Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bakal pindah ke Sabah

View previous topic View next topic Go down

Bakal pindah ke Sabah

Post by Park Deen on Mon Jan 14, 2013 3:12 am











DEBARAN bakal pengantin semakin dirasai oleh aktres dan penyanyi
genit, Liyana Jasmay. Ketika ditemui pada sesi fotografi di studio
Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, wajah Liyana
dilihat semakin berseri-seri manakala topik perkahwinan tidak lekang
dari bibirnya.

Liyana, 25, bakal bernikah dengan Fathuddin Mazlan, 29, pada 2
Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi
sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

Terus terang kata Liyana, perasaannya kini bercampur baur antara teruja, gementar dan bahagia.

“Memang saya teruja, gembira dan tidak sabar untuk menanti majlis
perkahwinan saya. Kalau boleh biarlah cepat-cepat perkahwinan
berlangsung. Ini kerana selagi belum tiba majlis perkahwinan, selagi itu
bermacam-macam perkara saya fikirkan tentang persiapan majlis.

“Alhamdulillah, persiapan hampir siap sepenuhnya. Tertekan itu
perkara biasa untuk semua bakal pengantin tetapi saya bertuah kerana dua
orang kakak saya yang telah berkahwin membantu melancarkan persiapan
majlis perkahwinan saya,” katanya yang telah bertunang pada 28 Mac tahun
lalu.

Disoal kenapa Fathuddin menjadi lelaki pilihannya untuk dijadikan
suami, dia lantas tersenyum simpul sambil memberitahu pemuda itu
merupakan lelaki yang tepat untuk dirinya.

“Dia seorang yang penyabar, fleksibel dan memahami diri saya. Saya
pula jenis orang yang tidak sabar, jadi apabila bersamanya saya rasa
tenang.

“Sebenarnya, dia tahu saya seorang anak manja, semuanya ibu saya sediakan dan kalau di rumah saya mempunyai pembantu rumah.



LIYANA menaruh harapan perkahwinannya nanti akan kekal seumur hidupnya.



“Dia tidak kisah dan sebab itu saya bertuah dia menjadi bakal suami saya,” luahnya.

Apabila ditanya persediaannya untuk bergelar seorang isteri, Liyana terdiam seketika.

Sambil tersenyum, tuturnya: “Perkahwinan bukan untuk sehari sahaja
tetapi kalau boleh untuk seumur hidup. Apabila saya berkahwin dan
bertukar status, bermulalah kehidupan saya pada fasa yang lain.

“Ya, saya akui selama ini keluarga sentiasa berada di belakang saya
terutamanya ibu. Perubahan akan berlaku secara automatik apabila sudah
berkahwin nanti kerana waktu itu saya sudah ada tanggungjawab lain.

“Selepas ini saya kena belajar buat semua sendiri dan saya tidak
sabar untuk belajar hidup berdikari. Semasa belajar di New York, saya
banyak membeli buku masakan kerana ingin belajar cara memasak juadah
yang digemari tunang saya terutama masakan Itali,” ucap Liyana penuh
makna.

Selepas berkahwin kelak, Liyana memberitahu dia akan berpindah ke
Kota Kinabalu, Sabah, mengikut bakal suaminya yang bekerja di sana.
Meninggalkan keluarga sudah tentu suatu perkara yang berat tetapi tidak
baginya.

“Saya tidak sedih tinggalkan keluarga selepas berkahwin walaupun
selama ini saya memang tinggal dengan keluarga. Bukannya saya tidak
berjumpa mereka langsung selepas itu. Sudah tentu saya akan berulang
alik di antara Sabah dan Kuala Lumpur,” katanya.

Usia yang muda tidak menghalang Liyana untuk memiliki anak dengan
kadar segera selepas berkahwin. Jelasnya, tunangnya itu amat sukakan
kanak-kanak, begitu juga dengannya yang telah memiliki lima orang anak
buah.

“Kalau ikutkan saya tidak kisah untuk mendapat anak segera kerana ia
merupakan rezeki Allah. Berapa ramai anak pun saya tidak kisah.

“Jika ada rezeki saya terima, jika ramai anak nanti apabila mereka
dewasa baru rasa meriah, sama seperti keluarga saya sekarang ini,”
balasnya.

Enggan ditaja

Bercakap tentang majlis perkahwinan selebriti yang biasanya mendapat
tajaan mencecah ribuan sehingga jutaan ringgit, berbeza pula dengan
Liyana.

Majlis perkahwinannya yang menelan kos yang agak besar itu dibiayai
sepenuhnya oleh Liyana dan keluarganya sendiri tanpa sebarang tajaan.

Bukan tidak ada pihak yang ingin memberikan tajaan, tetapi Liyana
memilih untuk melakukan semua persiapan sendiri supaya majlis
perkahwinannya lebih bermakna.

“Ramai yang datang untuk memberikan tajaan pelamin, dekorasi,
fotografi dan sebagainya tetapi saya tolak dengan baik kerana ingin
melakukan semuanya sendiri.

“Saya mahu sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan lebih dekat
dengan jiwa semua yang hadir. Apabila saya buat pilihan sendiri, saya
rasa puas tanpa perlu memikirkan hati atau keuntungan pihak lain,”
katanya penuh jujur.

Menyambung cerita tentang majlis perkahwinannya, perkara yang paling diutamakan Liyana sudah tentu gaun pengantinnya.

“Perkara lain pun penting juga tetapi bagi saya, paling penting
adalah gaun pengantin. Walaupun saya sibuk belajar di New York selama
enam bulan, saya sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini gaun
pengantin saya yang dibuat oleh pereka fesyen, Jovian Mandagie.

“Pelamin semuanya ringkas sahaja. Kecuali gaun pengantin saya
(ketawa). Sudah lama saya idamkan gaun rekaan Vera Wang tetapi ia sangat
mahal, jadi saya minta Jovian membuat gaun mengikut kehendak saya. Apa
yang saya boleh katakan gaun yang dibuat Jovian itu merupakan pakaian
pengantin impian saya,” ujarnya.

Ke New York bersama Fathuddin

Menyentuh tentang kerjaya lakonan dan nyanyiannya, walaupun telah
bergelar isteri kelak, Liyana tetap meneruskan kerjaya seninya seperti
biasa.

Tiada halangan daripada pihak bakal suami, bahkan Liyana kini semakin sibuk dengan syarikat produksinya, Mermaid Studio.

“Ketika keluarga tunang saya datang merisik, ayah saya siap pesan
awal-awal kepada Fathuddin bahawa saya tidak boleh berhenti berlakon
kerana itu merupakan minat saya.

“Dia juga tidak menghalang, malah beberapa hari selepas berkahwin
saya akan terbang ke New York untuk menjalani penggambaran telefilem
khas untuk siaran Astro.

“Saya akan berada di sana selama 15 hari dan akan bawa Fathuddin
sekali. Jadi, sambil bekerja kami pergi berbulan madu ekspres (ketawa),”
jawabnya.

Selain itu, Liyana yang bakal muncul dengan filem Papadom 2, Tokan
dan Isyarat Cinta pada tahun ini juga akan muncul dengan sebuah single
terbaharu berjudul, Jujur selepas pada tahun lepas popular di corong
radio dengan lagu Cinta Bersatu.

“Berlakon tetap berlakon cuma buat masa ini jadual saya sangat padat.
Selepas kahwin saya akan beri fokus kepada single Jujur sebelum muncul
dengan sebuah album penuh yang akan memuatkan lima buah lagu
keseluruhannya,” katanya.

Demi kelangsungan kerjayanya, Liyana yang baru menamatkan kursus
jangka pendek selama enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan
filem di Akademi Filem New York, memberitahu mindanya kini lebih terbuka
selepas menuntut ilmu di sana.

“Banyak perkara baharu yang saya pelajari kerana di sana saya
berjumpa dengan ramai orang dari seluruh dunia. Mereka semua mempunyai
pemahaman seni yang tersendiri tetapi uniknya, masalah yang berlaku
dalam industri seni Malaysia turut berlaku di Hollywood.

“Apa yang mereka lakukan, berhenti merungut sebaliknya lakukan sahaja
kerja kita. Alhamdulillah, dengan ilmu yang saya peroleh saya akan
gunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan karya yang boleh dinikmati
semua orang,” katanya yang akan mengarah filem pendek buat pertama
kalinya pada tahun ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2Hu6taioI

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum