Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fandi berpuas hati

View previous topic View next topic Go down

Fandi berpuas hati

Post by Park Deen on Mon Jan 21, 2013 11:48 am





Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


GUIZA (kiri) semakin mempamerkan
keserasian beraksi dengan Johor DT dan setakat ini berjaya mencetak gol
dalam beberapa perlawanan.




JURULATIH Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad tetap berpuas
hati dengan persembahan anak-anak buahnya meskipun gagal untuk mengutip
tiga mata penuh ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada
aksi Liga Super, Jumaat lalu.

Jelas Fandi, meskipun sekadar seri 2-2, namun anak-anak buahnya telah
menunjukkan perkembangan positif berbanding tiga perlawanan terdahulu
ketika menentang Pahang, Perak dan Kelantan.

Untuk rekod, Johor DT tewas 2-3 kepada Pahang di Kuantan sebelum
menewaskan Perak 1-0 di laman sendiri, diikuti seri 1-1 ketika berdepan
Kelantan di Kota Bharu.

"Kita telah melepaskan dua mata berharga kerana sepatutnya kita boleh
memperoleh tiga mata penuh. Kita mendominasi perlawanan pada babak
kedua dengan beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi gagal.

"Bagaimanapun saya rasa, buat pertama kalinya pasukan ini telah
menamatkan permainan dengan sangat baik meskipun selepas ketinggalan,
mereka kembali bangkit dan terus menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Saya bangga dengan komitmen semua pemain," katanya.

Pada aksi tersebut, Johor DT bermula agak perlahan sehingga membenarkan ATM mendahului seawal minit kelima.

Namun, skuad Harimau Selatan tidak panik, sebaliknya bangkit untuk
kembali menguasai perlawanan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit
ke-17 menerusi pemain import, Daniel Guiza.

Johor DT kembali ketinggalan apabila skuad kendalian B. Sathianathan
menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 menerusi tendangan percuma Irwan
Fadly Idrus sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan seminit
kemudian hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

Fandi bagaimanapun menuntut anak-anak buahnya agar memperbaiki lagi
mutu permainan bagi memastikan mereka mampu meraih kemenangan pada
perlawanan seterusnya.

"Pemain telah memberikan satu permainan yang menghiburkan kerana kita
tidak terlalu ingin bertahan tetapi kita tidak boleh terus-terusan
memberi permainan sebegini. Kita perlu jaringkan gol dan kita perlu
menang.

"Kita telah cuba yang terbaik tetapi pemain perlu bekerja lebih keras pada perlawanan akan datang," katanya.

Pada perlawanan seterusnya, Johor DT akan menentang Selangor PKNS di Stadium Shah Alam malam esok.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2Ib8J8sDy

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum