Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Manchester United FC

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Manchester United FC

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 8:08 pm

FIFA buka laluan buat United?



LONDON - Manchester United mungkin berpeluang kembali ke saingan Liga Juara-Juara. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Switzerland dan semua kelab yang bernaung di bawahnya, bakal digantung FIFA kerana persatuan itu tidak mengambil tindakan terhadap FC Sion atas kesalahan menurunkan pemain-pemain tidak sah.

Jika ia berlaku, maka Basel akan disingkirkan daripada beraksi dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. Justeru, pasukan bimbingan Ferguson mungkin dihadiahkan hak menggantikan Basel untuk bertemu Bayern Munich.

Sion yang sepatutnya dikenakan embargo perpindahan, bagaimanapun mengingkari hukuman tersebut dan telah membeli enam pemain.

Kesemua pemain 'haram' terbabit telah diturunkan hampir kesemua perlawanan liga Switzerland selepas mahkamah sivil memutuskan mereka layak bermain.

Lima daripada enam pemain terlibat juga beraksi dalam perlawanan menentang Celtic pada pusingan play-off Liga Europa.

Pentadbir FIFA telah memaklumkan kepada Switzerland supaya menghukum FC Sion sebelum 13 Januari depan.

Seorang jurucakap memberitahu: "Jika tarikh akhir ini tidak dihormati, FA Switzerland akan secara automatik digantung keahliannya bermula 14 Januari 2012."

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung kesudahan yang bakal menimpa Basel.

Namun, terdapat kemungkinan kekosongan yang ditinggalkan Basel akan diisi United selaku pasukan di tangga ketiga kumpulan. - AGENSI

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 8:08 pm

United raih mata berharga



WAYNE Rooney (kiri) melakukan
tandukan yang memberikan jaringan pembukaan buat Manchester United
ketika menentang QPR dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris di Loftus
Road, London semalam. - AFP




LONDON - Manchester United berjaya meraih mata
berharga dalam usaha untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana
Inggeris apabila menumbangkan Queens Park Rangers 2-0 di tempat lawan
semalam.

United hanya memerlukan kurang daripada seminit untuk mendahului
perlawanan di Loftus Road dengan penyerang England, Wayne Rooney
menanduk masuk hantaran lintang Antonio Valencia dari sebelah kanan.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson mempunyai beberapa peluang pada
separuh masa pertama termasuk percubaan Danny Welbeck pada minit ke-23,
yang dikesan ofsaid oleh penjaga garisan.

Bagaimanapun, United menggandakan jaringan pada minit ke-56 melalui
Michael Carrick selepas berjaya merampas bola daripada pemain tengah
Rangers, Joey Barton.

Pemain tengah England itu berjaya melepasi pertahanan kelab dari
London itu dan melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol, Radek
Cerny pada percubaan dari dalam petak penalti untuk gol pertama dalam
saingan liga selepas hampir dua tahun.

"Ia sangat penting apabila kami memperoleh gol kedua, selepas Cerny
beraksi cemerlang menyelamat beberapa percubaan dan gol itu memberikan
sedikit kelegaan buat kami. Ini adalah tiga mata yang sangat berharga.

"Sudah lama saya tidak menjaringkan gol tetapi hari ini (semalam)
saya berjaya mencatat kemenangan paling berharga," kata Carrick. - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Wed Dec 21, 2011 9:05 am

Masalah kecederaan United reda – Ferguson



Wayne Rooney (kiri) mencatat nama
sebagai penjaring ketika Manchester United menang 2-0 ke atas QPR Ahad
lalu dan Ferguson berharap prestasi yang sama diteruskan apabila
menentang Fulham hari ini. - AGENSI




MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya
masalah kecederaan yang melanda kelabnya semakin reda dan bersedia
menjelang pertemuan menentang Fulham hari ini.

Separuh daripada saingan Liga Perdana menyaksikan United berdepan
dengan masalah kecederaan paling buruk sepanjang 25 tahun Ferguson di
Old Trafford.

Rangkaian tengah pasukannya berdepan masalah kecederaan apabila
Anderson tidak dapat beraksi selama satu musim kerana kecederaan lutut,
Darren Fletcher diberi pelepasan kerana masalah usus dan Tom Cleverley
pula cedera buku lali.

Pada bahagian pertahanan, Nemanja Vidic turut tidak dapat beraksi
dalam baki saingan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut,
sementara Rafael bakal kembali selepas mengalami kecederaan bahu.

Bagaimanapun, Ferguson yang juga tidak dapat menurunkan Michael
Owen, mendapat khabar gembira dengan kehadiran semula Javier Hernandez
dan Dimitar Berbatov dalam skuadnya ketika menang 2-0 ke atas QPR hujung
minggu lalu.

Ferguson menangkis cadangan supaya dia menambah pemain dalam
skuadnya Januari ini berikutan kehilangan beberapa pemain dan dia berasa
masalahnya sekarang sudah selesai.

“Masalah kecederaan ini semakin berkurangan, ia sangat bagus untuk kembali menggunakan khidmat Berbatov dan Hernandez.

“Rafa juga sudah kembali berlatih, dia mungkin akan beraksi dalam pasukan simpanan.

“Bagaimanapun kami lebih gembira jika dapat menggunakan khidmat
Anderson dan Cleverly serta beberapa lagi pemain tetapi secara
keseluruhannya kami gembira selepas masalah ini semakin reda,” kata
Ferguson.

Penyandang juara itu sedang berusaha untuk kembali ke landasan
terbaik berebut gelaran juara liga dan cuba untuk mengejar pendahulu,
Manchester City, yang akan menanti kunjungan Stoke Rabu ini. – AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 3:22 pm

United terpaksa ketepi Jones, Young

LONDON: Manchester United terus mencabar pendahulu liga, Manchester
City apabila membelasah Fulham 5-0 di gelanggang lawan awal pagi semalam
namun tiga mata itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila
mereka kehilangan dua pemain England, Phil Jones dan Ashley Young kerana
kecederaan.

Kedua-duanya terlepas aksi musim cuti. Jones, yang kembali ke
benteng pertahanan menggantikan Rio Ferdinand selepas agak lama beraksi
di tengah, terpaksa dikeluarkan pada awal perlawanan selepas disiku
Clint Dempsey di bahagian dagunya.

Young, yang
menggantikannya pada minit ke-20, kemudian dikeluarkan pada babak kedua
berikutan perlanggaran dengan Dickson Etuhu.

Jones, 19, mungkin mengalami keretakan di bahagian rahang dan terpaksa diketepikan selama enam minggu.

“Kami mengalami beberapa kecederaan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.

“Phil Jones disiku di dagunya dan kami akan menghantarnya untuk
menjalani ujian X-ray esok (hari ini). Ia kelihatan tidak bagus. Rio
akan kembali bagi pertemuan dengan Blackburn menjelang Tahun Baru, Phil
agak diragui dan Ashley terpaksa tidak boleh beraksi dua atau tiga
minggu.” Manchester City menang 3-0 di gelanggang sendiri ke atas
Stoke City dan kekal dua mata di puncak liga namun persembahan United
menggambarkan mereka enggan membenarkan jurang yang lebih besar.

Danny Welbeck memberikan mereka gol pendahuluan selepas lima minit
menerusi gerakan Nani di sayap kiri sebelum pemain antarabangsa
Portugal itu menjadikan kedudukan 2-0 sebaik sebelum setengah jam.

Ryan Giggs meneruskan rekod mengagumkan menjaringkan gol dalam setiap
perlawanan Liga Perdana setakat ini musim ini dengan gol ketiga sebelum
rehat manakala dua gol lagi hadir menerusi Wayne Rooney dan Dimitar
Berbatov. - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 4:33 pm

United makin ganas

RYAN Giggs percaya Manchester United kini tidak mampu dikekang pasukan lain ketika ini.

Pemain Wales itu berkata selepas Red Devils membelasah Fulham, 5-0 di
Craven Cottage awal pagi semalam, prestasi terkini United adalah di
tahap ‘kelas pertama’.

“Beberapa minggu ini cukup hebat,” katanya. “Anda lihat sendiri apa
yang kami mampu lakukan di Fulham dan kami meletakkan tahap setinggi
itu.

“Kisahnya sama seperti ketika menentang Queens Park Rangers, Ahad
lalu. Di sana, kami hanya menyekat mereka. Hari ini (semalam), kami
berjaya menjaringkan gol.

“Datang ke tempat seperti Craven Cottage dan mencapai keputusan seperti itu adalah sesuatu di tahap kelas pertama.”

Skuad Alex Ferguson kini menanti kunjungan Wigan dan Blackburn ke
Old Trafford pada musim perayaan dan Giggs yakin pasukan itu mampu
mengumpul mata maksimum.

“Kami perlu teruskan prestasi cemerlang kami ketika ini. Jika kami
berjaya melakukannya, kami akan menjadi pasukan yang sukar ditewaskan
terutamanya di laman sendiri.

“Di Old Trafford kami sentiasa bersedia untuk meraih kemenangan
tetapi kami masih perlu mempunyai keinginan sama ketika berkunjung ke
Fulham.

“Bagi saya dan Michael Carrick di bahagian tengah, pergerakan di depan kami cukup hebat, malah pertahanan juga begitu baik.

“Prestasi pasukan begitu memuaskan.”

Giggs meledak gol ketiga United di Fulham, selepas berjaya melepasi pertahanan Cottager, Philippe Senderos.

“Saya bimbang jika tidak mampu menjaringkan gol musim ini. Musim
lalu, saya menjaringkan dalam satu daripada perlawanan terawal, jadi
saya tidak perlu bimbang mengenainya.”

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Sun Dec 25, 2011 9:11 am

MU mahu tiga mata

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu
kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester City
berkunjung ke QPR malam ini.

United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana
Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.

Kemenangan 4-1 ke atas Wolves hujung minggu lalu, selain kekalahan
City kepada Chelsea, 1-2 bermakna United semakin merapatkan jurang
dengan pendahulu liga itu dengan hanya dua mata.

Kemenangan di Loftus Road, yang dikunjungi mereka kali terakhir
pada Mac 1996 akan meletakkan mereka satu mata di depan City yang akan
menanti kunjungan Arsenal selepas itu.

Begitupun, Ferguson kini memberi tumpuan terhadap rancangan jangka panjang untuk menyekat kemaraan City.

“Pastinya ia perlawanan yang sukar tetapi kami berharap dapat
mengembalikan prestasi pasukan dan pada akhir bulan ini, tampil sebagai
pencabar gelaran liga.

“Pada masa itu, anda akan mendapat idea apa yang perlu dilakukan dan siapakah yang menjadi pencabar utama kami.

“Pada akhir musim, apa yang penting adalah siapa yang akan kehilangan
paling banyak mata malah setiap pasukan berdepan tekanan tersendiri.

“Kami cuba memenuhi harapan, semua orang berharap kami berada di
tahap lebih baik dan anda lihat sendiri kritikan yang diterima apabila
tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan kami sudah biasa menghadapinya.

“Tetapi kami berjaya menanganinya dan peluang akan lebih cerah pada
separuh kedua musim ini.” Ferguson ternyata kagum dengan pencapaian
QPR yang kali pertama menyertai Liga Perdana Inggeris, selepas
tersingkir pada 1996.

“Mereka melakukan pelaburan bijak
dan membawa masuk pemain berbakat. Pemilik pasukan dan Neil Warnock
menyedari jika anda berada dalam liga yang besar, anda perlu mendapatkan
pemain yang lebih baik dan ia memberii peluang yang lebih baik kepada
mereka.” - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Mon Dec 26, 2011 9:23 am

Ferguson bimbang ancaman kelab London



FERGUSON (kanan) mengakui beberapa kelab London berpeluang untuk menjadi juara liga musim ini.




MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan
masih terlalu awal untuk meramalkan pasukan mana yang bakal bergelar
juara Liga Perdana England musim ini.

Ketika ini, dua pasukan dari Manchester, Manchester City dan United mengungguli dua kedudukan teratas dalam carta liga.

City kekal selaku pendahulu selepas mengumpul 44 mata, dua mata meninggalkan United di tangga kedua.

Berdasarkan kedudukan tersebut, banyak pihak membuat ramalan bahawa
persaingan bagi memburu trofi kejuaraan musim ini bakal menyaksikan
persaingan yang sengit antara City dan United.

Bagaimanapun, Ferguson berkata, cabaran daripada pasukan yang
menghuni tangga ketiga liga, Tottenham Hotspur juga tidak boleh
dipandang rendah.

Ketika ini, Spurs ketinggalan sembilan mata di belakang City dan tujuh mata dengan United.

Ferguson berkata, pasukan yang berpangkalan di London yang kurang
satu perlawanan itu turut berpeluang menjulang trofi liga musim ini.

Malah, berdasarkan rekod saingan dalam beberapa musim sebelum ini,
Ferguson meramalkan bukan sahaja Spurs tetapi United juga berkemungkinan
akan berdepan cabaran dari pasukan seperti Chelsea dan Arsenal dalam
usaha mempertahankan gelaran juara.

"Ketika ini, ramai yang menganggap bahawa kedudukan satu dua teratas liga akan menjadi milik di antara kami (United) dan City.

"Namun, saya menjangkakan, apabila saingan memasuki bulan Mac tahun
depan, persaingan akan berubah dan kamu perlu melihat kembali
rekod-rekod dalam beberapa musim sebelum ini.

"Kami sendiri pernah merasainya apabila terlepas 11 mata kepada
Arsenal sebelum bangkit semula, sekali gus meninggalkan Chelsea dengan
kelebihan 10 mata untuk bergelar juara musim lalu.

"Apabila kamu tewas sekali dalam perlawanan liga, pasukan-pasukan
lain akan menggunakan kelebihan tersebut untuk memintas kamu. Perkara
ini dapat dilihat dengan menjelang Mac tahun depan," kata Ferguson.

United berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga
sekiranya menewaskan Wigan Athletic di Old Trafford malam ini sambil
mengharapkan City tewas kepada West Bromwich Albion dalam satu lagi
perlawanan. - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Wed Dec 28, 2011 8:51 am

United ancaman City








MANCHESTER - Alex Ferguson yakin Manchester United memiliki peluang
yang sangat cerah untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana
England musim ini.

Bagaimanapun, Ferguson berkata, impian itu bakal menjadi kenyataan
sekiranya United berjaya menamatkan saingan pada tahun ini di kedudukan
teratas dalam carta liga bersama-sama pencabar terdekat, Manchester
City.

United bakal melayan kunjungan Blackburn Rovers di Old Trafford bagi menghadapi perlawanan terakhir tahun ini.

Ketika ini, United berkongsi 45 mata dengan City selepas membelasah Wigan Athletic 5-0 di gelanggang sendiri awal pagi semalam.

Kemenangan itu dianggap sebagai petanda kebangkitan semula United
yang sebelum ini ketinggalan lima mata dan 17 gol di belakang City.

Kini, selepas mencatat lima kemenangan berturut-turut, United dan City hanya dipisahkan dengan perbezaan lima gol.

"Seperti mana yang pernah saya katakan, ia adalah satu musim yang panjang," kata Ferguson.

"Sekiranya kami dapat menduduki tangga teratas pada tahun baru ini
atau berkongsi kedudukan dengan City, saya pasti berasa gembira.

"Beberapa minggu lalu, saya memberitahu bahawa banyak pasukan akan
melalui detik yang mengecewakan apabila berdepan kami dan kini, kami
sudah kembali di prestasi sebenar. Para pemain kami mampu memberi
ancaman di semua posisi.

"Rekod bersih (tanpa bolos) adalah sesuatu yang baik buat kami dan konsistensi pasukan juga sangat baik.

"Tetapi masalah kecederaan memberi sedikit kesukaran buat kami
selepas Phil Jones, Chris Smalling, Rio Ferdinand dan Jonny Evans tidak
dapat bermain."

Kecederaan tersebut bakal memberi ujian yang sukar kepada United dan
Ferguson mengakui, kecederaan betis yang dialami bakal menyaksikan Evans
berehat selama dua minggu. - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Manchester United FC

Post by Park Deen on Wed Jan 04, 2012 6:46 pm

Ferguson jamin United menang

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mengharapkan tindak balas yang biasa dihasilkan Manchester United menjelang kunjungan ke Newcastle awal pagi esok.

Juara bertahan Liga Perdana itu tewas mengejut 2-3 di laman sendiri kepada Blackburn dan walaupun pendahulu liga, Manchester City turut gagal meraih mata apabila tewas kepada Sunderland, Ferguson masih kecewa dengan kehilangan mata itu.

United musim ini mengalami kekalahan 1-6 di laman sendiri kepada jirannya, City pada Oktober, disingkirkan kelab Liga Kejuaraan, Crystal Palace dalam Piala Liga serta gagal mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara apabila tewas mengejut di Basel.

Ferguson membayangkan kekalahan kepada Blackburn yang hadir pada hari lahirnya yang ke-70 sebagai satu malapetaka. Namun beliau berharap skuad kendaliannya bangkit sekali lagi dan boleh berasa lega dengan rekod baiknya di St James' Park.

United tidak pernah tewas di gelanggang itu sejak tewas 3-4 pada 2001 namun mereka pastinya mahu membaiki keputusan seri 1-1 di laman sendiri menentang Newcastle, November lalu.

Walaupun pasukannya berdepan masalah kecederaan pemain, Ferguson dijangka tidak berbelanja dalam tempoh perpindahan pemain bulan ini.

Pengurus United itu secara konsisten tidak berbelanja pada jendela perpindahan musim sejuk sejak beberapa tahun lalu dan tidak membuat sebarang penambahan pemain penting sejak mendapatkan Nemanja Vidic dan Patrice Evra pada 2006.

“Kami mungkin tidak membeli pemain bulan ini kerana pemain yang kami inginkan tidak dijual pada masa ini,” kata Ferguson.

“Hakikatnya, siapa yang mahu menjual pemain terbaik dimilikinya pada Januari? “Tak mungkin ia akan berlaku. Ada kontrak pemain berakhir pada musim panas tapi mereka pastinya tidak akan memperolah bayaran yang sama. Pastinya ia berkurangan.” - AFP

Park Deen
Admin
Admin

Negeri:
Posts: 715
Points: 1353
Reputation: 0
Join date: 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum