Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor DT, Kelantan sama hebat

View previous topic View next topic Go down

Johor DT, Kelantan sama hebat

Post by Park Deen on Wed Jan 16, 2013 2:40 am







PENYERANG Johor DT, Norshahrul Idlan
Talaha (kiri) cuba dihalang pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab.
Halim pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam tadi. Kedua-dua pasukan
terikat seri 1-1.




PERTEMBUNGAN gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Harimau Selatan,
Johor Darul Takzim (Johor DT) yang dinanti-nantikan berakhir dengan
keputusan seri apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Liga
Super di Kota Bharu, malam tadi.

Dibelenggu beberapa episod kontroversi sebelum ini, kedua-dua
pasukan memulakan perlawanan dengan tempo yang agak pantas dalam tempoh
10 minit pertama perlawanan dengan berbalas serangan termasuk beberapa
gerakan untuk memecah benteng pertahanan masing-masing.

Penyerang Johor DT, Mohd. Safee Sali lebih dulu mengejutkan tuan
rumah melalui sepakan akrobatik selepas menerima hantaran pemain import
dari Itali, Simone Del Nero namun, sepakan tersebut berjaya
diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Johor DT meneruskan asakan dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan
dua sepakan percuma pada minit ke-26 dan 34 namun, sepakan yang diambil
ketua pasukannya, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Razak terus ke
dakapan Khairul Fahmi.

Stadium Sultan Muhammed Ke IV akhirnya gempita dengan sorakan lebih
25,000 penyokong The Red Warriors apabila pemain sayap mereka,
Norfarhan Muhamad berjaya merobek gawang Johor DT yang dikawal oleh
Zamir Selamat.

Beliau yang turun membantu bahagian pertahanan berjaya mendapatkan
bola dan melakukan larian solo sebelum melepaskan rembatan kencang dari
jarak 20 meter biarpun terdapat lima pemain lawan yang cuba mengekang
pergerakannya.

Kelantan kemudian terus menggandakan asakan dan hampir menambah
jaringan juga melalui Norfarhan yang menerima umpanan daripada Indra
Putra Mahayuddin namun, Zamir dilihat lebih bersedia untuk menafikan
se pakan tersebut.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan terus menggandakan asakan
melalui kombinasi penggempur mereka, Indra Putra dan Norfarhan yang
mendapat peluang menarik termasuk ketua pasukan mereka Badri Radzi yang
me lepaskan rembatan menarik pada minit ke-61 namun, percubaan mereka
melepasi palang gol.

Bagaimanapun, Johor DT akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila
bintang import sensasi dari Sepanyol, Daniel Guiza mencetak nama
sebagai penjaring selepas sepakan percumanya dari jarak 30 meter gagal
diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Beberapa siri serangan oleh kedua-dua pasukan selepas itu menemui
kegagalan apabila dipatahkan oleh barisan pertahanan pasukan
masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2I5fsVbZX

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum