Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pasukan Bolasepak Selangor

View previous topic View next topic Go down

Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Tue Dec 13, 2011 5:33 am

Mbele belum boleh beraksi
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KETIDAKPASTIAN mengenai tarikh sebenar penyerang import Selangor dari Congo, Lalo Mbele boleh diturunkan mungkin meletakkan Selangor sekali lagi berdepan ketumpulan sentuhan penyudah dalam kancah Liga Malaysia musim depan yang dijadual bermula pada 10 Januari.

Situasi itu nyata membawa bencana kepada Selangor pada musim ini hingga gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah selain menamatkan saingan dengan tangan kosong.


Pengendali baru Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun enggan menekan butang panik terutamanya selepas peminat bola sepak tempatan dihidangkan dengan kepakarannya melahirkan beberapa penjaring terbanyak dengan Abdul Hadi Yahya dari Terengganu meraih kasut emas musim ini.

“Saya mengarahkan Mbele berehat sepenuhnya untuk memastikan dia benar-benar pulih dan mampu beraksi. Saya tidak akan menurunkannya dalam aksi persahabatan atau menjalani latihan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan pemain import berusia 24 tahun yang dilapor belum cergas sepenuhnya berikutan pembedahan selepas mengalami kecederaan otot depan paha kirinya.


Tambah pengendali berusia 60 tahun itu, tiada sebab untuk beliau berasa bimbang kerana masih mempunyai kelompok besar pemain yang mampu meledak jaringan untuk Selangor seperti Mohd Amri Yahyah, Mohd Safiq Rahim, R Surendren, Azidan Sarudin dan Mohd Amirulhadi Zainal.


Sementara itu, Irfan Bakti turut mengaku tekanan pasti wujud apabila mengendalikan pasukan yang mempunyai sejarah dan kegemilangan seperti Selangor.

“Yang penting saya perlu membaiki pencapaian musim ini dan memastikan keputusan terbaik dicapai. Sekurang-kurangnya satu piala yang menjadi idaman pihak pengurusan perlu direalisasikan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Wed Jan 04, 2012 1:50 pm

Dendam Merah Kuning
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

DETIK hitam menamat�kan saingan musim lalu tanpa sebarang kejuaraan perlu segera diletakkan dalam lipatan sejarah Selangor bagi menyahut cabaran sengit Liga Malaysia 2012.

Rombakan besar-besaran dilakukan Persatuan Bola Sepak Selangor (Fas) bagi memastikan Merah Kuning yang sememangnya sarat dengan pelbagai trofi kejuaraan supaya tidak lagi kecewa tahun ini.

Pengendali berpengalaman yang membuktikan kredibiliti�nya bersama Terengganu musim lalu, Irfan Bakti Abu Salim, 60 tahun, dinamakan sebagai pe�ngemudi Selangor bagi meraih sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingkan musim ini.

Malah FAS membuktikan betapa seriusnya mereka kali ini apabila Timbalan Presiden�nya, Datuk Mokhtar Ahmad bakal menjadi pengurus pasukan untuk melonjakkan semangat pemain Merah Kuning apabila berada di bangku simpanan nanti.

Ia diikuti langkah drastik apabila hanya 12 pemain musim lalu yang dikekalkan seperti Mohd Amri Yahyah, Mohd Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asrarudin Putra Omar, Fitri Shazwan Raduwan, Mohd Nasriq Baharom dan Mohd Razman Roslan.

Malah Selangor menguatkan skuad Merah Kuning dengan menamakan beberapa pemain seperti K Gurusamy, Norazlan Razali, R Surendren dan Solihin Kanasian Abdullah selain dua pemain import, Ramez Jamal Dayoub (pertahanan) dan Blaise Lelo Mbele (penyerang) bagi melengkapkan 12 muka baru.

Berdasarkan senarai terbabit, Merah Kuning seharusnya digeruni pencabar lain terutamanya dengan kehadiran ramai pemain tengah yang berkualiti dan mempunyai pengalaman yang luas di kancah tempatan mahupun antarabangsa.

Jentera serangan Merah Kuning pula bakal dikemudi pemain veteran, Mohd Amri namun penyerang import dari Congo, Mbele yang sebelum ini dibelenggu kecederaan sudah mampu membuat penampilan pertama ketika menentang Pos Malaysia semalam bakal memberikan kelegaan kepada Irfan Bakti.

Namun tanpa kehadiran Mbele sepanjang aksi persahabatan pra-musim pada Disember lalu, ketajaman penyudah bagaimanapun tidak perlu menjadi kebimbangan.

Barisan pemain Selangor memulakan persediaan mereka dengan menewaskan Sime Darby (2-0), MP Muar (5-0), PDRM (3-1), MP Muar (2-1), Johor (4-1), UiTM (7-0) dan Pos Malaysia (2-0) selain hanya tewas sekali kepada Johor FC dengan keputusan 2-0.

Menariknya gawang Sela�ngor yang bakal dikawal bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali pada musim ini hanya bolos lima gol dalam lapan aksi persahabatan itu sekali gus memberi petanda keampuhan benteng terakhir selain barisan pertahanan yang diketuai pemain import dari Lebanon, Ramez.

Walaupun mempunyai pengalaman luas termasuk melatih kelab di luar negara, Irfan Bakti turut mengakui tekanan pasti wujud apabila mengendalikan pasukan yang mempunyai sejarah dan kegemilangan tersendiri seperti yang miliki Selangor.

“Yang penting saya perlu membaiki pencapaian musim ini dan memastikan keputusan terbaik dicapai.

“Sekurang-kurangnya satu piala yang menjadi idaman pihak pengurusan perlu direalisasikan,” katanya.

Apa yang menarik adalah untuk menyaksikan kebangkitan semua Selangor sebagai gergasi liga tempatan selain kemampuan Irfan Bakti membentuk jentera serangan berbisa seperti yang dihasilkan ketika bersama Terengganu pada musim lalu sehingga diakui antara yang paling berbahaya dalam kancah bola sepak tempatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Wed Jan 11, 2012 10:30 am

Gergasi Merah bangkit



Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

DUA gol ledakan penyerang import Negeri Sembilan Jean-Emmanuel Effa
Owona masih belum cukup membantu pasukannya melakar kemenangan apabila
Selangor mencipta kebangkitan untuk mencatat keputusan seri 2-2 pada
aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam.

Effa Owona yang menjaringkan dua gol ketika Negeri Sembilan
menewaskan Kelantan 2-1 untuk menjulang Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu
lalu terus menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben dengan menanduk masuk
gol pertama pada minit ke-4 selepas mendapat lambungan Rashid Mahmud.

Anak buah jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah terus meningkatkan tekanan
sehingga membuatkan pertahanan Red Giants, Mohd Nasriq Baharom
melakukan kekasaran menjatuhkan pemain sayap kanan, Shahurain Abu Samah
dalam kotak penalti.

Sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed
Kamar tenang disempurnakan pemain import dari Cameroon, Effa Owona
untuk meletakkan skuad Rusa mendahului 2-0 pada minit ke-34.

Selangor yang dibimbing bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim cuba
bangkit mencari gol namun tandukan pemain pertahanan kebangsaan, Mohd
Asraruddin Putra Omar sebelum babak pertama tamat tersasar di depan
pintu gol.

Bersambung babak kedua, Selangor yang gagal
mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu bagaimanapun bangkit
merapatkan kedudukan menerusi rembatan leret Amirulhadi Zainal ke
sebelah kanan gawang gol menewaskan Mohd Farizal Marlias di minit ke-67.


Gol itu membakar semangat pasukan pelawat yang terus mengganas dan
akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Mohd Safiq
Rahim pada minit ke-74 selepas Shahurain melanggar pemain gantian
Selangor, Solihin Kanasian dalam kotak penalti.

Meskipun Negeri Sembilan dan Selangor berusaha keras memburu gol kemenangan namun keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan untuk kedua-dua
pasukan akur berkongsi satu mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 3:52 am

Nanti awang import baru

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KEHADIRAN penyerang import baru amat dinantikan Selangor bagi
memastikan rentak kemenangan dan ketajaman jentera serangan dapat
diteruskan dalam saingan Liga Super.

Kapten Merah Kuning, Mohd Amri Yahyah menyambut baik perkara itu bagi
membolehkan mereka bersaing dengan pasukan lain terutamanya yang
menggunakan kudrat pemain import sebagai penyerang utama.

“Kehadiran
penyerang import penting kerana pasukan lain turut menggunakan ia
sebagai satu aset. Ia penting agar dapat memberi keseimbangan kepada
jentera serangan, tengah dan pertahanan supaya tidak terlalu bergantung
kepada satu bahagian saja,” katanya.

Pemain tengah Selangor yang kini menjadi peneraju di jentera serangan
itu berkata demikian selepas ditanya mengenai kemungkinan besar
kehadiran muka baru bagi menggantikan khidmat penyerang import dari
Congo, Lelo Mbele bagi menambahkan sengat Merah Kuning yang mensasarkan
satu piala musim ini.

Ketumpulan jentera serangan Selangor
terserlah apabila hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas
Perak selain terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua gol bagi
mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Negeri Sembilan dalam aksi
pembukaan.

“Saya sebenarnya tidak merasakan beban untuk
mengetuai jentera serangan kerana dapat bergilir-gilir dengan pemain
tengah yang lain seperti Mohd Safiq (Rahim) dan Mohd Amirulhadi (Zainal,
gambar) untuk mengetuai jentera serangan dan semuanya mampu
menjaringkan gol,” katanya.

Namun pemain berpengalaman yang mewakili Selangor sejak 2001 enggan
menjadikan ketiadaan penyerang import sebagai alasan untuk tidak
mencipta kemenangan apabila menentang Felda United di Stadium Hang
Jebat, petang ini.

“Cuaca mungkin sedikit mengganggu namun
kemenangan perlu terus dicipta. Kami tidak seharusnya terlalu yakin
walaupun lawan turun dengan keseluruhan pemain tempatan, perlu ada sikap
berhati-hati,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 4:22 am

Selangor tetap hormati skuad Felda United

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ASRARUDDIN (jersi merah) antara tonggak yang menjadi sandaran Selangor pada aksi menentang Felda United hari ini.



ADA sesuatu yang bermain di kotak hati pengendali Selangor, Irfan
Bakti Abu Salim menjelang pertemuan menentang Felda United bagi aksi
Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka petang ini.

Bukan aksi bermain sebelah petang yang merunsingkan beliau,
sebaliknya ‘muslihat’ yang bakal diterjemahkan pengendali The Settlers,
E. Elavarasan lebih menjadi agenda utama Irfan.

Menurut Irfan, beliau yakin kesebelasan pemain utamanya tidak
berdepan masalah beraksi pada waktu petang kerana pengalaman itu sudah
diasimilasikan pemain dalam beberapa perlawanan pra-musim sebelum ini.

Begitupun katanya, sikap terlalu yakin barisan pemain Gergasi Merah
dikhuatiri ‘makan tuan’ ketika perlawanan itu nanti, justeru beliau mahu
anak buahnya tidak mengambil mudah cabaran pasukan lawan yang pastinya
bagaikan ‘harimau terluka’ gara-gara dibelasah ‘bekas majikan’ Irfan,
Terengganu dengan keputusan 0-3 sebelum ini.

“Saya tidak anggap beraksi di sebelah petang merupakan masalah utama
kami, sebaliknya lebih berwaspada dengan ancaman Felda United yang
pastinya lebih garang setelah dimalukan Terengganu.

“Justeru, saya harap pemain Selangor dapat memanfaatkan ‘kemurungan’
Felda United dan berterusan mencatatkan kemenangan bermakna,” katanya
kepada Kosmo!

Irfan dijangka mengekalkan kesebelasan utamanya dalam dua perlawanan
sebelum ini apabila penjaga gol, Norazlan Razali dijangka menggalas
tugas sebagai penjaga gawang utama, manakala Ramez Dayoub, Nasriq
Baharom dan P. Gunalan dijangka mengemudi benteng pertahanan Merah
Kuning.

Barisan tengah Gergasi Merah pula besar kemungkinan dijana oleh
arkitek berbakat, Safiq Rahim bersama Amirulhadi Zainal dan Azidan
Sarudin, manakala kapten, Amri Yahyah dan K. Soley dijangka mengetuai
jentera serangan Selangor.

Ketika ditanya mengenai pemain import ‘sakit’, Lelo Mbele yang
mungkin terpaksa digugurkan gara-gara kurang cergas pada perlawanan
sebelum ini, Irfan begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara
itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Sun Jan 22, 2012 11:46 am

Merah padam
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriaduan@nstp.com.my
2012/01/22



PEMAIN Sarawak, Ashri Chuchu (kanan) berjaya
melepasi pemain Selangor, Mohd Razman Roslan pada aksi Liga Super di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sarawak ikat Selangor di Bukit Jalil; Terengganu benam T-Team 2-1

SELANGOR
gagal mengaut peluang beraksi di laman sendiri untuk membiarkan Sarawak
pulang ceria berbekal satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0
dalam saingan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Wajah Irfan Bakti Abu Salim jelas muram menyaksikan gelagat anak
didiknya melepaskan deretan peluang sepanjang babak kedua ketika
perlawanan itu harus berkesudahan tiga mata menjadi milik Merah Kuning.

Dalam perlawanan lain, hajat T-Team merampas takhta liga berakhir
dengan nota pilu selepas tewas kepada pasukan abang, Terengganu manakala
Negeri Sembilan ceria mengatasi FELDA United 1-0 di Paroi.

Setengah jam pertama permainan, Sarawak tampil seolah-olah mereka adalah
pasukan gergasi Liga Super walaupun pada hakikatnya, baru kembali
menyertainya selepas tiga tahun beraksi dalam Liga Perdana.

Skuad Bujang Senang yang turun tanpa perancang utama - Guy Bwele - buat
pertama kali tampak seperti hanya mahu bertahan pada babak pertama,
tetapi kelonggaran barisan tengah Selangor menyaksikan beberapa kali
kubu tuan rumah diasak pelawat.

Sekurang-kurangnya dua peluang
keemasan tercipta - menerusi Azizan Baba pada minit ke-15 dan Rashid
Aya, minit ke-19, tetapi rembatan kedua-dua pemain tengah itu gagal
menemui sasaran.

Hanya pada minit ke-33, baru Selangor tampak seperti mula mendapat
rentak dan peluang terbaik muncul menerusi tendangan percuma Asrarudin
Putra yang terkena palang dan rembatan susulan barisan depan tuan rumah
berjaya ditampan pertahanan Sarawak.

Selepas rehat, Selangor
bermula garang dengan menghasilkan deretan percubaan ke arah gawang
Sarawak, tetapi gagal menemui sasaran. Sarawak yang lebih banyak
bertahan, dua kali memperoleh peluang keemasan menerusi sepakan percuma
Yosri Derma Raju (m-70) dan Shahrol Saperi (m-84), tetapi turut berakhir
dengan kekecewaan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Tue Jan 24, 2012 10:55 am

Jentera Irfan tumpul

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
KETUMPULAN jentera serangan Selangor terus menghantui skuad kendalian
Irfan Bakti Abu Salim selepas terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata
dengan pendatang baru Liga Super, Sarawak walaupun mendapat deretan
peluang.

Masalah terbabit bagaimanapun bakal diatasi apabila Merah Kuning
dijangka mendapat khidmat pemain import yang baru apabila beberapa
penyerang luar negara bakal diuji minggu ini bagi menggantikan khidmat
pemain bermasalah dari Congo, Lelo Mbele.

Berita gembira
terbabit pastinya melegakan penyokong Merah Kuning terutamanya kapten
pasukan, Mohd Amri Yahyah yang kini menggalas tugas berat mengetuai
jentera serangan.

“Kami mempunyai peluang namun ketiadaan sentuhan penyudah sekali
lagi menghampakan. Mungkin minggu ini kami akan mendapat khidmat pemain
import yang baru bagi menggegar gawang lawan,” kata pemain tengah yang
diletakkan pada posisi penyerang musim ini.

Kegagalan pada
aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin menyebabkan
Selangor terus gagal mencari kemenangan kedua musim ini selepas empat
perlawanan dengan meraih lima mata dan usaha mencabar kejuaraan semakin
sukar ketika juara bertahan, Kelantan kini di puncak dengan 10 mata.

“Sarawak beraksi seperti Felda United yang menewaskan kami pada
Selasa lalu. Pemain lawan terlalu ramai ketika bertahan menyebabkan
kesukaran dan ruang amat terhad kepada kami untuk menjaringkan gol.
Walau bagaimanapun kami perlu bangkit selepas ini,” katanya yang turut
masih gagal meledak sebarang gol setakat ini.

Situasi bagaimanapun bertambah sukar untuk Selangor apabila
terpaksa berkunjung ke Kuala Terengganu pada Sabtu ini menentang pasukan
yang gagal ditewaskan mereka dalam empat pertemuan musim lalu, T-Team.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Wed Jan 25, 2012 9:59 am

Selangor intai awang Afrika

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

TANPA sekalipun beraksi dalam kempen Liga Super musim ini, penyerang
import Selangor dari Congo, Lelo Mbele sudah ditunjukkan jalan keluar
oleh majikannya itu yang tampak tidak lagi boleh bersabar menantikan
aksi terbaiknya.

Mbele, 24, yang pada mulanya diharap dapat membantu masalah jentera
serangan Gergasi Merah selepas prestasi hambar musim lalu gagal
meyakinkan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dan pihak pengurusan
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) biarpun dia kembali pulih selepas
pembedahan paha kiri.

Menurut Setiausaha Agung FAS, Datuk
Hamidin Mohd Amin, pihaknya membuat keputusan menamatkan kontrak Mbele
dan kini sedang mengintai pemain terbaik menggantikan tempat pemain itu.

“Kontrak Mbele sudah ditamatkan dan kami akan mencari pemain import
baru untuk menggantikannya. Keputusan ini dibuat kerana tahap
kecergasannya yang tidak memuaskan.

“Buat masa ini kami sudah
menyenaraikan empat hingga lima pemain dari Afrika dan Eropah untuk
dipanggil bagi menjalani ujian pemilihan minggu ini. Kami harap akan
dapat mencari pemain baru sebelum tarikh pendaftaran pemain import
ditutup pada 13 Februari depan,” katanya.

FAS sebelum ini
tetap bersungguh-sungguh menawarkan kontrak kepada Mbele yang pernah
bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal dan kelab Afrika Selatan, Orlando
Pirates biarpun mengetahui dia mendapat kecederaan serius ketika
mewakili Al-Nasr Benganzi musim lalu.

Ternyata harapan tinggi FAS kepada Mbele akhirnya lebur begitu saja
apabila pemain itu tidak dapat beraksi pada awal kempen musim ini yang
menyaksikan Selangor menghuni tangga kelapan liga selepas empat
perlawanan dengan memungut lima mata.

Bagaimanapun Hamidin
menegaskan faktor ketiadaan pemain import yang berkualiti dalam skuadnya
selain pemain pertahanan Lubnan, Ramez Dayoub bukan satu alasan kerana
mereka memiliki barisan pemain tempatan terbaik.

“Saya sudah memberi kata dua kepada pemain supaya bangkit memperbaiki
persembahan kerana kami meraih dua keputusan kurang memberangsangkan
dalam dua perlawanan terakhir. “Pemain seperti Safiq Rahim, Amirul Hadi
(Zainal) dan Amri (Yahyah) tidak mempamerkan kemampuan sebenar dan
mereka perlu bangkit,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Fri Jan 27, 2012 10:26 am

Selangor mahu elak badi

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KREATIVITI Safiq (kiri) amat ditagih untuk memastikan Selangor mengakhiri badi pada aksi menentang T-Team malam esok.



BADI tewas sebanyak empat kali ke atas pasukan berstatus kelab,
T-Team dalam saingan Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia
pada musim lepas pastinya masih menghantui Gergasi Merah, Selangor.

Justeru, pengendali Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim sudah tentu
memiliki ramuan yang cukup istimewa untuk memburu tiga mata berharga
ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok.

Biarpun rekod pertembungan kedua- dua pasukan tidak memihak kepada
pasukan beliau setakat ini, Irfan pastinya tidak akan duduk diam begitu
sahaja selain mengharap ‘tuah’ gelanggang yang pernah menghadirkan 1,001
kenangan terindah pengendali kelahiran Perak itu ketika mengemudi
Terengganu sebelum ini.

“Yang lepas itu, lepas. Paling utama, perlawanan kelima ini (bertemu T-Team), misi kami adalah untuk menang.

“Perjalanan liga dengan empat perlawanan sudah berlalu dianggap masih
terlalu awal dan saya kekal optimis dengan keupayaan pasukan saya,”
tegas Irfan sebelum ini.

Selepas seminggu tirai Liga Super berehat seketika, kredibiliti Safiq
Rahim, Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal yang masih gagal menemui
sentuhan sebenar setakat ini pastinya ditagih Irfan untuk menjelmakan
sesuatu yang indah di Kuala Terengganu setelah kehilangan ‘awang
import’, Lelo Mbele yang digugurkan gara-gara ‘indah khabar daripada
rupa’.

Apa yang pasti, bekas penyerang Selangor yang kini berhijrah ke
T-Team, Fazli Saari mampu menjadi ‘duri dalam daging’ pasukan pelawat
jika tidak dirantai habis-habisan.

Bekas penyerang import Perlis, Zacharia Simukonda yang masih gagal
mempamerkan sentuhan yang diharapkan ketika menyarung jersi T-Team musim
ini juga mampu menyebabkan Merah Kuning berputih mata seandainya
dibiarkan bermaharajalela di dalam kotak penalti lawan.

Gergasi Merah setakat ini sekadar mengutip lima mata hasil kemenangan
ke atas Perak, seri dua kali bersama Negeri Sembilan dan Sarawak selain
tewas 0-1 kepada Felda United dalam empat perlawanan sebelum ini.

Mereka ketinggalan dua mata di belakang anak-anak buah Yunus Alif
yang kini mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu
tewas
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Sat Jan 28, 2012 10:07 am

Mampukah Selangor?








TEKA-TEKI sama ada Selangor mampu mengakhiri ‘badi’ empat kekalahan
berturut-turut kepada T-Team bakal terjawab di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu tewas kepada
pasukan berstatus kelab tersebut pada dua perlawanan Liga Super dan
peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia tahun lalu.

Situasi juara 32 kali Piala Malaysia itu yang dilihat masih ‘belum
panas’, seakan-akan belum menemui rentak di bawah jurulatih baharu,
Irfan Bakti.

Apa yang membimbangkan penyokong Selangor kini adalah jentera serangan yang masih belum mempamerkan taring sebenar.

Kelemahan itu menyaksikan Selangor tewas tipis 0-1 kepada Felda
United sebelum seri tanpa jaringan menentang Sarawak pada 21 Januari
lalu.

Begitupun, Irfan masih belum mahu mengalah kerana baginya peluang mereka masih ada kerana perjalanan liga masih jauh.

Selangor kini menghuni tangga kelapan liga selepas mengharungi empat perlawanan setakat ini.

Apa yang menjadi keutamaan Irfan yang terkenal dengan corak permainan
pantas adalah misi untuk mengutip tiga mata penuh pada aksi menentang
T-Team malam ini.

Atas kertas, jentera tengah Selangor memang dilihat mantap yang
dikemudi Safiq Rahim dan jika mereka mampu menguasai bahagian tengah,
badi ke atas T-Team itu mungkin akan berakhir.

Mengulas lebih lanjut, Irfan yang tiba di Kuala Terengganu petang
semalam berkata, beliau tidak mahu rekod lampau menghantui barisan
pemainnya, sebaliknya mereka perlu fokus untuk menghadapi perlawanan
yang dilabel sebagai ‘gelora Pantai Timur’ itu.

Jelasnya, rekod itu dapat diubah sekiranya barisan pemainnya
mempunyai semangat dan kekuatan dari segi mental jika berhasrat untuk
mencapai kemenangan pada malam ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Mon Jan 30, 2012 6:02 am

Irfan tutup mulut pengkritik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAMA TANGKAS... Ramez (kiri) bersaing dengan penyerang T-Team, Zacharia Simukonda pada aksi malam kelmarin.




KATA-KATA sumbang yang mengkritik persembahan hambar Selangor sepanjang saingan Liga Super setakat ini ternoktah sudah.

Kelmarin, skuad Gergasi Merah itu menamatkan badi terhadap pasukan
berstatus kelab, T-Team dengan penuh bergaya apabila menang 2-1 di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol hasil ledakan pemain import, Ramez Dayoub menerusi sepakan
penalti pada minit ke-35 dan Azidan Sarudin (78) sudah cukup untuk
memalukan anak-anak buah Yunus Aliff di gelanggang sendiri.

T-Team pula memperoleh gol tunggal menerusi kapten, Zairo Anuar Zailani hasil sepakan penalti pada minit ke-49.

Sepanjang saingan musim lalu, Selangor tewas dalam keempat-empat
pertemuan menentang T-Team termasuk aksi peringkat kumpulan kempen Piala
Malaysia.

Barangkali, ada yang terlepas pandang mengenai ‘rekod peribadi’
pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang sebenarnya langsung
tidak pernah tewas dengan T-Team sepanjang beliau mengendalikan
Terengganu sebelum ini.

“Kemenangan ini sangat menyentuh emosi saya, sekurang-kurangnya ia
menutup buku badi kekalahan Selangor sebanyak empat kali terhadap T-Team
tahun lepas.

“Walaupun secara peribadinya saya tidak pernah tewas dengan T-Team
(semasa mengendalikan Terengganu), kejayaan kali ini lebih manis kerana
ia hadir bersama Selangor,” kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Irfan juga lega dengan kehadiran pemain import baharu Selangor yang
dijangka memperkasa Gergasi Merah ketika melayan kunjungan Lions XII di
Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Februari depan.

“Siapa pemain import tersebut saya masih belum dapat dedahkan lagi,
namun pada masa sama, tempoh rehat yang agak lama kali ini akan
dimanfaatkan sepenuhnya memperkuatkan lagi keserasian dan corak
persembahan pemain,” katanya.

Selangor yang ketika ini dikaitkan dengan Amadou Konte dari Mali,
Bosko Balaban (Croatia) dan bekas pemain Udinese, Zlatan Muzlimovic
sebagai calon import menggantikan pemain ‘indah khabar dari rupa’, Lelo
Mbele juga bakal menguji skuad Olimpik negara dalam satu perlawanan
persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Sun Feb 19, 2012 4:24 am

‘Legenda’ No 10 hambat Balaban

Oleh AZLAN MUHAMMAD ZAIN
azlanmz@hmetro.com.my

SEJAK kehilangan penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali yang
membuat keputusan meninggalkan Selangor bagi menyertai kelab Indonesia,
Pelita Jaya FC (PJFC) pada Februari tahun lalu, jersi nombor 10 belum
menemui ‘tuannya’ yang sebenar.

Cubaan pemain import Selangor dari Congo, Lelo Mbele pada awal musim
untuk memilikinya tidak berhasil apabila kontraknya ditamatkan dan
kini giliran bekas penyerang kebangsaan Croatia, Bosko Balaban (gambar)
yang turut menghadapi kesukaran pada awalnya hingga membayangkan jersi
nombor 10 mungkin sekali lagi tidak mempunyai ‘tuannya’.

Jersi
nombor 10 sememangnya disegani dan dihormati dalam skuad Merah Kuning
kerana pernah dipakai legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar
Dahari yang menjulang tinggi maruah Selangor dalam kancah bola sepak
tempatan pada zaman kegemilangannya.

Namun selepas genap setahun, ia seakan-akan sudah menemui tuannya
pada musim ini dengan kehadiran bekas penyerang Aston Villa dan Dinamo
Zagreb itu yang mempamerkan bisanya apabila meledak gol dalam penampilan
pertama bersama Selangor untuk menewaskan penjaga gol utama negara,
Khairul Fahmi Che Mat.

Walaupun hanya beraksi satu perlawanan
Liga Super (menentang Kelantan) selain perlawanan persahabatan menentang
skuad Olimpik negara, ia sudah mencukupi untuk Balaban mencuri hati
penyokong setia Red Giants selepas dibelenggu masalah membabitkan Sijil
Perpindahan Antarabangsa (ITC) yang berjaya diselesaikan pada saat
akhir.

Pemain berusia 34 tahun itu nyata berada dalam kelas
tersendiri apabila mempamerkan kawalan bola yang kemas dan menarik
selain membentuk persefahaman mantap walaupun hanya bersama barisan
pemain Merah Kuning dalam tempoh beberapa minggu.

Malah Balaban menjanjikan persembahan lebih mantap selepas ini
apabila berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran
barunya.

“Saya masih memerlukan masa terutama bagi mencapai
prestasi terbaik kerana tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama
10 bulan berikutan masalah dengan kelab lama di Greece. “Kehadiran
saya di sini adalah untuk membantu Selangor dan diri sendiri bagi
mencapai sasaran ditetapkan. Dengan barisan pemain yang dimiliki, tidak
mustahil untuk kami melakukannya.

“Apa yang perlu kami lakukan adalah percaya dengan kemampuan diri
sendiri dan mempelbagaikan taktik bagi membentuk sebuah pasukan yang
mantap,” katanya.

Pada musim ini, Balaban serta rakan
sepasukannya disasar Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk meraih
sekurang-kurangnya satu piala selepas gagal meraih sebarang kejuaraan
musim lalu.

Ditanya mengenai jaringan pertamanya ketika
menewaskan juara bertahan Liga Super, Kelantan, Balaban berkata, ia
permulaan yang bagus namun paling penting adalah tiga mata kepada
pasukan.

“Bagi saya perlawanan ini sudah tamat. Kami perlu
memberikan tumpuan kepada perlawanan seterusnya dan bergerak selangkah
demi selangkah sekiranya mahu mencapai kejayaan,” katanya.

Menyentuh
mengenai kehidupannya di Malaysia, Balaban berkata, dia masih dalam
proses ‘mengenal’ keadaan sekeliling dan banyak menghabiskan masa di
rumah kerana keluarganya masih berada di Croatia selain baru mendapat
anak ketiga beberapa minggu lalu.

Karektor dan personaliti
Balaban turut disenangi rakan sepasukannya dan disifatkan sebagai
seorang yang periang selain bijak menyesuaikan diri dalam pasukan.

Andai rekod persembahan Balaban bersama skuad kebangsaan dan kelab terdahulu
diambil kira, ketajamannya meledak jaringan tidak perlu dipertikai
terutamanya ketika bersama Dinamo Zagreb pada musim 2000/01 apabila
menjaringkan 38 gol dalam 55 perlawanan.

Kehadirannya dijangka
menjadi legenda Selangor yang seterusnya untuk berada sebaris dengan
pemain Merah Kuning sebelum ini yang memakai jersi bernombor 10.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Sat Mar 10, 2012 4:59 am

Irfan cari penawar

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KEKECEWAAN ditewaskan Kedah dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu
ingin dilupakan Selangor bagi memastikan tiket ke suku akhir Piala FA
mampu digenggam malam ini.

Bagaimanapun bukan tugas mudah buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu
Salim itu yang menentang seteru Liga Super, Johor FC di gelanggang lawan
selain mendapat sentuhan bekas pengendali Selangor musim lalu, K Devan.

Malah Selangor yang kini berada di kedudukan kelapan liga mencatatkan
keputusan buruk apabila menentang pasukan di kelompok bawahan seperti
Felda United, PKNS FC dengan terbaru kecundang 0-1 kepada Kedah.

Hakikat itu diakui Irfan Bakti yang berharap ia tidak berterusan
dalam saingan Piala FA kerana Johor FC kini berada di tangga ke-11 liga.

“Saya tidak mahu ia berulang dan berharap pemain memberikan komitmen penuh.
Kemenangan ini penting bagi mengembalikan tahap keyakinan pemain selepas
kekalahan di Alor Setar,” katanya.

Malah menurut bekas
jurulatih yang membimbing Terengganu menjuarai piala itu pada musim
lalu, beliau memberikan tumpuan khas dalam sesi latihan beberapa hari
lalu bagi meningkatkan kemampuan jentera serangan untuk memastikan
Selangor mampu menamatkan saingan dalam tempoh perlawanan sebenar.

Selangor tidak mempunyai masalah besar dalam memilih kesebelasan
terbaik apabila hanya perancang tengah, K Gurusamy masih dibelenggu
kecederaan.

Andai mampu melepasi halangan Johor FC, tugas
lebih mudah menanti Selangor di suku akhir kerana bakal bertemu USM FC
atau Sime Darby FC.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Mon Mar 12, 2012 7:27 am

Selangor lupakan trofi Piala FA


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PARA pemain Johor FC meraikan kejayaan mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor di Johor Bahru kelmarin.




KEKECEWAAN jelas terpancar di wajah pengendali Selangor, Irfan Bakti
Abu Salim.Irfan menjadi individu paling kecewa selepas skuad Gergasi
Merah tumbang kepada Johor FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium
Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin.

Selangor mendahului 2-0 hasil jaringan Azidan Sarudin dan Mohd.
Asraruddin Putra Omar ketika skuad kendalian K. Devan itu terpaksa
bermain dengan 10 pemain apabila Azi Shahril Azmi dilayang kad kuning
kedua pada minit ke-17.

Begitupun, Johor FC berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan
Ahmad Fauzi Shaari, sekali gus menjadikan pencetus semangat juang tinggi
Johor FC.

Kelalaian penjaga gol Selangor, Norazalan Razali dimanfaatkan
sepenuhnya oleh penyerang import Johor FC dari Brazil, Arthur Henrique
untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti

Kejayaan Johor FC mara ke suku akhir Piala FA menerusi agregat 5-4
selepas Mohd. Amirulhadi Zainal dan Solihin Kanasian gagal
menyempurnakan sepakan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Irfan mengakui gol kedua Johor FC itu
‘merentap’ semangat pasukan itu untuk memberikan aksi yang lebih
positif.

Katanya, beliau mengakui kecuaian tersebut harus dijadikan teladan
dan menuntut tidak mengulangi ‘perbuatan’ itu menjelang perlawanan akan
datang.

“Satu kesilapan (kecuaian Norazalan) yang sukar untuk saya terima.
Kami mendahului perlawanan ini dengan kelebihan dua gol tetapi akibat
kecuaian tersebut, pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan.

“Secara tidak langsung, ia mematahkan semangat perjuangan barisan
pemain Selangor untuk tampil dengan lebih baik. Saya tidak menjangka
kesudahan Selangor pada perlawanan ini disebabkan berpunca dari sikap
(Norazlan) tersebut.

“Saya berharap pemain-pemain saya lebih bersedia dan tidak memandang
rendah kepada mana-mana pasukan. Tanam sikap yang lebih serius dan
sentiasa mengeluar bola dari kawasan bahaya,” katanya kepada Kosmo!
semalam.

Jelasnya, beliau yang menyifatkan 'kekejaman' dalam bola sepak ialah
apabila sesebuah pasukan tewas melalui sepakan penalti, tidak menganggap
Amirulhadi dan Solihin punca Selangor gagal mara.

Sebaliknya, Irfan memberitahu sepakan penalti lebih bergantung kepada nasib.

“Bayangkan perasaan seseorang pemain akan tenang jika terpaksa
mengambil sepakan itu dalam satu perlawanan yang cukup penting di
hadapan ribuan penyokong.

“Sudah tentu ia akan memberi tekanan. Tetapi saya memuji pasukan
lawan yang bangkit dan berharap ia menjadikan pengajaran yang berguna
kepada barisan pemain Selangor pada masa hadapan,” ujarnya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Tue Mar 20, 2012 9:39 am

Gergasi mahu baham Singa


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KUDRAT Balaban (kanan) akan terus ditagih oleh Selangor pada aksi menentang Lions XII malam ini.




PERTEMBUNGAN antara dua musuh tradisi, Selangor dan Lions XII FC
dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini
pastinya mengujakan peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Sekadar seri 1-1 dalam aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil
bulan lepas, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim pastinya mahu
meneruskan momentum kemenangan selepas membenam cabaran Kuala Lumpur
dengan keputusan 3-0, Sabtu lepas.

Kredibiliti skuad V. Sundramoorthy yang ketika ini unggul di tangga
ketiga liga dengan 20 mata, lima mata di depan Gergasi Merah juga
pastinya mengundang rasa waspada dalam kalangan anak-anak buah Irfan.

Tambahan pula, kemenangan malam ini dilihat mampu memperbaiki kedudukan Selangor bagi memintas Perak di tangga kelima liga.

Malah, kehadiran semula tonggak pertahanan import dari Lebanon, Ramez
Dayoub serta Bunyamin Omar yang sebelum ini digantung perlawanan juga
pastinya melegakan Irfan bagi memastikan gawang mereka tidak ditembusi
pasukan tuan rumah malam ini.

“Saya gembira dengan kepulangan Ramez yang dilihat mampu
memperkuatkan benteng pertahanan kami ketika menentang Lions XII (malam
ini).

“Beraksi di atas permukaan padang tiruan di Stadium Jalan Besar juga
tidak begitu membimbangkan kerana kami telah menjalani latihan di Padang
MSN sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Pada masa sama, Irfan juga tidak menolak kemungkinan akan menurunkan
G. Jeevananthan sebagai penjaga gol utama Gergasi Merah malam ini
selepas beraksi cemerlang ketika menewaskan Kuala Lumpur tempoh hari.

Menurut beliau, keputusan itu tidak ada kena mengena dengan kesilapan
mudah seorang lagi penjaga gol, Norazlan Razali yang didakwa menjadi
punca skuad Merah Kuning itu ditunjukkan jalan keluar oleh Johor FC pada
pusingan kedua Piala FA baru-baru ini.

Selain itu, Irfan juga percaya dengan kredibiliti penyerang import,
Bosko Balaban yang semakin menemui sentuhan penyudah berkesan dan
diharap dapat mengulangi kehebatannya sekali lagi malam ini.

“Sebelum ini, saya pernah memberitahu Balaban supaya sentiasa berasa
rendah diri dan berbangga dapat menyarung jersi Selangor meskipun pernah
menyarung jersi kelab England, Aston Villa sebelum ini.

“Ternyata Balaban mendengar kata-kata saya dan tidak mempunyai
masalah memberikan kerjasama yang baik dengan rakan-rakan sepasukan,”
katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Park Deen on Fri Apr 13, 2012 9:44 am

Selangor kembali beraksi di Stadium Shah Alam

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


HAMIDIN (kanan) dan Irfan Bakti (kiri) ketika meninjau padang di Stadium Shah Alam semalam.

SELANGOR mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok tiga teratas.

Demikian tegas pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim semalam.

“Itu sasaran paling realistik buat ketika ini,” katanya penuh yakin.

Irfan memberitahu bahawa skuad Gergasi Merah kini mendapat semangat baharu apabila kembali beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Shah Alam selepas ia ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja membaik pulih.

Jelasnya, Selangor yang masih segar dengan kejayaan menumbangkan naib juara Liga Super musim lalu, Terengganu 6-1, menjadikannya sebagai inspirasi apabila berdepan Johor FC, Sabtu ini.

Katanya, apabila kembali beraksi di gelanggang keramat, dia berharap moral pemain-pemain Selangor berada dalam keadaan yang lebih baik sebagai usaha untuk memburu kelompok tiga teratas liga.

“Apabila kembali beraksi di gelanggang sendiri, sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan moral pemain untuk terus beraksi cemerlang sekali gus dapat merealisasikan sasaran untuk menamatkan saingan musim ini di kedudukan ketiga.

“Saya berharap kami dapat meneruskan konsistensi ketika menentang Johor FC di Stadium Shah Alam selepas kejayaan membelasah Terengganu pada Sabtu lalu.

“Untuk itu, saya mahu semua pemain tampil lebih bersemangat untuk mengutip tiga mata penuh dalam baki perlawanan musim ini terutamanya ketika beraksi di Shah Alam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Shah Alam, petang semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan Stadium Shah Alam kembali menjadi gelanggang utama pasukan Selangor selepas proses penambahbaikan berjumlah RM3.4 juta sejak Disember lalu sudah siap sepenuhnya.

Hamidin memberitahu lampu limpah di stadium berkenaan juga sudah mencapai standard piawaian yang ditetapkan iaitu 1,200 lux.

“Terima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (Presiden FAS) kerana meluluskan dana untuk membaiki fasiliti stadium dan sebahagian besar daripada kerja-kerja membaik pulih membabitkan proses menggantikan rumput baharu.

“Lampu stadium juga berada di tahap yang terbaik apabila kecerahannya mencecah lebih 1,200 lux di sembilan penjuru yang sudah diuji dan ia akan digunakan pada aksi menentang Johor FC, 17 April ini.

“Selain itu, kami juga mempertingkatkan tahap keselesaan tandas, bilik persalinan pemain, satu terowong dibina serta kemudahan bilik doping dipertingkatkan berbanding dahulu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Pasukan Bolasepak Selangor

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum