Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

KAFA nafi dakwaan PBNJ

View previous topic View next topic Go down

KAFA nafi dakwaan PBNJ

Post by Park Deen on Mon Jan 21, 2013 12:00 pm





Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang mengatakan kawalan di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu longgar ketika pertemuan melibatkan kedua-dua
pasukan pada 15 Januari lalu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, bagi memastikan kawalan
berada pada tahap terbaik, pihaknya telah mengadakan rundingan bersama
PBNJ sebelum perlawanan tersebut berlangsung.

Menurutnya, rundingan bersama PBNJ itu turut disertai pasukan
keselamatan seperti polis dan pasukan Ikatan Relawan Malaysia (Rela).

"Keseluruhannya saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis
Kelantan dan juga Rela. Saya fikir dari segi keselamatan mereka telah
buat yang terbaik dan tidak ada peristiwa di luar kawalan berlaku.

"Mengenai provokasi (di antara penyokong) seperti baling botol, kita
tak boleh nak debatkan. Setakat yang kita mampu, KAFA telah pun
mengambil tindakan dan kita tidak mengambil tindakan bersendirian,"
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat
tertutup Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Annuar menasihatkan Tunku Mahkota Johor
supaya menjalankan tugas presiden bola sepak negeri seperti mana yang
dilakukan oleh presiden- presiden lain.

Annuar memberitahu, tindakan penyokong Kelantan yang menimbulkan
provokasi terhadap penyokong Johor adalah di luar kawalan KAFA kerana ia
berada di luar aspek keselamatan seperti yang telah diperbincangkan.

"Kita tak boleh halang orang menyokong ataupun bersorak provokasi.
Yang kita cakap sekarang adalah mengenai keselamatan, bukan provokasi,
bukan sorakan, bukan mengejek tetapi ini mengenai keselamatan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2IbBTJ8xJ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum