Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

PBNJ buat akuan bersumpah

View previous topic View next topic Go down

PBNJ buat akuan bersumpah

Post by Park Deen on Sun Jan 20, 2013 11:12 am





PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak membuat akuan
bersumpah terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa
gagal mengawal keselamatan para pemain serta penyokong Johor Darul
Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu, Selasa lalu, lapor MAZLINA ABDUL MAJID.

Akuan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim
dan Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd. Latif Bandi yang juga merangkap
Penolong Pengurus pasukan Johor DT.

Menurut Suhairi, akuan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai rujukan.

"Tujuan (membuat akuan bersumpah) ialah untuk mendapatkan jawapan
terhadap janji KAFA yang mahu menjamin keselamatan dan keselesaan para
penyokong Johor DT sebagai tetamu. Ada antara mereka yang cedera dan
trauma gara-gara insiden baru-baru ini.

"Saya sebagai ketua yang sepatutnya menjaga keselamatan ahli
rombongan berasa amat kecewa dan malu kepada peminat-peminat Johor DT,"
katanya kepada Kosmo! Ahad di Johor Bahru semalam.

Akuan bersumpah itu antara lain menjelaskan butiran mesyuarat antara
wakil KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd. Nor mengenai
perlawanan kedua-dua pasukan pada pukul 2 petang, 15 Januari lalu
sebelum permainan berlangsung.

Kenyataan tersebut turut menyebut, Annuar dan Ismail mengesahkan
bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang kehadiran 200 penyokong Johor DT
tetapi bersedia untuk menyambut kedatagan tetamu VVIP dari Johor DT
walaupun hal itu telah dimaklumkan dalam surat PBNJ kepada KAFA
bertarikh 14 Januari lalu.

"Kami berbincang tentang suasana semasa apabila penyokong Kelantan
masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan
saya menyatakan bahawa semua pihak perlu bersedia berhadapan provokasi
daripada penyokong, serta kebimbangan tentang isu keselamatan.

"Oleh itu, Annuar telah minta Ismail untuk memanggil satu mesyuarat
keselamatan antara PBNJ, KAFA dan pihak-pihak yang bertanggungjawab,"
menurut akuan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2IV9IxO00

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum