Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Terengganu tumbang

View previous topic View next topic Go down

Terengganu tumbang

Post by Park Deen on Wed Jan 16, 2013 2:50 am





Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PENJAGA gol Selangor, Sharbinee
Alawee mudah menyelamatkan percubaan penyerang Terengganu pada aksi
Liga Super di Kuala Terengganu semalam.




TERENGGANU tumbang di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada
Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
Shah, Kuala Terengganu semalam.

Jaringan pantas penyerang Selangor, S. Kunanlan dan Mohd. Amri Yahyah
meleburkan impian tuan rumah untuk meraih kemenangan sulung pada kempen
liga musim ini.

Pada perlawanan semalam, Selangor hanya mengambil masa enam minit
untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Kunanlan yang mudah
menyempurnakan hantaran bekas pemain Terengganu, Francis Forkey Doe.

'Orang lama' Selangor, Mohd. Amri menambah derita skuad kendalian E.
Elavarasan itu apabila melepaskan satu rembatan kencang ke gawang lawan
pada minit ke-16 tanpa dapat diselematkan oleh penjaga gol Terengganu,
Wan Muhd. Azraei Wan Teh.

Begitupun, Terengganu merapatkan jurang seminit selepas itu menerusi
jaringan Jean-Emmanuel Effa Owona untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak kedua, Terengganu dilihat lebih banyak menguasai permainan
tetapi tetap gagal untuk meloloskan diri ekoran kekentalan benteng
pertahanan Selangor.

Pengendali Terengganu, Elavarasan menjelaskan, beliau mendapati
banyak kelonggaran dalam perlawanan tersebut dan barisan pemainnya
begitu mudah hilang fokus.

"Dalam perlawanan hari ini (semalam), beberapa posisi tampak longgar terutama di bahagian tengah.

"Apabila kita menyerang, mereka kelihatan lambat turun sehingga
menyebabkan kawasan tengah dikuasai pemain lawan. Ia amat ketara pada 10
minit pertama perlawanan," katanya.

Justeru, beliau berharap agar keadaan seperti itu segera diatasi menjelang aksi menentang Lions XII selepas ini.

Sementara itu, pengendali Selangor, Irfan Bakti memberitahu, beliau
berpuas hati dengan rentak permainan yang dipamerkan oleh anak-anak
buahnya.

"Kalau dibandingkan dengan perlawanan menentang Lions XII tempoh
hari, kita tidak banyak melakukan percubaan ke arah gol. Pada perlawanan
ini para pemain banyak membuat percubaan.

"Ia merupakan kemenangan berharga dan akan menjadi suntikan moral
kepada pasukan menjelang pertemuan menentang Pahang kelak," kata Irfan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2I5iTafBj

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum