Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

View previous topic View next topic Go down

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

Post by Park Deen on Fri Jan 18, 2013 11:32 am





Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap
Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa sengaja
menimbulkan kekecohan ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor
(JMF) pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT)
menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Selasa lalu.

Jelas Tunku Ismail kepada Kosmo!: “JMF tidak berada di sana, kalau
ada pun, mereka adalah penyokong yang memakai baju Johor dan mereka
tidak bertugas ketika itu.”

Ujar baginda lagi, JMF seperti yang digembar-gemburkan oleh media
sebelum ini merupakan Kumpulan Gerak Khas 21 Komando dari Kem Gerak Khas
Mersing, Johor yang perlu bersiap sedia sekiranya Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berhasrat mencemar duli ke stadium
berkenaan dan ia tiada kena mengena dengan PBNJ.

“Ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) pada hari itu sekiranya
menerima arahan kalau-kalau Ke Bawah Duli Tuanku mencemar duli untuk
berangkat,” titah baginda pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi,
Johor Bahru semalam.

Tunku Ismail turut mengesahkan, beliau tidak berada di stadium ketika perlawanan itu berlangsung.

“Saya tidak faham kenapa pihak di sana (Kelantan) cuba alihkan
perhatian kepada kehadiran JMF dan akhirnya Johor menjadi mangsa. Kita
yang terkena balingan botol kaca, batu dan banner kita diambil dan
dikoyakkan oleh penyokong Kelantan, seorang kanak-kanak dan seorang
penyokong wanita kita turut terkena balingan botol dan kayu.

“Demi keselamatan juga, para pemain kita pula terpaksa turun ke
tengah-tengah padang, lampu stadium ditutup dan dengan cara bersembunyi
kita melalui pintu belakang untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Kelantan,” titah baginda.

Pada perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut mempersoalkan
ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di stadium
memandangkan telah beberapa kali insiden buruk tercetus dalam kalangan
penyokong The Red Warriors sebelum ini.

“Saya tertanya-tanya kenapa KAFA tak benarkan FRU berada di stadium,
saya dah bincangkan hal ini sebelum ini, hal ini sepatutnya tidak
berlaku.

“Yang paling mengecewakan saya ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku
Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut terkena (balingan botol),
ini sekali gus menunjukkan pihak Kelantan gagal mengawal penyokong
mereka.”

Dalam pada itu, secara sinis, Tunku Ismail turut menyelar tindakan
individu tertentu yang disifatkannya seperti ‘baling batu sembunyi
tangan’ apabila bertindak melakukan provokasi melalui laman sosial
Facebook bagi membangkitkan kemarahan ramai.

Titah baginda, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan kemuka aduan kepada FAM.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2IJWSRXLx

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum