Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bujang Senang makin garang

View previous topic View next topic Go down

Bujang Senang makin garang

Post by Park Deen on Mon Jan 21, 2013 11:56 am





Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


PRESTASI Ivan Babic (kiri) ternyata
tidak menghampakan skuad Sarawak dan setakat ini memperlihatkan
kematangan untuk menyempurnakan setiap peluang yang terhidang.




PASUKAN Sarawak terus mempamerkan persembahan cemerlang dalam saingan
Liga Premier apabila mengumpul 10 mata selepas menewaskan Pos Malaysia
2-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya Jumaat lalu.

Dengan kemenangan tersebut, skuad yang terkenal dengan gelaran
Bujang Senang itu dan kini menghuni tangga kedua liga, hanya
ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Polis Diraja Malaysia
(PDRM).

Pada perlawanan itu, gol-gol kemenangan Sarawak diledak oleh Ivan Babic dan Azizan Saperi.

Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, beliau tidak akan
menyalahkan para pemain walaupun gagal mengambil peluang pada babak
pertama permainan kerana yakin kesemua pemain telah berusaha keras untuk
meraih kejayaan.

“Jika diikutkan, memang kita boleh memperoleh lebih daripada lapan
jaringan di awal permainan tetapi apa yang penting, sasaran mendapat
tiga mata penuh berjaya.

“Kemenangan ini juga membuktikan Sarawak berada di landasan yang
betul untuk mencatat sebanyak mungkin kemenangan sepanjang musim ini,”
katanya.

Untuk rekod, Sarawak telah mencatatkan tiga kemenangan sepanjang
saingan liga musim ini dan satu seri ketika menentang pasukan KL SPA
Putrajaya sebelum ini.

Hari ini, Sarawak bakal menentang Sime Darby sebelum bertemu Melaka dalam kempen pusingan pertama Piala FA, Jumaat ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2IbAYoPwI

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum