Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Giliran Kuala Lumpur jadi mangsa pesta gol Polis

View previous topic View next topic Go down

Giliran Kuala Lumpur jadi mangsa pesta gol Polis

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 2:12 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan
sahaja melebarkan rekod kemenangan, malah sekali lagi berpesta gol
dengan membelasah Kuala Lumpur pula 4-0 dalam saingan bola sepak Liga
Perdana 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Sesudah membuka tirai Isnin lalu dengan membenam Betaria 5-0, PDRM
bagaikan terlalu kuat dengan deretan jaringan Khairul Amar Kasim, Mohd.
Dzul Haikal Shamery, Mohd. Afif Amiruddin dan Khairul Izuan Abdullah,
masing-masing minit ke-60, 76, 86 dan 88.

Tuan rumah yang belum dapat menggunakan khidmat dua pemain import dan
jurulatih dari Slovakia, Stanislav Lieskovsky kerana larangan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), kian terluka setelah tewas 2-3 kepada Pos
Malaysia, hari yang sama.

Malang terus menimpa Kuala Lumpur, semalam kerana kehilangan bek
kanan, Ahmad Jihad Ismail yang dibuang padang minit ke-55 selain
terpaksa mengeluarkan bekas penjaga gol berpengalaman antarabangsa,
Azizon Kadir yang tercedera lutut.

Polis turut kehilangan tonggaknya, Kaye Edrisar kerana terjahan keras
seorang pemain lawan pada muka pemain import dari Uganda itu, minit
ke-42 yang sebelumnya sempat menguji Azizon dengan rembatan jarak jauh
dan ditepis keluar.

Kata jurulatih PDRM, R. Nalathamby: "Kami hanya menjangkakan seri
yang saya anggap sudah cukup adil kerana tuan rumah turut mencipta
peluang. Keputusan itu berubah apabila lawan kehilangan seorang pemain
(babak kedua) dan kami lebih banyak mensia-siakan peluang.

"Keadaan padang pula teruk. Namun saya rasa perjalanan kami dalam
liga masih panjang. Menanti kami selepas ini ialah bekas pasukan Liga
Super seperti Sabah, Kedah, Sarawak dan Perlis."

Penolong jurulatih Kuala Lumpur, Mohamad Hairudin Abdul Rahman
berkata, titik tolak perlawanan ini ialah apabila Ahmad Jihad dibuang
padang.

"Kami terpaksa mengalihkan seorang pemain tengah ke situ tetapi sukar menahan tekanan lawan lagi.

"Namun, saya nampak pemain lebih bersemangat kali ini berbanding
ketika menentang Pos," katanya yang menganggap kecederaan lutut Azizon
sebagai serius dan mungkin digantikan perlawanan berikutnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130112/su_05/Giliran-Kuala-Lumpur-jadi-mangsa-pesta-gol-Polis#ixzz2Hl64OK9i

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum