Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Selatan atasi aksi 9 pemain Perak

View previous topic View next topic Go down

Harimau Selatan atasi aksi 9 pemain Perak

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 2:05 pm






Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Pemain pasukan Johor Darul Takzim,
Aidil Zafuan menanduk bola ke gawang pasukan Perak dalam suasana kelam
kabut dalam kotak penalti pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Johor Darul Takzim menang 1-0. -
UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN


JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim melakar kemenangan sulung selepas
menewaskan Perak 1-0 yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada
separuh masa kedua pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin di sini, semalam.

Gol kemenangan Harimau Selatan diperoleh menerusi Mohd. Aidil Zafuan
Abdul Razak pada minit ke-47 dan kejayaan meraih tiga mata itu ternyata
menceriakan lebih 25,000 penyokong setia Harimau Selatan.

Selepas tewas 2-3 kepada Pahang baru-baru ini, jurulatih, Fandi Ahmad
melakukan sedikit rombakan dengan meletakkan Aidil Zafuan dan Mohd.
Faizal Mansor di posisi pertahanan bergandingan bersama Azmi Muslim dan
Muslim Ahmad manakala Mohd. Zamir Selamat menggantikan Muhammad Al-Hafiz
Hamzah sebagai penjaga gol.

Penguasaan tuan rumah bermula seawal minit keenam apabila Safiq Rahim
hampir membuka tirai jaringan melalui sepakan lambung dari luar kotak
penalti, namun sedikit tersasar dan tandukan Aidil selang empat minit
hasil sepakan penjuru sekadar melepasi palang.

Tuan rumah memiliki dua peluang terbaik pada minit ke-24 dan ke-26
apabila diberikan sepakan percuma namun sepakan Safiq Rahim dinafikan
penjaga gol pasukan pelawat, Mohd. Farizal Marlias.

Malang buat skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah apabila Khairi
Kiman dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning pada minit
ke-37 sebelum Mohd. Hisyamudin Mohd. Shaari muncul pemain kedua Perak
mendapat kad merah, lapan minit kemudian.

Kelebihan dua pemain itu ternyata membuka peluang kepada tuan rumah
mendapatkan gol dan Aidil Zafuan akhirnya muncul wira tuan rumah selepas
berjaya menanduk masuk gol tunggal perlawanan hasil sepakan penjuru
Safiq Rahim pada minit ke-47 menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Perak hampir mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan, namun
tandukan Rafael Souza Silva Novais pada minit ke-53 sekadar terkena
palang dan tandukan susulan rakan sepasukannya Muhd. Shahrom Abd. Kalam
melepasi palang gol.

Kemasukan Safee Sali pada minit ke-55 menggantikan Azmi Muslim tidak
banyak memberikan impak kepada pasukan tuan rumah yang dilihat banyak
mempersia-siakan peluang untuk menambah bilangan gol.

Nurul Azwan Roya gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk menambah
bilangan gol pada minit ke-90 apabila sepakan derasnya dari luar kotak
penalti tersasar jauh.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan harus berterima kasih kepada kecemerlangan kepada
penjaga golnya, Mohd. Hamsani Ahmad yang berjaya menyelamatkan maruah
tuan rumah apabila berjaya mengikat Terengganu dengan keputusan seri
tanpa jaringan.

Bekas penyerang Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona gagal
menterjemahkan deretan peluang dalam perlawanan yang menyaksikan
penguasaan lebih banyak tertumpu kepada pasukan pelawat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130112/su_02/Harimau-Selatan-atasi-aksi-9-pemain-Perak#ixzz2Hl4Zx11U

© Utusan Melayu (M) Bhd
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum