Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lohan dituduh mencuri lagi

View previous topic View next topic Go down

Lohan dituduh mencuri lagi

Post by Park Deen on Mon Jan 14, 2013 3:13 am







RANTAI peninggalan mendiang Taylor pula dikatakan dicuri oleh Lohan.



AKTRES Lindsay Lohan sememangnya boleh dikategorikan sebagai artis
yang bermasalah. Baru-baru ini aktres tersebut dituduh mencuri lagi –
kali ini bukan calang-calang barangan yang dikatakan telah dicurinya
tetapi merupakan rantai milik mendiang bintang legenda Elizabeth Taylor.

Seperti yang dilaporkan Daily Mail, Lohan dikatakan mencuri rantai
tersebut daripada seorang jururawat yang telah lama bekerja dengan
mendiang.

Memandangkan jururawat itu sudah lama menjaga Taylor, akhirnya
mendiang telah menghadiahkan rantai kesayangannya itu. Sebagai hadiah
daripada seorang aktres tersohor, jururawat tersebut menganggapnya
sebagai hadiah yang sangat berharga.

“Elizabeth Taylor telah menghadiahkan salah satu rantai kepada
jururawat yang sudah lama berkhidmat dengannya. Tidak dinafikan rantai
itu agak mahal dan sangat bererti buat mendiang,” jelas satu sumber
kepada Contactmusic.

Kejadian itu dikatakan berlaku masa Lohan berkunjung ke rumah
jururawat berkenaan baru-baru ini dan sehingga sekarang bukti kehilangan
lebih menjurus kepada aktres itu.

“Sewaktu melihat rantai berkenaan Lohan seperti sangat kagum dengan
kecantikannya. Tidak lama kemudian, rantai itu didapati hilang iaitu
pada hari yang sama Lohan berkunjung ke rumah jururawat itu,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2Hu7OSAlZ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum