan.

"Apa pun, saya akan melihat semula ulang tayang perlawanan ini, itu
yang penting sekali. Saya juga tidak boleh mengubah keputusan hari ini
(semalam) dan perlu meneruskan saingan Liga Super," katanya.




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2IlAxwWsc

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum